Monday, December 16, 2013






Hari ini Leenda nyer aktiviti agak busy juga lerrr.... Pas kemas rumah bagai semua, Leenda wat ler aktiviti Leenda... Hahahaa... Start baca Novel 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' tak sampai page 100 lagi Leenda dah rasa menarik tertarik mmg debommm... Apa lagi Leenda stop membaca buka lappy pastu Leenda search kat Youtube... Dapat ler tgk movie yang wataknya dilakonkan oleh artis Nelydia dan Sharnaaz Ahmad... Tetiba melayan lak drama ini sedangkan drama ini last week Leenda tak follow... Malam ni lepas tengok Master Chef ALL Star leh layan citer drama ini lak....


 
 Penulis Novel : E-Man Sufi --> Klik Here view blog E-Man Sufi

Pelakon Utama ~ Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta :  Nelydia dan Sharnaaz Ahmad 

Pasni Leenda akan follow drama ini.. Kalau tak sempat nak tengok TV leh follow kat youtube... 
Okey Geng... Nanti Leenda update lagi eh... 

Salam Kasih & Ukhwah
~Leenda~

N.D

Sunday, December 15, 2013

Jalan2 Menghabiskan masa & duit....




Pagi ini bangun jerk En Suami dah ada plan untuk hari ini... Hahahaaa... Yes!! Yes!! Aktiviti kali ini siap2 jerk hantar adik anip kat tempat kerjanya and En Suami terus jerk drive ke PWTC... Pesta Buku katanya (En. Suami)... Dalam kepala Leenda ini dah terbayang macam-macam nak beli novel dari Penerbit kaki Novel, Creative, NB, Alaf 21, Karya Seni dan adalah 2-3 lagi... 

Sampai jam 11.00 lebih gitu kat area PWTC kami parking kereta di sebelah bangunan PWTC iaitu hentian putra berjalan sikit ler barulah jelajah semua tempat... Tapi hanya sekadar pusingan pertama tu just belek2 buku.. Pastu apa lagi Leenda wat hal sebab pewut yg dipenuhi lemak dan angin ini meminta untuk diisi... Masa kitorg hantar adik anip, Leenda ada gak cadangkan kat En. Suami suh breakfast kat iOi Mall Puchong tapi En. Suami kata kenyang lagi... So kami tak singgah ler mana2... Siankan Leenda... Huhuhu... Kitorg makan ler kat area PWTC tu ada ler tempat utk dimakan... Nasi lemak dia perhhhh boleh tahan harga dia... Isi Nasi Lemak tu telur rebus 1/2, sambal ikan bilis jerk dengan nescafe ais dengan en suami nyer makanan nasi grg plus mee grg dengan air mineral semuanya harga dia rm 16.00... huhuhu...




Nie gambar pas melantak b/fast... Comelkan ragam En. Suami..

Pas break fast dekat 12.20 tengahari kami bersedia lah terjah booth buku-buku yang ada... Apa lagi 1st booth yang kami membeli belah adalah booth 'KN-Kaki Novel'.. Sampai2 bukan Leenda yang memilih dulu novel tapi En. Suami yang busy cari Novel Kawan sekolah dia dalam kata lain En. Suami habaq kat cheq 'GF xjadi' katanya... Hahahaaa.... 2 buah novel dia capai 

1- Miss XL (Penulis - Rina Farizq)


2- Akukah Juwita (Penulis - Rina Farizq)

Nie Blog penulis Rina Farizq jom terjah bolg beliau.... m(^_^)m


Nie lah dia sahabat 'Teman tapi Mesra' En. Suami... Kata En Suami nape dia borong novel kawan dia adalah sebab bagi semangat pada kawan dia untuk terus menulis lagi... Dan kata En. Suami lagi nama dia ada dalam salah sebuah novel tu... Yg didikasikan dari penulis.. Owhhh ada makna jugak eh En Suami ni beli... Tak ikhlas lerrr... kuikuikui... Baguslahkan En. Suami siapalah ini... hehehee... En Suami pesan suh Leenda yang membaca novel kawan dia tu...  Pastu citer kat En Suami.. Huhuhu.. Macam tupun boleh kah?

Pas singgah beberapa booth buku dan memborong serta pas berjupe penulis 'Teman tapi mesra' En suami, kami pun beredar dari PWTC jam 2.00 petang.... Wah penat gak ler dengan kaki rasa sakit sikit... Balik kami singgah ke iOi Mall Puchong, ajak adik anip lunch sekali kat Old Town White Coffee.... After lunch sempat gak beli beberapa barang keperluan rumah kat Aeon JJ dan gerak dari iOi Mall Puchong dekat 3.45 petang gitu... Sampai rumah keluarkan barang2 beli tadi termasuk buku... Kemas2 terus Leenda naik mandi dan solat Zuhur... Agak lewat jugak menunaikan Solat Zuhur...


 

 Nie jew novel yang Leenda capai dari booth 'KN & Karya Seni'
Booth Creative, Alaf 21, NB Leenda xjupe... Cukuplah dengan apa yang ada... Alhamdullillah... Semua En. Suami yang bayar... Sayang ketat2 dia... Muahzzz...



 Ni gambar En Suami sedang berkira-kira budget kuar membeli buku... Hampir dekat RM 300 ratus kata En. Suami...


Nie lah hasil Leenda dan En Suami memborong kat PWTC tadi... 
Yang sebelah kiri tu Leenda nya pilihan & yang belah kanan tu En Suami nye pilihan buku...



Akhirkata Salam Kasih Sayang & Ukhwah
~Leenda~

N.D


Saturday, December 14, 2013

Berjalan2 Menonton Wayang... 141213


Syukur Alhamdullillah.... Akhirnya dapat gak Leenda menonton citer ni.. Tak sangka En Suami tetiba jerk ajak menonton wayang pas lunch tghari tadi.. Apa lagi Leenda terus bersiap-siap pas solat Zohor untuk jalan2 menonton wayang... Siapa sangkakan mood En. Suami hari ini lain dari yang lain... 

Kami gerak dari rumah jam 2.00 petang lebih sampai kat KLCC jam 4.05 petang cari punya cari parking dapat dekat dengan life.. Alhamdullillah lagi sebab dipermudahkan segalanya.... Terus ke panggung wayang tengok citer yang Leenda nak tengok.. En Suami suh buat pilihan... Syokkk rasanya.. Pilihan Leenda adalah citer Movie 'THE HOBBIT 2 -  The Desolation Of Smaug'.. 

  

 


Citer movie ini tentulah best sebab dah lama kot Leenda ternanti-nanti movie dia keluar siap bising-bisong ngan en suami suh download citer ini... Alih2 Khamis kuar movie ini, hari ini dapat tengok movie ini... Yeahhhh.... Jiwa happy sangat... Thx sayang... Nanti sambungan citer ini kita follow eh.... Hug3x


Akhir sekali Salam Kasih sayang & Ukhwah
~Leenda~

N.D

Tuesday, December 10, 2013

Celebrate Early Anniversary - Dorsett Grand Subang, Selangor.


Syukur Alhamdullillah... Sungguh cepat masa berlalu.. Setahun bersama seolah-olah baru semalam jerk di'IJAB & QABUL... Hari ini ternyata Leenda bahagia dan pilihan Leenda adalah yang terbaik dan sebaik-baik manusia... Dalam bab agama dialah yang terbaik dan insan ini yang Leenda inginkan... Bersyukur sgt2 Allah swt telah perkenankan doa Leenda...

Rasa Cinta, Sayang, Kasih & Rindu sentiasa dikeliling kehidupan Leenda.. Bahagiakan... Dah tak mahu memcari kebahagian di luar... Apa yang Leenda miliki hari ini dah cukup untuk sampai akhir hayat Leenda... Dah tak mahu yang lain... Yang pasti Leenda memliki dirinya dan Insha Allah Leenda akan hargai dan menjaga dirinya seperti diri Leenda... Semoga Allah swt akan melindungi hubungan kami hingga akhir hayat kami... Mempermudahkan segala urusan kami di dunia mahupun di akhirat.... Insha Allah.......

Menikmati hidangan....


Inilah Cinta hati saya..... My Heartbeat....

Banyakkan dia mamam.... Kenyang sudah kalau tgk dia mamam...


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang & Selamat Ulang Tahun Perkahwinan.....  (021213)

~Zassss~ N.D

Thursday, November 7, 2013

~:: Ya Allah.. kau jauhkan la kami (para2 isteri) dari terhasut dgn bisikan syaitan sehingga mengheret kami melakukan perkara2 khurafat & derhaka kepada suami kami.. Moga Allah permudahkan urusan hidup & mati kita semua .. ::~ AMINNN..




Kisah Benar


Kisah Isteri Mengamalkan Nasi Kangkang | Nasi kangkang atau nama ‘saintifiknya’ Nasi Tangas ini diklasifikasikan sebagai ilmu Guna Guna atau Ilmu Pengasih. Nasi Tangas ini selalunya disediakan oleh si isteri untuk disajikan kepada suami dengan niat untuk menundukkan atau membodohkan mereka dan juga untuk membuat pasangan bertambah kasih dan sayang kepada mereka.

Kisah Isteri Mengamalkan Nasi Kangkang

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok. ‘Eh, makin kurus nampak. Diet ke?’ kata saya setelah mempersilakannya duduk.

‘Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,’ balas Arifin. ‘Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,’ Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. ‘Orang rumah saya sakitlah, ustaz’, kata Arifin.

‘Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?’ saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

‘Entahlah.’ katanya perlahan.. ‘Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang.. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,’kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya. ‘Sakit apa, doktor pun tak tau,’tambahnya.

‘Dah pergi berubat kampung?’ saya bertanya.

‘Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk dan macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,’jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut.. ‘Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,’ tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

‘Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,’kata Arifin. Wajahnya sayu … ‘Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu’.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. ‘Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi,saya harap ustaz dptlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,’ tambah Arifin.

‘InsyaAllah. ‘ Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. ‘Apa yang dia cakap masa meracau tu?’

‘Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam tu,’kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri.. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya. ‘Datang ya, ustaz . Saya tunggu,’
katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. ‘Jemput masuk ustaz,’Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

‘Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,’ bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

‘Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,’ kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;’Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung’. ‘Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,’ jawab Arifin.

‘Err,. dari mana datangnya bau yang.’ soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

‘Ooo. mmm, dari alat sulit dia,’kata Arifin perlahan. ‘Keluar lendir bercampur nanah’…

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

‘Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah saya pun sudah.’

‘Kalau macam tu, baguslah,’kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. ‘Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,’ kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

‘Ustaz,’katanya.. ‘Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu’

‘Kenapa?’pantas saya bertanya….

‘Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya’ . Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya ‘Kenapa?’

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. ‘Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.’ Saya tanya, masa bila awak buat?’ Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. ‘Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan. ‘Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan… ‘ Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. ‘Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,’ kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.’ Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. ‘Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.’

‘Ampunkan dia?’ Arifin bertanya balik. ‘Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?’ tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut.

‘Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,’ jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. ‘Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,’ jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. ‘Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,’ kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

‘Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

‘Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa semata-mata.


Sharing is caring...


 Kembali untuk berkongsi bersama... Leenda dapat info ini dari Blog GreenAppleku .. Banyak info yang berguna dari blog ini.. Semoga kita dapat kebaikkan bersama...

6 Kebaikkan Mandi Sebelum Subuh..

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Insyaallah...

Note utk diri sendiri :::
Pasni Leenda kena bangun awal lerr... selama ini Leenda selalu bangun kul 6 lebih gitu.. Hehehee


Wednesday, November 6, 2013





.....if i were about to choose between love and breath, i will use my last breath to say I LOVE YOU (SAYANG)....



Berjanjilah Sayang yang dirimu akan hadir saat diriku memerlukan..
Semoga hubungan ini dan kasih sayang kita akan sepanjang hayat kita... INSYALLAH...

Sayang Ketat-ketat...



Hari-hari yang dilalui....



Cepat jer masa berlalu... Sekarang dah masuk bulan 11, semalam baru jer masuk awal muhram 1435... sekejap jer masa berlalu meninggalkan kita..  Kalaulah diberi pilihan nak jerk haku kembali di pengawalan tahun ini... Masih belum puas bermanja dengan arwah Mak... Tapi semua telah tersurat.. Semakin hari semakin meninggalkan waktu.. Ianya tak akan kembali pada waktu yang kita inginkan... Diriku masih begini... Masih belum ada tanda-tanda berbadan dua.. Belum ada rezeki buat diriku ini... InysALLAH andai diizin mungkin akan ada... 


Share picca sambutan hari raya aidiladha..

Syukur alhamdullillah encik suami sangat membantu... Sayang sampai ke Jannah... InsyALLAH...

Bersama Family Abang Andak menziarah kubur arwah emak tersayang... 
(Rindu Emak ketat-ketat)

Tabikk pada Amirul Aiman (yg tengah) kerna cukup hormat penghuni disini.. Sampaikan takut untuk melangkah ke kawasan perkuburan.. Katanya "Mirul tak nak terpijak Arwah disini..." Terbaiklah Amirul...

Alhamdullillah... dah siap batu Arwah Emak... Missing u mak.. 

|--LaHiRNyA MaNuSiA DiiRiNGi aZaN.. MaTiNya MaNusiA DiiRiNGi SoLaT.. aNTaRa aZaN DaN SoLaT, aLaNGkaH SiNGkaTNyA KeHiDuPaN--|

bila waktu itu berhenti
seluruh hidupku akan terhenti
namun andai aku mula berhenti
waktu itu tidak menanti
ku mencari suatu erti
erti yang sukar ku fahami
ku mencari diri ini
yang semakin hilang dalam diri
siapa yang menyapa
siapa yang di sapa
kenapa dia ada dalam lena
namun pergi dalam jaga
perit hati menanggung
berat beban di pikul
dia ada dalam tiada
dia hilang dalam terang
sedang aku mencari
dia muncul ketika ku asa
memberi secebis cahaya
dalam indah cerita

~ Tiada Nama ~


Kembali setelah sekian lama menyepi... Nak berkongsi cerita tak pasti adakah diluar sana sudi memjadi pembaca utama dalam ruang ini... Terlalu banyak perkara dan benda yang terjadi.. Jiwa ini masih terasa kehilangan kasih sayang seorang ibu... Rindu menapak masih ada lagi walau tak terasa sakit kehilngan di waktu mula-mula... 

Rintihan seorang anak....
Emak.. Masih terbayang wajahmu disaat dirimu kesakitan...
Masih terdengar laungan suara mu memanggil diri ini...
Masih bermain diruang mata ini dengan senyumanmu...
Namun bila diri ini sedar... Namun bila diri ini kembali alam nyata...
Dirimu telah lama meninggalkan anak mu ini...
Emak.. Kasih dan sayangmu terhadap kami telah berakhirrrrr....
Teguran & bebelan suara mu tiada lagi....
Dakapan mu tidak diri ini merasa lagi...
Anakmu benar-benar rasa kehilangan...
Anakmu benar-benar rasa kerinduan...
Semoga anakmu ini akan sentiasa mengingati dirimu disana..
Damailah wahai emak yang amat disayangi..
Hanya ini yang mampu anakmu kirimkan...
Surah Al-Fatihah & Yassin buat dirimu disana..
Pengikat kasih dari anakmu untukmu...

Terima Kasih Emak melahirkan diri ini...

Rindu Emak ketat2...

g

Friday, June 14, 2013

Biar kepahitan itu pergi
Agar kemanisan mengisi
Biar kekecewaan berlalu
Agar kegembiraan mewarnai
Biarkan kegelisahan lenyap
Jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan itu menyapa
Agar kekuatan kita jana semula
Biarkan diri in derita
Agar aku tahu keperitan deritan ini
Agar aku sedar kesengsaraan ini
Tidak sama
Bahkan hanya secebis
dari penderitaan
Rasulullah SAW 


Syukur Alhamdullillah segala majlis kenduri utk arwah sampai ke 7hari segalanya dipermudahkan.. Hari ini dah hari ke-26.. Lagi 2 minggu lagi majlis kenduri tahlil yang ke-44 hari... Insyallah akan buat pada haribulan 29 Jun ni.. Masih tak percaya bahawa Arwah Mak dah takde.. Macam baru semalam jerkk Leenda bawa Arwah mendapatkan rawatan di hospital.. Apakan daya Allah swt lebih menyayangi Arwah... Moga-moga ditempatkan dalam golongan yang beriman... AMIN..

Story bab lain lak... Hari isnin baru-baru ini Leenda ada bawak Baba gi buat check-up tekanan darah dan tahap gula dalam darah... Syukurr Alhamdullillah ada perubahan penurunan dari check up yang lepas.. Cuma gula dalam darah masih tinggi lagi...Next check-up sehari sebelum bulan pose iaitu 09hb July 2013.


Ni picca Baba masa check tahap gula dalam darah..

Story Leenda lak,,
Errmmmm... Apa eh?? Rasanya semua seperti biasa... Tiada luar biasa.. Tanda-tanda nak dapat baby pun belum ada lagi... Teringin dan mahu juga tapi masih belum ada rezeki lagi... Insyallah... Semua telah ditentukan cuma kena berusaha lebih... heheheee... Leenda sibuk juga dengan urusan rumah tangga, kerja dan sebagai anak.. Semoga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang akan memberi kekuatan, kesabaran dengan apa akan berlaku... Chaaaayooikkk...!!!

Timeee Outt!!

N.D

Thursday, May 30, 2013

KEHILANGAN YANG TAK KU JANGKA.... (T_T) ~ Part I

Assalammualaikum.... 

Sungguh Leenda tak mengduga dan tak sangka, seharian bersama dengannya itulah hari terakhir Leenda melihat wajahnya.. Al-Fatihah buat Emak tersayang Almarhumah Zainon Binti Malek (25hb November 1945 - 20hb Mei 2013) telah kembali ke Ramahtullah pada Isnin lepas 20hb Mei 2013. Al-Fatihah..


Siapa tak sedihkan Emak pergi dan tak akan kembali.. Jiwa & hati Leenda memang down gilew... Seperti tak percaya semua ini terjadi padahal Leenda bersama dengan Arwah pada hari Ahad 19hb Mei 2013 dari pagi sehinggalah petang... Disebabkan hari sabtu tu Leenda tak dapat balik bawa Arwah ke hospital, pepagi hari ahad Leenda dah balik ke rumah mak leenda kat Damansara sebab Arwah ajak pergi klinik pagi itu. Doctor Ruby bagi suntikan tahan sakit pada Arwah... Itu yang mampu Doctor berikan pada Arwah.. Sampai kat rumah Leenda bagi Arwah rehat.. Kesian kat Arwah sepanjang malam dia tak boleh lelap mata disebabkan sakit dalam perut dia.. Hanya Tuhan jer yang tahu penderitaan yang Arwah tanggung.. Kami anak beranak tak tahu apa yang Arwah sedang tanggung.. Sedang Leenda lepaking kat ruang tamu Arwah panggil nama Leenda... Leenda bergegas masuk bilik Arwah.. Arwah minta Leenda berhenti kerja dan jaga Arwah kat rumah.. Arwah kata lagi mohon Leenda berpindah balik ke rumah dia.. Respon Leenda time tu tak cakap apa-apapun sebab Leenda tak mahu menyinggung perasaan Arwah.. Leenda diam seribu kata sebab Leenda tak mampu memberi kata putus untuk Arwah.. 

Tengahari selepas Leenda menyuap nasi bubur pada Arwah.. Arwah kembali mengaduh sakit perut.. Arwah kata dia nak membuang air besar tapi tak keluar.. Leenda dah mati akal nak membantu Arwah.. Dah tak tahu nak buat apa lagi yang boleh buat Arwah hingga rasa sakit dia... akan bersambung PART II

Picca Leenda bersama Arwah Mak (Raya Tahun Lepas 2012)

Sebagai penutup saya inginkan ceritakan kisah seorang yang sakit dan tiada harapan sembuh. Lalu dia berdoa, “Ya Allah, jika ditakdirkan aku mati, matikan aku dalam bulan Rejab.” Orang pun jadi hairan dan bingung mendengar doa sedemikian. Lalu dia menjawab, “Aku mendengar siapa yang meninggal dalam bulan Rejab, akan diampunkan dosanya.” Permintaannya dimakbulkan dan InsyaAllah semoga dosanya diampunkan Allah SWT. (Sumber Klik Disini)


# Akan bersambung.... PART II

Sunday, May 12, 2013

Kini Kembaliiiiiii.......

Assalammualaikummm....

Rindu saat bercuti di tepi pantai... Kalau dulu single memang tak fikirpun pasal orang lain.. Just booking room, tiba masa packing barang... Sok drive all the way pergi tempat dituju... Tak perlu berteman, cukup sekadar seorang diripun boleh bercuti tanpa gangguan... Kalau sekarang takde planning apa-apapun.. Stress adalah duduk kat rumah hadap laptop tak pun tv.. Itu jer aktiviti mingguan...

Set minda balik... Tak kira tahun ini haku nak gi bercuti gak... Kena saving balik, sejak menikah ni duit saving banyak habis kat wedding... Pasni nak jadi apa jadi ler... Diet plus saving for holiday... InsyAllah.. Mudah-mudahan dipermudahkan... AMIN...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
This morning ada perkara yang sangat haku tak ingin berlaku terjadi juga... Demmnnn... Bosan diperlakukan begitu, agaknya memang tak layak kot haku dapat perhatian dari dirinya... Umpama dunia nya hanya ada TV plus laptop jerk... Haku di mana agaknya eh??? Benar-benar disingkarkan dari ruang cutinya... Siapa eh yang berubah?? Haku ker yang terlalu manja atau sebaliknya..?? Ermm... Entahlah kekadang tertanya susah sangat ke melayan sikap manja ku ini..?? Weekend waktu untuk kau dan haku tapi waktu jaganya untuk tv n laptopnya... 

Diriku sekarang memang memerlukan bercuti..... iye bercuti rehatkan minda plus rohani n jasad yang penuh ngan keletihan kepenatan.... Klaaa cukup sampai disini, jom layan video clip yg Leenda selalu layan.... Tapi sebelum tu Leenda sempat buka akaun FB anak buah Leenda (Along Faris)... Dapatlah tengok perkembangan mereka.... (~_^)



~N.D~

Friday, May 10, 2013

'Suamiku tak romantikkk..' ~ issue di Primadona (Apa kata Anda)

Hangattttt....!!!! Memang hangattttt!! ke memang tak ingat? 
Issue yang sering diketengahkan selepas berkahwin... Dalam kehidupan pas berkahwin ini memang totally berubah dari zaman saat bercinta.. Demmmnn... Dah bengkak hati sbb sedang sibuk menonton tv, updates blog sempat gak ajak En. Suami makan malam kat luar di tempat dulu-dulu, iaitu di zaman bercinta.. 

Hahahaaaa... akhirnya En. Suami sudi menemani Leenda makan nasi lemak kampung baru... Cuma rasa tak berapa nak best... Apapun thankssss lah En. Suami...



~N.D~

Kejadian hari ini.... part II (sambungan semalam)




Assalammualaikum.... 

Topik semlm tak abisss... Nak sambung alik memang tak lerr... Heheheeee... Tapi tak syok gak kan kalau tak menghabiskan citer semalam.. Ok pas habis melantak kat rumah kak long, kami terus jerk balik ke damansara sebab keadaan mak yang kepenatan plus kesakitan yang di tanggungnya... Kesian mak, lesu wajahnya... Bulan ini sambutan hari ibu, tapi keadaan mak agak teruk jugak dari sebelum ini...

Ini Picca tahun 2011
Sambutan Hari ibu....

Lihatlahhh... Semua ibu-ibu..
Haku jer time ini solo molo lagi... 

Sampai jerk kat rumah mak terus baring.. Mungkin mak kepenatan semasa di hospital lagi.. mahu taknye berjam-jam menunggu giliran... Namapun kerajaan.. Dh tentu ramai org... heheheheee.. Sedang lepaking kat ruang tamu, tetiba mak panggil masuk dalam bilik dia.. terkejut gak tetiba jerk... Rupanya mak minta haku potong rambut dia sampai pendek.. Dengan spontan haku ambil  gunting.. zasss...  zaasss... zasss... Siap sudah rambut ranggi mak.. hehehee... Pas gunting rambut mak, abah pulak turut minta potong rambut dia.. dan last kali si fatin jugak potong rambut dia... Haku boleh buka saloon gini... Hehehe... Boleh masyukkkk!!

Selesai memotong rambut, abah ajak beli tilam spring untuk dalam bilik dia... Dah lama dia nak beli tapi takde siapa yg sudi nak bawa gi cari tilam yang macam mana dia nak.. Akhirnyaaa keinginan tilam baru ditemui terus beli tak sampai 2 jam tilam dah sampai ke rumah... done! done! done! and done!

Bersyukur sangat sebab haku mampu penuhi apa yang mereka inginkan... Cuma 1 perkara lagi yang perlu haku penuhi iaitu Mak mahupun Abah meminta haku membawa mereka ke Klinik Kerajaan untuk buat medical check up kencing manis, darah tinggi n kolesterol  mereka... InsyAllah... Moga Allah swt memberi ruang untuk haku memenuhi permintaan mereka... AMIN...

Tamat Sudah story semlm...

~N.D~


Thursday, May 9, 2013

~ Kasih seorg anak... ~



Assalammualaikum....

Cerita hari ini tak sama ngan semlm... heheheeee... Memanglah kan, bukan perkara yang sama akan berlaku setiap hari melainkan secara kebetulan or memang dah ditetapkan.... Pagi ini sampai jerk kat office, haku dapat panggilan telefon dari mak.. Haku tak teruspun jawap panggilan tersebut atas sebab kekurang or ketidak sempurnaan telefon haku tu... So terpaksa juga haku pakai telefon office untuk buat panggilan telefon.. Sebaik jer panggilan haku dijawap mak terus minta haku balik bawa mak ke hospital.. Betapa kelam kabutnya haku terus menuju ke arah kereta sempat juga laaa buat panggilan ke En Bob tapi tak dijawap... Haku pesan kat Nadiah dan Kak Nur andai kata En. Bob tanya tentang ketidak hadiran haku...

Sampai kat rumah mak jam menujukkan kul 9.10pagi.. Wah... Betapa lamanya haku tak redah jemmed, hari ini haku berjaya redahnya... Terus bawa mak ke hostipal.. Mujur Dik Adda turut amik Emergency Leave skali boleh haku drop mak, baba n dik adda di tepi pintu masuk kecemasan... Sebab haku nak mencari parking kat Hospital Selayang ini memang diharap maklum lerrr... Sendiri mahu di ingat... Heheheheee... Dapat jerk parking kereta (3 kali pusing lerr 1 hospital) haku terus masuk dan mencari kelibat mak... Haku temankan mak sampai dari turn tunggu number, masuk bilik pertama, bilik ke-2, bilik ke-3, amik ujian air kencing, amik ubat dan sewaktu dengan nya... Agak keletihan plus kelaparan... Huhuhuhu~

Selesai urusan di hopital mak ajak pulak makan tengahari di rumah Kak Long, haku menurut jerk sebab haku tahu makpun macam haku gak kelaparan.. Walaupun setiap haku tanya dia nak makan apa, dia selalu katakan yang dia tak lapar... Sampai kat umah Akak Long melihat akak tengah sibuk memasak  kat belakang... Itu yang wat kami bertambah sayang kat kak long....


Okielah kekawan.. Leenda dah ngantuk, InsyAllah ada kelapangan Leenda sambung kembali cerita seterusnya... Amin... 


Sayonara...

Wednesday, May 8, 2013

Seriussss...... Bosan betul tgk Berita!

Assalammualaikum....

Boring okey... Asyik Politik jer... Tapi En. Suami ini hantu berita... Nasibbbb lerrrr... Kekadang tu sengaja ler haku dok sakat or but suhu En. Suami naikkkk.... Tapi kejap jerk pastu haku pas battom tv utk dia hadap sampai tengah malam... Macam tu ler aktiviti En. Suami setiap kali pas waktu berkerja.. Masuk tido kalau tak lepas kul 1 ke atas memang susah nak tgk bayang dia kat dalam bilik.. Kalau time cuti tu tak payah nak cakap ler kul 3 ke atas... Kerna sayang dengan haku2 jugak temankan dia kat tingkat bawah hadap tv or laptop tapi yg menengoknya En. Suami sorang.. Haku??? Teman sambil tido buat taik mata n air liur basi di sofa... Heheheee...

Klaaa nanti kita sambung.. Nak mandi dulu...

Sayonaraaaa...


~N.D~

Kejadian hari ini....

Assalammualaikum....

Pagi ini bangun jerk mood malas dh ada tambah pulak ngan En. Suami pun turut malas nak gi kerja... Selamat kelaut mood kerja hari ini... Tapi yg kelakarnya En. Suami dh siap keluar ke tenggiling kesayangan dia dah.. Dah buka kunci kat pagar rumah tetiba boleh kunci balik dan terus memerut dalam bilik air... Sedang siap-siap kat dalam bilik atas tetiba En. Suami kata dia malas nak gi kerja... Dan dia siap sms bos dia yang dia tak masuk opis kerna tak sihat... Bila haku nak join skali tapi En. Suami tak bagi join skali ngan dia.. Ahhh... Tension gua...

Tengahari jam 12.30pm minta kuar awal ngan En.Bob (Boss Leenda lerr) nak gi bawak org yang tak berapa nak sihat tu gi amik mc.. Padahal sihat walafiat jerk... En. Suami mmg mcm tu... Dtg bulan malas dia, jadi la mcm tu.. heheheheee... Kat opis kerja tak berapa nak happy sebab jiran belakang Leenda tak datang.. Dia cuti bawa Husben dia gi hospital ambil darah.. Agak membosankan... Macam biasa kerja Leenda hari ini check balance account, call supplier, prepay cheq supplier, update PO summary, update All Order, update cheq log dan sewaktu ngan dia... Kalau nak senarai memang letih ler jemari Leenda.. Hehehehe...

Petang tepat jam 5.30pm dah start enjin kereta nak balik tapi sangkut kat Bukit Sri Kembangan tu sebab Abg2 polis trafik takde... Wahhh... Dekat 1/2jam jugak lah kat citu.. Sampai2 kat rumah nampak lak En.Suami dok jadi pak guard kat pagar dok berborak-borak ngan kawan dia.. Siap Leenda parking kereta terus hadap TV.. Ngan tak mandi heheheee... Sampai laaa ini.. Ahakss... Opsssiii lupa skg time cuti2 malaysia... Heheheheee... Dinner takde sebab En. Suami dah makan dah... Langsung tak tinggalkan untuk Leenda.. NASIBBBB....

Hari ini xberapa nak okie...

~N.D~

Monday, May 6, 2013

Kewangan merosot....

Assaalammualaikum...

Dugaan tetap menjelma... Itu tandanya Tuhan sayang kan kita.. Hanya orang yg terpilih jewkan dapat halangan dan dugaan... Last month pakwe sehidup semati ada masalah... I'm down at Kelana Jaya (Kereta Rosak).. Nagis jugak tapi bak kata En. Suami ingat menangis boleh selesaikan masalah ke?? Terus Leenda diam... Huhuhuhuuuu~

Bulan ini lak black berry Leenda lak bermasalah... Speaker rosak... Leenda tak leh  dengar suara orang tapi orang lain leh dengar.. Touchingkan... Semuanya melibatkan duit... Kalau tak de saving lagi susahkan... Nasib baik En.Suami ni ada jugak saving dia.. Harapkan Leenda memang tak dapat nak menolong Kereta Leenda.. Apapun bersyukurrr sangat dia adalah sebaik-baik manusia... heheheeee...

MOOD Touching heart...
Sejak kebelankang ini Leenda kerap jugak ler google tentang kehamilan or sewaktu dengan nya... Masih belum ada rezeki lagi utk Leenda ngan En.Suami.. Jiwa wanita... Mesti ada merasa begitukan... Serius Leenda kekandang jelos tgk orang lain ada baby... Wahhhh... rasa tak sabar sebenarnya... Mudah-mudahan ALLAH SWT memberi kami rezeki... Insyallah... And AMINNNN....

Cukup sudah ---

~N.D~

Tersedar.... Dari mimpi...

Assalammualaikum...

Bertemu kembali... Hari ini selangor cuti.. So aktiviti hari ini membuang masa layan video kat umah jer... Dari movie Awan Dania The Movie after that En.Suami pengsan (zZZzzZz).. Heheheee.. Habis jerk citer Awan Dania, Leenda layan citer Da Vinci's Demons Season 1, Episode 3 & 4... Tengok En. Suami tak sedar lagi.. Terus layan citer movice ni lak 'Dua Kalimah'... SubhanAllah jalan citer penuh dengan pengajaran... Penuh dengan keinsafan.... Leenda benar-benar rasa insaf setelah menonton story ini... huhuhuhu...

Apapun pengajaran yang Leenda rasa dan dapat dari cerita ini.. 
End story ' Ayat yang buat tersentuh hati ini'....

Ya Allah swt, Sekiranya suami ku ini di arash, berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.. Sekiranya suami ku ini adalah bidadara di Jannah, limpahkan lah aku dengan sifat tunduk atas perintahnya... Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia mu ya Allash swt, peliharalah kata-kata ku dari menyakitkan hatinya....




~N.D~

Friday, May 3, 2013

Kepahitan...~

ASSALAMMUALAIKUM.......

Kadang2 kala apa yang kita harapkan lain pula kita rasakan... Ermmm... Sedih jugakkan... Bukan ke dah jadi kebiasaan ke kalau setiap kali apa yang Leenda buat tiada kata ROMANTIKA?? Mahupun kata terima kasih... hukhukhuk..

Takpelah Leenda nanti ko jadi kebiasaan okieee???

N.D

Tiba-tiba kerinduan....


Kembali lagi utk berkongsi cerita... Dihari penghulu hari ini Leenda rasa berat hati utk melepaskan En.Suami yang akan pulang ke kampung halaman.. Al-maklumlah Ahad nikan kena menjalankan tanggung jawap terhadap negara... PRU yang ke-13... huhuhu... En. Suami akan pulang menaiki bas di TBS jam 11.00 malam ini... 

Dalam belek2 gambar lama terjumpa gambar sahabat terbaik Leenda... Memang rindu sgt ngan dia... Entah mengapa susah sangat Leenda nak berjumpa ngan dia... Entah apa yang menghalang Leenda dari jumpa dia..  KAK LYNN... ia kak Lynn, Leenda rindu ngan akak.. Rindu saat Akak sihat dulu... Insyallah kalau kesempatan hujung minggu Leenda akan curi masa berjumpa Kak Lynn... Ya ALLAH swt kau mempermudahkan urusan niat hatiku ini...


MISS YOU alot here...!!

HARAP dapat jupe akak weekend ini... (~_~)

N.D

Thursday, May 2, 2013

Bahagia~

Assalammualaikum...


Lama benar tak update perjalanan kehidupan Leenda... Syukur Alhamdullilah, hari ini telah tercatat sejarah dalam kamus kehidupan Leenda.. Leenda bahagia bersama dengan En. Suami.. Rasa bahagia ini sukar utk diterjemahkan... Perjalanan hidup ini sentiasa manis sahaja... Alhamdullilah... Leenda benar-benar bahagia bersama dirinya..


Ni picca terbaru Leenda & En. Suami..

Sekarang kehidupan Leenda dah berubah.. Kalau dulu aktiviti sendirian jew, skg dh tak sama... Sejak berkahwin ngan anak jati JOHOR ini, Leenda sekarang dh terjerbak ngan Kelab bola dia... Baru-buru ini kelab bola sepak johor (Lembah Klang) ini membuat perlancaran kelab tersebut.. Apa lagi turut serta ler... Nasib baik BF (AIDIL) saya ada skali.. (Berangan sendiri hahaha...) siap bergambar lagi dengan pemain-pemain JDT ini...




Apapun korang jangan nak jelos sgt okie... InsyAllah, kalau Leenda ada time, Leenda akan update...

Sayonara...

~ N.D~