Wednesday, March 25, 2015

~|| throwback ||~



Bertemu lagi kita dalam acara kongsi cerita... Apalah yang Leenda mengarut ni.. hahaha... Ni kira kes nak buat cerita yang takde cerita lerrr... Update blog ni pun sebab adik Leenda kata apasal tak updated blog hihihi... Maknanya dia salah sorg pengikut tegar Leenda... Alhamdullillah... Ada juga pengikut walaupun adik sendiri... Terima kasih adik.. Luv u lebih sikit...


Dalam tak sedar dah sampai penghujung bulan Mac.. Wah cepat betul berlalu.. Leenda pun dah start kerja pada 16hb March hari tu... Alhamdullillah rezeki bersalin department Leenda bagi Jet stroller... Syukur sgt bukan semua org nak bagi.. Lagi2 lain bangsa... Dalam department Leenda semua cina termasuk bos Leenda.. Leenda jerk melayu.. Siapa sangka dan siapa yang boleh menduga... 




Perkembangan my Sweet Candy Crush (Baby Alya) tiada apa yg menarik cuma berat badan Alya naik tak banyak dari check up 1 month... Hanya 400 gram jerk.. Nurse yg check hari tu takpe asalkan BMI dia tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah... Maknanya normal.. Leenda sharekan picca Alya masa sebelum kena cucuk utk 2 month.. Kali ni En. Suami ada temankan.. Nasib baik lerr En, Suami ada kalau tidak payah Leenda sbb Alya poopoo.. Dah tu Leenda boleh lupa nak bawa wipetissue.. Haru jugak lerrr... Hihihihi...



Tomeiii kan mcm Leenda... Hikhikhikhik..




Ni pulak picca Alya ngan Pakcik botak.. kihkih... 
Picca ngan En. Suami lerrr... (Jgn marah ehh En. Suami...)


Salam Ukhwah
Leenda

Wednesday, March 11, 2015

~ My Love ...Nur Alya Qasrina... ~



Kembali berkongsi story... Alhamdullillah.. Hanya Allah swt yg tahu perasaan seorg ibu... Iyerrr mmg rasa bahagia bila ada anak kecil.. Happy sgt.. Iyerr bila dapat ambil picca dia tgh senyum dan gelak.. Hilang rasa penat letih yg ada dibadan bila melihat wajah comel baby Alya... Walaupun kebanyakkan kata wajah @ rupa baby Alya copy paste En suami... Tak kisahlah.. Janji Baby Alya dia sihat dan selalu happy.. Itu sudah cukup buat hati seorg ibu rasa lega...

Perkembangan baby Alya sekarang dh pandai main bubble... Habissss lerrr rambut Leenda... Entahlah kata org lerr bila baby dah start buat bubble gugur laaa rambut sang ibunya.. Leenda tak pasti tapi semuanya ok saja...

Disini Leenda kongsi picca baby Alya lagi...



Aksi Alya yg menawan hatiii...


Bauan Syuga... Alya


Cinta hati ibu dan ayah... 
Kami sayang Alya ketat2...



Dalam kegembiraan yang Leenda alami hari ini, terselit memory sedih yang sering kali Leenda teringat.. Alangkah bestnya Arwah Mak ada.. Mesti lagi best rasanya berkongsikan story bersama Arwah mak...

Al-Fatihah.. 


Leenda rindu Mak.. Sgt2.. (T_T)


~Love u Mak... Mici u so much... ~


Salam Ukhwah
-Leenda-

N.D

Monday, March 9, 2015

~ Dia adalah #Cintahatikami ~




Kejap jerk nak masuk 2 bulan... Jumaat ini genap 'Alya' 2 bulan... Alhamdullillah... Syukur Alya dah sihat... dan dah makin bam bam... Geram jadinya... Sekarangpun Alya dah dihantar ke penjaga taska.. Berat hati juga sebenarnya nak hantar ke sana tapi selepas 3 hari Alya disana dan tiada rungutan dari cikgu yg menjaganya rasa lega sikit dihati ini... Yang penting kat taska tu tak amik ramai baby dan cikgu disana tahu macam mana nak panaskan susu BF.. Opss Alya masih susu badan walaupun dah kurang nak nenen deret tapi masih hisap guna botol... Dari tinjauan Leeda tempoh hari hanya 2 baby sahaja termasuk Alya.. Yang lain dah 6 bulan ke atas.. itupun tak berapa budak bawah 1 tahun ada dalam 4 orang.. Bila Leenda jemput Alya dari taksa, Alya dalam keadaan bersih, telah siap dimandikan dan menangis.. 



Ibu & Alya Selpie dulu...



Ragam Ibu & Alya


Salam Ukhwah
~Leenda~

N.D

~ Kembali Story Blog... ~


Syukur Alhamdullillah... Dah lama benar tak berkongsi cerita disini... Inilah cinta hati kami 'Nur Alya Qasrina Binti Mohammad Azzuddin' (Cahaya Ketinggian Istana)... 13 Januari 2015 (Selasa) jam 5.33pagi berat 3.26kg disambut oleh Dr. Siti Sara.. Pengalaman yang tak mungkin haku akan lupa... 2-2 kesakitan leenda alami... 



Ini adalah wajah kali pertama dia melihat dunia... 


Ni pulak picca gambar hari ke-3 rasanya...


Picca Alya pada hari ke 4


Nie 1st time Alya BF... Leenda pun rasa teruja sangat bila Alya BF...


Salam Ukhwah
~Leenda~

N.D

Wednesday, March 19, 2014

AWAS!!! BABIRI (Kacukan babi dgn biri-biri)

Assalammualaikum.....
PERHATIAN KPD UMAT ISLAM BUKAN MALAYSIA SAJA BAHKAN SELURUH DUNIA. .!!!
Bismillahirrahmanirrahim…
Mungkin ramai yang dah tau akan berita ni dan mungkin ada lagi yang belum mengetahui, maka ana panjangkan lah maklumat ini ke dalam blog ana untuk perkongsian umat islam di luar sana..Sharing is Jariah, right ??
Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi.
Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan kadar segera. Kita tidak mahu sekiranya ada di antara pakaian mahupun barangan kegunaan umat islam terhasil dari sumber yang dilarang agama.
Perlu diingat, agenda pihak kuffar adalah untuk menyesatkan dan mempersendakan kesucian agama islam. Mereka selamanya tidak akan redha dengan penganut agama islam. Mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak menuruti kehendak mereka. Awas semua umat islam !!
INFO BABI BIRI-BIRI : Mangalitsa (AS ejaan), Mangalitza (UK ejaan) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) adalah nama bagi tiga baka babi dibiakkan terutamanya di Hungary dan Balkan yang dikenali juga sebagai babi kerinting rambut. Ia kepunyaan baka jenis lemak Eropah unimproved (serta Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang berasal secara langsung dari populasi babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu 'bulu', yang serupa dengan kambing biri-biri. Baka babi lain yang diperhatikan untuk mempunyai lapisan yang panjang Kot Lincolnshire kini pupus Curly England. Mangalitsa adalah dahulunya dibesarkan sebagai babi lemak babi, dan binatang yang besar dan bulat. Disebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed".
Dagingnya amat menyerupai daging biri-biri sahaja. (Google)
AAP - Sebaiknya langkah awal pengcegahan, kawalan dan menanganinya perlu dibuat dan dipantau dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. Agar kita semua khusunya orang islam tidak tertipu dengan daging Babi Mangalitsa ini kelak.

Saturday, March 1, 2014

~kongsi story picca yg lepas... ~

....اَلسَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ

Kali ini kongsi tentang story picca... Baru-baru ini Leenda ada berjalan ke rumah kakak kat Klang dan ke rumah adik yang berdekatan kawasan perumahan Leenda... Walaupun dekat seminggu sekalipun susah nak jenguk Leenda mahupun pergi jenguk dia... Leenda seminggu sekali pergi jenguk Baba adalah... Sebab bagi Leenda, Baba diutamakan... Alhamdullillah... Setakat ini Leenda masih sempat lagi... ~miciu Baba~

Ni picca yang merah tu Hazlin (3 bulan) dan yang berBedung tu mukriz....

Yang ni aini (aiai) 

Yang aina...


Bawah ni picca baba yang latest... 

salam ukhwah..

~N.D~

Gilerrr Instagram....

....اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ

Hahaha.... Apa-apa kita gelak dulu... Sejak En suami ini ada instagram baru lah says puan leenda rajin ambil gambar En suami post kat instagram.... Yang menjadi mangsa adalah En suami lerrr... Nasib lerrr dapat wife begini.. 
Comel tak gambar ini... MMestilaaa comel Suami siapa... Suami kepada Puan Leenda lerrr... Hihihihi

Sengalkan.... Muka yang tak boleh blaaaa...

~n.d~