Wednesday, March 19, 2014

AWAS!!! BABIRI (Kacukan babi dgn biri-biri)

Assalammualaikum.....
PERHATIAN KPD UMAT ISLAM BUKAN MALAYSIA SAJA BAHKAN SELURUH DUNIA. .!!!
Bismillahirrahmanirrahim…
Mungkin ramai yang dah tau akan berita ni dan mungkin ada lagi yang belum mengetahui, maka ana panjangkan lah maklumat ini ke dalam blog ana untuk perkongsian umat islam di luar sana..Sharing is Jariah, right ??
Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi.
Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan kadar segera. Kita tidak mahu sekiranya ada di antara pakaian mahupun barangan kegunaan umat islam terhasil dari sumber yang dilarang agama.
Perlu diingat, agenda pihak kuffar adalah untuk menyesatkan dan mempersendakan kesucian agama islam. Mereka selamanya tidak akan redha dengan penganut agama islam. Mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak menuruti kehendak mereka. Awas semua umat islam !!
INFO BABI BIRI-BIRI : Mangalitsa (AS ejaan), Mangalitza (UK ejaan) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) adalah nama bagi tiga baka babi dibiakkan terutamanya di Hungary dan Balkan yang dikenali juga sebagai babi kerinting rambut. Ia kepunyaan baka jenis lemak Eropah unimproved (serta Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang berasal secara langsung dari populasi babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu 'bulu', yang serupa dengan kambing biri-biri. Baka babi lain yang diperhatikan untuk mempunyai lapisan yang panjang Kot Lincolnshire kini pupus Curly England. Mangalitsa adalah dahulunya dibesarkan sebagai babi lemak babi, dan binatang yang besar dan bulat. Disebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed".
Dagingnya amat menyerupai daging biri-biri sahaja. (Google)
AAP - Sebaiknya langkah awal pengcegahan, kawalan dan menanganinya perlu dibuat dan dipantau dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. Agar kita semua khusunya orang islam tidak tertipu dengan daging Babi Mangalitsa ini kelak.

Saturday, March 1, 2014

~kongsi story picca yg lepas... ~

....اَلسَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ

Kali ini kongsi tentang story picca... Baru-baru ini Leenda ada berjalan ke rumah kakak kat Klang dan ke rumah adik yang berdekatan kawasan perumahan Leenda... Walaupun dekat seminggu sekalipun susah nak jenguk Leenda mahupun pergi jenguk dia... Leenda seminggu sekali pergi jenguk Baba adalah... Sebab bagi Leenda, Baba diutamakan... Alhamdullillah... Setakat ini Leenda masih sempat lagi... ~miciu Baba~

Ni picca yang merah tu Hazlin (3 bulan) dan yang berBedung tu mukriz....

Yang ni aini (aiai) 

Yang aina...


Bawah ni picca baba yang latest... 

salam ukhwah..

~N.D~

Gilerrr Instagram....

....اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ

Hahaha.... Apa-apa kita gelak dulu... Sejak En suami ini ada instagram baru lah says puan leenda rajin ambil gambar En suami post kat instagram.... Yang menjadi mangsa adalah En suami lerrr... Nasib lerrr dapat wife begini.. 
Comel tak gambar ini... MMestilaaa comel Suami siapa... Suami kepada Puan Leenda lerrr... Hihihihi

Sengalkan.... Muka yang tak boleh blaaaa...

~n.d~


Tuesday, February 11, 2014

Coratan hari itu..

Assalammualaikum....

Syukur alhamdullillah... Dalam haku xkeja adalaaa masa haku bawa baba pergi mandi kolam air panas... Seronok tgk baba beremdam lama giler...  Xramai hari ini sebab hari orang berkerja... Sebab tu xramai hehehe..


End story....

~N.D~

Monday, February 10, 2014

Bila taiko balik...

Assalammualaikum... Mood pagi ini dengan batuk yg tak sudah... Huhuhu... Nak katanya sejuk, badan ni dh serupa berpeluh bagai... Bila malam sebelum beradu tak sah kalau tak mandi... Pas mandi baru lerrr sedap nak tido... Kat rumah ini kalaulah ada air corn mmg tak yah mandi memalam ini... Sah-sah tekan 'on' jerk pastu landing tido... Tapi peliknya En suami kalau tido badannya rasa sejuk jerk berbanding ngan Leenda... Huhuhuhu... Panas siap berpeluh bagai....

Pagi ini pas En suami gi kerja... Mcm biasa aktiviti harian suri rumah... Membasuh, mengemas, segala bagai... Sempat lak tgk si dudu taiko balik makan... Gamaknya dia tgk ada pendatang lain join skali dia tunjuk belang... Huhuhu... Abis lerrr dia mengaaumm depan rumah... Hiss hiss taiko dudu seminggu balik sebulan hilang... Tak kisah laaa dudu asalkan ko sihat dan tak buat hal kat luar tu...
Klaaa nanti sambung lagi....

 ~N.D~


Sunday, February 9, 2014

Rindu emak...

Assalammualaikum....
Dua tiga hari ini badan xberapa nk sihat... Siang berpeluh sakan macam berlari tak igt dunia... Tapi bila malam muncul, habis batuk badan panas giler nak katanya demam tak jugakkk sebab badan rasa sihat jerk tapi suhu badan tetiba naik... Ermmm... Mgkin cuaca kemarau kot...

Menu hari ini ada ayam masak berempah belasah Dan sambal goreng tempe chef din punya idea...
Semalam jupe Arwah Mak... Rindu sangat ngan Arwah Mak... Kalaulah Arwah masih ada kan best leh bawak Arwah jejalan... Heheheee