Thursday, May 9, 2013

~ Kasih seorg anak... ~



Assalammualaikum....

Cerita hari ini tak sama ngan semlm... heheheeee... Memanglah kan, bukan perkara yang sama akan berlaku setiap hari melainkan secara kebetulan or memang dah ditetapkan.... Pagi ini sampai jerk kat office, haku dapat panggilan telefon dari mak.. Haku tak teruspun jawap panggilan tersebut atas sebab kekurang or ketidak sempurnaan telefon haku tu... So terpaksa juga haku pakai telefon office untuk buat panggilan telefon.. Sebaik jer panggilan haku dijawap mak terus minta haku balik bawa mak ke hospital.. Betapa kelam kabutnya haku terus menuju ke arah kereta sempat juga laaa buat panggilan ke En Bob tapi tak dijawap... Haku pesan kat Nadiah dan Kak Nur andai kata En. Bob tanya tentang ketidak hadiran haku...

Sampai kat rumah mak jam menujukkan kul 9.10pagi.. Wah... Betapa lamanya haku tak redah jemmed, hari ini haku berjaya redahnya... Terus bawa mak ke hostipal.. Mujur Dik Adda turut amik Emergency Leave skali boleh haku drop mak, baba n dik adda di tepi pintu masuk kecemasan... Sebab haku nak mencari parking kat Hospital Selayang ini memang diharap maklum lerrr... Sendiri mahu di ingat... Heheheheee... Dapat jerk parking kereta (3 kali pusing lerr 1 hospital) haku terus masuk dan mencari kelibat mak... Haku temankan mak sampai dari turn tunggu number, masuk bilik pertama, bilik ke-2, bilik ke-3, amik ujian air kencing, amik ubat dan sewaktu dengan nya... Agak keletihan plus kelaparan... Huhuhuhu~

Selesai urusan di hopital mak ajak pulak makan tengahari di rumah Kak Long, haku menurut jerk sebab haku tahu makpun macam haku gak kelaparan.. Walaupun setiap haku tanya dia nak makan apa, dia selalu katakan yang dia tak lapar... Sampai kat umah Akak Long melihat akak tengah sibuk memasak  kat belakang... Itu yang wat kami bertambah sayang kat kak long....


Okielah kekawan.. Leenda dah ngantuk, InsyAllah ada kelapangan Leenda sambung kembali cerita seterusnya... Amin... 


Sayonara...

No comments: