Monday, August 27, 2012

~Berlalu pergi~

Hooolllaaaaa......

Selamat kembali berkerja semulaaaaa.... Mood malas 'ON' dah dari pagi tadi tapi gagahkan jugak lar gi opis sebab pk kan amanah yang diberikan.. Syukur hari ini masih boleh menjalankan amanah yg diberikan walau taklah seikhlas manapun... :(

This morning ada terima panggilan yang tak diingini dari perempuan bernama 'ASLINA AKSAN'... Yang menariknya perempuan ini macam meroyan semacam jerkk.. Nak kata kena jatuh talak 3 tak pernah bernikah yang buat Leenda tak leh BLA ngan sikap dia ni, sesuka hati dia jerk nak panggil kita perempuan inilah perempuan itulah... Hanya disebabkan Leenda ini masih berkawan baik ngan insan, suami, bapak  yang bernama 'Azman Bin Kassim'... Abg Man ini adalah orang yang sangat baik hati pernah membantu Leenda bila Leenda pernah down dulu... Nasib baiklah insan seperti Abg Man sudi membantu Leenda bila time tu Leenda betul2 takde siapa nak membantu... Masa tu En. Chubby lom muncul lagi dalam kehidupan Leenda.. heheheeee....

'Aslina' ini dikatakan xgf kot pada Abg Man ini... Menurut Abg Man, Aslina ini ada sakit mental pas break off ngan dia... Sebab tu Aslina ini suka suki melakukan apa saja yg boleh buat org yang rapat ngan Abg Man ini jadi ganggu mental dengan sikap yang tak berapa nak okie... Bukan setakat Leenda jer yg diganggu tapi Wife Abg Man pun turut menjadi ganggu mental dari Aslina ini.... Agaknya Aslina meroyan kot.. heheheee..

Apapun buat INSAN bernama Aslina seperti diatas sudah2lah mengganggu ketenangan org lain... Bukankah lebih baik kalau Aslina tu buat sesuatu yang lebih baik dan teruskan hidup ngan BF baru seperti mana Abang Man bgtahu Leenda... Semoga perhubungan kalian sampai ke akhir hayat... Amin.. 


Picca ini dipinjam dari FB friend... Jgn marah eh apak... 

~ND~ 98day more ago....

Friday, August 24, 2012

~ Hari yang dinantikan... ~

Syukur alhamdullillah......

Salam jumaat buat semua... Yeah hari yang dinantikan sudah tiba... Apa lagi En. Chubby dah nak balik KL.. Mahu tak happykan.. Dh seminggu En. Chubby pulang beraya di kampung halamannya... Masa dalam telephone tadi En. Chubby ada kabarkan ada perkara yang dia nak berbincang ngan Leenda.. Rasa berdebarpun ada gak... Apa agaknya eh... 

Hari ini adalah hari ke-6 syawal... Bagi Leenda tahun ini biasa jerk sebab Leenda rasa empty jugak laaa dalam diri Leenda... Owh yaaaa... Pagi tadi Leenda bermimpi tak beberapa nak menarik jugak lah.. Lam mimpi Leenda menangis teruk... Bangun jerk perasaan ini rasa pelik semacam... Waduh jiwa kacau jap... On  blackberry semak status kekawan update di twitter, facebook n bb status ada seorg teman tapi mesra telah kehilangan kakak kesayangannya awal pagi hari ini... Buk!! Dugaan buat sahabat Leenda hari ini... Marilah kita sedekahkan Surah Al-Fatihah semoga Arwah Rafidah Binti Mohd Yunus ini akan diampun segala dosanya dan ditempatkan digolongan yang beriman... Amin...

End Story for hari ini.... Leenda sharingkan lagu yg menjadikan Fav sejak menjak ini...

Salammmm......... (",)


Kesan Memakai Coli Dan Seluar Dalam Semasa Tidur

Salam kasih buat semua... Kali ini Leenda nak share kan sesuatu utk kebaikkan kita bersama.... Sharing & Caringgg..... 




Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi. Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki. 

Monday, August 20, 2012

Kisah Raya....

Salam Aidilfitri buat semua.... 

Syukur alhamdullillah hari ini Leenda free kan diri updatekan story raya... Lama benor Leenda tak update blog ini... Bukan kerana malas tapi disebabkan network dalam kata lain line internet susah nak ada kalo di dalam rumah... Nie pun connection melalui blackberry... itupun slow tul... Apapun Leenda cuba yang terbaik utk cuba update lagi kalo keadaan internet mengizinkan insyallah....


 ini adalah picca Leenda yang terlatest sekali... nampak berisikan.. but apa yang penting Leenda sihat... (Alhamdullillah)


Seperti azali lagi 1st raya kita akan bermaaf-maafan sesama family, adik beradik, sahabat dekat mahupun jauh dan juga pada sanak saudara... Leenda dengan rasa rendah hati, ikhlas dari jiwa ingin memohan maaf diatas kesalahan, tutur kata yang pernah leenda lafazkan, tingkah laku sepanjang Leenda Blogger... Semoga Allah swt akan mengampuni segala dosa-dosa yang pernah kita lakuan... insyallah...


Inilah Baba Leenda.... (Hj. Shamsuddin)


Ini lak Mak Leenda (Puan Zainon)

Tahun ini merupakan tahun terakhir kot (insyallah) beraya dengan Mak n Baba sebagai anak dara mereka.. Next year dah menjadi isteri or wife kepada En. Chubby... Rasa sedih sebenarnya bila Leenda memikirkannya.. Bukan tak balik raya next year tapi korang tahukan betapa beza antara raya single ngan sudah berkeluarga... Apapun insyallah selagi umur masih panjang Leenda tetap pulang beraya bersama keluarga... Mudah-mudahan Allah swt panjang usia Mak n Baba dan usia Leenda agar kami akan bertemu merayai bersama tahun hadapan... AMIN....

Dalam kekecohan beraya sempat jugak laaa Leenda take picca family yang sempat Leenda amik... Yang mana Leenda tak sempat nak post or amik tu faham2 sendiri eh... Mgkin sebab Leenda tak sempat atau korang sibuk makan atau korang sendiri yang tak balik beraya kat umah mak... heheheeee


Picca diatas adalah Family Kak Lang...


Yang ini lak Family Abg Andak


Manakala yg ini Family Kak Teh... 


Yg atas ni Family Dik Cik...



Picca atas ini Picca Aqil Arfan ngan Kak Andak...


Picca yg comel & gedik ini adalah Amirul aiman... byk ragammmm...


Yang ini sepupu papat (Maisara & Amirul) 


Ni lak gambar baby baru Kak Teh (kalo tak silap dengar ler nama dia Nur Aisyah) 


Apapun story utk raya kali ini tak beberapa nak ada... Insyallah Leenda akan story lagi... Pasal En. Chubby lak next story eh... Apapun Leenda ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir n batin...

~N.D~