Sunday, January 24, 2010

PeRTuNaNGaN aDikKu (ADAYAH)

SELAMAT BERTUNANG ADAYAH BINTI SHAMSUDDIN





Hari ini merupakan hari kebahagiaan adik Sinleen... Semuanya yang dirancang telah selamat dan selesai dengan sebaiknya... Syukur alhamdullillah, adik Sinleen telah menjadi tunangan orang atas pilihan hatinya sendiri... Sinleen berdoa agar hubungan mereka akan ke jinjang pelamin... Waktu majlis pertunangan ini Sinleen terpaksa berkerja di PJ.. Mujurlah dekat untuk Sinleen balik untuk Makeup adik Sinleen... Hampir 45minit gak tacap dia ini, lama gak sebab adik Sinleen asyik mengalirkan airmata (Bak kata Kak Long orang tak pernah makeup)... Sesudah selesai majlis menyarungkan Cincin, Sinleen terpaksa bergegas ke PJ menyambung kembali tugasan... Sempat gak tapau makanan untuk kekawan yang berkerja hehehe....


P/s: Buat Adayah Bt Shamsuddin => Jagalah Diri Bebaik dan Sentiasa Bersabar Dengan Segala Dugaan yang datang... Moga Allah SWT merestui hubungan kalian... AMIN...

Thursday, January 21, 2010

uSia PeRHuBuNGaN KaMi 3BuLaN


Syukur alhamdullillah... Hubungan kami telah masuk 3bulan... Banyak juga yg Sinleen perlu pelajari tentang Si DIA... Dan terlalu banyak perkara yang telah terjadi antara kami, tapi Sinleen bersyukur sangat2 kehadirannya buat aku kembali sentiasa gembira dan bahagia... Bukan mudah untuk menerima sesorang itu dalam diri Sinleen... Sinleen akui bahawa Sinleen amat menyayangi dirinya...

Lama benar Sinleen tak update blog ini... Bukan takde cerita tapi takde masa yang terluang untuk mengarang cerita yang menjadi cerita Sinleen harian... Hehehehe... Apa2 pun Sinleen berharap pengikut Sinleen tak bosan menanti cerita terbaru Sinleen... Kesabaran kalian amatlah Sinleen hargai.... Sinleen sayang korang semua.... :D

Friday, January 15, 2010

AkTiViTi SeMaLam...


Amirul Aiman masuk 5 bulan
Hmmm... Bertambah sihat...

Semalam Sinleen cuti itupun sebab Sinleen dah sampai tahap tertekan... Kalau tak dah tentu Sinleen pergi gak kerja... Aktiviti pertama Sinleen gi umah mak sebab ambik barang untuk dihantarkan ke rumah Kak Siti dan rumah Kak Long... Pas ambil barang tu 1st skali Sinleen gi umah kakak ipar Sinleen... Lama gak sinleen kat sana... Selepas itu baru lah Sinleen gi umah Kak Long Sinleen yang terletak area Selayang... Dirumah Kak Long, Sinleen membantu membuat hantaran adik Sinleen punya... hmmm... Cantik sangat-sangat... Kak Long ini pandai mengubah hantaran... Pernah Kak Long buat hantaran sehingga mendapat hasil mencecah RM800.00 (7 dulang)... Itupun orang yang minta mengubah hantaran itu ikhlas memberi walaupun Kak Long tak minta apa-apapun bayaran (Dia tak minta bayaran sebab Mak sedara yang rapat giler ngan Dia).. Kak Long ini hanya letak hantaran sedulang hanya RM 50.00 jee... Bagus laa... Kak Long minta buat mcm tuh...


Inilah hasil yang Kak Long buat... Sinleen sendiripun teruja dengan gubahan yang akak long buat tuh....


Banyak lagi gambar... Sengaja Sinleen tak upload sebab nak upload masa hari pertunangan adik Sinleen nanti... Next weekend 24hb Januari 2010, adik Sinleen akan bertunang... Nantikan hari itu k..... hehehhe....

Wednesday, January 13, 2010

Kepenatan + Kesedihan....



assalammualaikum....
Permulaan hari ini tak seperti semalam, hari ini Sinleen bangun dengan harapan Chubby akan telephone Sinleen dan memohon maaf dengan apa yang terjadi antara kami berdua.. Cukup rasa sedih sangat peristiwa semalam berlaku.. Sinleen kecewa dengan sikap Chubby yang tak boleh bersikap lebih matang seusianye... Sinleen tak tahu mana silap yang telah Sinleen buat sehingga untuk bercakap dengan Sinleen semalampun takde mood... Chubby send MMS gambarnya dan text msg ringkas memohon maaf dengan sikap dia semalam... Kejadian ini berulang lagi seperti minggu lepas... Mengapa Sinleen dijadikan mangsa keadaan sedangkan Sinleen telah cuba buat terbaik untuk hubungan kami... Mungkinkah sikap Sinleen yang terlalu sayang terhadap Chubby membuatkan Chubby bosan... Apa-apapun Sinleen hanya berserah pada ALLAH SWT untuk menentukan semua ini... Sinleen redha dengan ketentuan-Nya andai ini yang telah ditetapkan untuk Sinleen.... Moga tembok kesabaran Sinleen akan terus menjadi lebih tebal bagi menempuh segala dugaan yang telah ditentukan....

Kesibukkan minggu ini memang amat Sinleen tak disangka, minggu ini banyak betul yang perlu Sinleen selesaikan sebelum minggu depan Sinleen tumpukan sepenuhnya pada pendaftaran dan ID card proses bagi Malaysian National Paintball League (MY-NPL).. Sinleen sebagai Secretariat Haed terpaksa mengurus semuanya... Bukan itu sahaja Sinleen buat kat opis ini, kekadang Sinleen terpaksa keluar ke bank atau mana-mana tempat yang memerlukan kenderaan... Kat opis ini dah lama takde Opis Boy... Sebab itulah Sinleen kena memikul beberapa keja yang ada kat sini... Makan minum budak-budak operasipun Sinleen kena uruskan... Kalau senaraikan habis penuh dalam page blog Sinleen...
Kerja dah banyak kekadang bila pas kerja tu nak gak lah Sinleen berkongsi suka duka Sinleen dengan Chubby tapi apakan daya.. Chubby bukanlah seorang pendengar yang setia.. uhuhuhu... Sedihkan sebab teman yang diharapkan menjadi pendengar dan pengkongsian tak dapat memahami diri Sinleen...

MeNGaPa... MeNGaPa...


Mengapa aku sering disakiti...
Apa salah aku sehingga hati ini perlu sakit..
Mencari dimana kesilapan yang telah aku lakukan...
Ternyata dirimu sengaja buat begitu...
Mengapa aku dijadikan tempat lepaskan kemarahanmu...
Sedangkan puncanya bukan dariku...

Ingin aku menjerit sekuat hatiku...
Ternyata tak sesiapa yang mendengarnya...
Tak siapa yang tahu kesakitan yang sedang aku alami...
Hanya mampu merintihhhhh kesakitan...
Kesakitan yang dirimu cipta untukku...

Mengapa aku perlu merasa begini...
Sedangkan belaian yang aku inginkan...
Kasih dan sayangmu yang aku dambakan...
Ternyata hanya waktu dan keadaan yang menentukan...
Segalanyeeee ....

Friday, January 8, 2010

Loving u never end...



Never ignore a person who
Loves You....
Care for you & Misses you.....
Because.....


One day you may make up from
your sleep and realize that
you have lost the moon while
counting stars...!!!


Wednesday, January 6, 2010

Sakit Rindu...

Mengapa rasa RINDU ini kembali lagi...
Telah bermacam cara Sinleen buat tetapi ianye tetap hadir...



Bagaimana harus Sinleen nyatakan pada Chubby, bahawa Sinleen ingin bertemu dengannya.. Sedangkan ajak makan malam ini pun dia menolak mentah-mentah.. Susah sangat ke untuk berjumpa.. Sekarang ini Sinleen sedang alami tekanan perasaan RINDU pada budak Chubby ini... Sinleen benar-benar hairan mengapa lelaki ini terlalu payah untuk mengerti apa yang sedang orang perempuan ini rasa dan mengapa payah sangat untuk berjumpa..??
Salah Sinleen ke bila perasaan RINDU ini bertandang..?? Mengapa Chubby sengaja tak mahu bertentang mata dengan Sinleen...?? Arghhhhhhh...... Sinleen betul-betul sakit sekarang ini... Apa harus Sinleen perlu buat sekarang ini...???

Monday, January 4, 2010

KeBaHaGiaaN KiNi TeRaSa....


Tak sangka baru je beberapa hari tahun 2009 pergi dan 2010 ini datang telah bermacam perkara yang telah terjadi dalam kehidupan Sinleen... Seperti terjalinnya kembali hubungan Sinleen dengan kekawan lama tempat kerja dahulu... Hmm... Sinleen hapi sangat-sangat... Sampaikan tak sabar nak berkunjung ke sana jumpa di rumah salah seorang sahabat Sinleen.. Hmmm... Mesti banyak cerita akan keluar... Syokkkk... hehhehe...

Last year terjalin kembali ikatan hubungan dengan Kekawan Sekolah, tahun ini dengan Kekawan tempat kerja lama... Alhamdullillah... Sinleen bersyukor sangat dengan penemuan ini... Sinleen berdoa agar kegembiraan ini akan terus dirasai dari hari ke hari...


Hubungan Sinleen dengan Chubby lak kembali mesra... Baru-baru ini ada sikit salah faham antara Sinleen ngan Chubby, tapi tak lama sebab Sinleen tak nak benda yang begini membuat hati Sinleen mahupun Chubby berjauhan lak... Puncanya malam tahun baru 2010, Sinleen tetiba rasa tak puas hati dengan Chubby sebab Chubby gi karaoke ngan 4 orang ladies... Teman Wanita mana yang tak terasa dan cemburu, malam tahun baru sepatutnya sambut bersama tapi berasingan.. Pulak tu dengan dikelilingan ladies... Tak patutkan???


Sebenarnya ada sikit misunderstanding antara Sinleen ngan Chubby... Petang 31hb tu Chubby ada bagitahu yang dia gi karaoke ngan kawan ladies (pada Sinleen lak dia gi tempat karaoke tu dengan kawan ladies dia lar dan ada lelaki lain selain Chubby kat sana).. Bila Chubby dah berada disana lebih kurang 2 jam, tetiba jee Sinleen sms tanya Chubby siapa ada kat sana... Nak taw gak berapa ramai yang berkaraoke kat sana... Chubby balas lak 4 org ladies n 1 org Hero.. Mula-mula Sinleen ingatkan Chubby hanya bergurau dan Sinleen tanya laaa sekali lagi... Chubby menyatakan dia tak tipu yang dia seorang lelaki kat ctu.. Dupppp..... Nadi jantung Sinleen dup dap dup dap... Bohong lar kalo Sinleen tak cemburu dalam keadaan mcm tu... Sinleen bukan jenis cemburu tak tentu pasal, sebab 2 jam sebelum sinleen taw Chubby seorang je lelaki di ctu takde rasa apapun perasaan cemburu atau sakit hati.. Sinleen punya hati dan perasaan bila Chubby menyatakan Sinleen berkelakuan kebudakan... Bayangkan jejaka hati Sinleen dikeliling dengan 4 orang perempuan pada malam tahun baru sedangkan Sinleen berada dirumah tanpa pergi kemana-manapun... Walau Chubby takde perasaan pun pada perempuan tu tapi sebagai seorang kekasih yang amat menyayangi dirinya sudah tentu terasa cemburu dan terasa diri ini tak begitu bermakna dalam hidup Chubby...

Kenapa Sinleen berkata begitu?? Sebabnya sepatutnya Chubby menyambut Malam Tahun Baru bersama Sinleen bukannya dengan kawan-kawan perempuan dia (Betul tak apa yang Sinleen katakan?)... Salahkah Sinleen menginginkan sesuatu yang boleh memberikan kebahagiaan di hati...?? Sinleen pun teringin jadi seperti pasangan bercinta lain menyambut tahun baru bersama... Sinleen berharap Chubby cuba memahami diri Sinleen sebagai mana Sinleen cuba memahami dirinye...

Saturday, January 2, 2010

Lenggong, PeRak...

assalammualaikum dan salam tahun baru 2010...

Lenggong, Perak Darul Ridzuan...
Sinleen mengambik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010.. Sinleen tak bersempatan untuk update blog awal tahun sebab Sinleen dalam perjalanan ke Lenggong, Perak... Menjalankan tugasan disana... Moga Tahun 2010 ini memberi kejutan pada kehidupan kita dan keazaman kita pada tahun ini akan tercapai... Mudah-mudahan... Amin...

Resthouse 24jam...
Inilah tempat aku menginap 2hari 1 malam... Kemudahan bilik semua lengkap.. Siap ada air-con sekali.. Itu yang wat aku lena.... hehehehehe...

.... Gambar Wit Kak Liza Glam (Teman Sebilik Sinleen Di Rest House)....

Syukur semuanya berjalan lancar seperti apa yang telah ditetapkan...
Hapiii sangat2 kat sana, coz jumpa alik kekawan yang jarang jumpa.. Yang best kat cni makanan kat cni best sangat2, Sinleen makan banyak sangat kat cni... Ikan bakar best Gilerrrrr + ngan ikan pekasam.... 2 hari berturut-turut makan banyak... aduh... Habis larrr.... Sebelum balik Kuala Lumpur Sinleen sempat beli ikan pekasam 7 bungkus... Bagi kat adik beradik semuanya... untuk Sinleen takdepun... uhuhuhu........