Saturday, December 31, 2011

Penutup Tahun 2011

Assalammualaikum.......

Cerita Hujung tahun iaitu hari terakhir pada 2011 ini mengakhiri kisah percintaan anak sedara Leenda.... hehehe.. Anak sedara dah berkawin Leenda bila lagi.. Huhuhu... Bila bercerita, melihat, mendengar tentang perkahwinan ini sayu hati leenda sebenarnya... Usia Leenda ini semakin hari semakin meningkat.... Siapa kata Leenda tak berkahwin???? Sudah tentu Leenda nak... Uwaaaa... Touching sudah... Skg siapa nak pujuk Leenda... Ceciter2.... Gamaknya kena pejuk sendirian berhad larr ni... Huuuurrrmmmm....

Perjalanan ke Sunway Semenyih mengambil masa 35 - 45minit dari teratak family Leenda yg berada di Bandar Sri Damansara... Alhamdullillah.... Kali ini Mak Leenda turut mengikuti Leenda & Baba ke sana.... Syukur sgt2... Tapi yg tak syoknya pot pet pot pet sepanjang perjalanan mahupun pergi dan pulang... Apapun semuanya berjalan lancar....


nie dia pintu gerbang yang digantikan mcm ala ala sarang burung... hehheee... Apapun seriusly mmg menawan kalbu... sebab tema dia lain dari yang lain.... Agak-agak kalo Leenda sok kawin nak guna pintu gerbang mcm mana eh...

Sempoi jerkk....

Ni dia pelamin menjadikan tempat utk menepung tawar...

Restu Tok Cu (Dalam kata lain Baba Leenda larrr)... Baba Leenda ini mmg kaki merenjis org.. Suka sgt.. Pernah sekali itu belom habis makan nasi tu leh basuh tangan pastu terus je ke arah pelamin tggu turn nk merenjis... Pas sudah Baba Leenda ni sambung makan... Hissss Hissss... Bapak siapalah nikan.... toiiiii.... tooiiii...

Ni lak Mak Leenda... Mula-mula tak nak lah, tak larat lah nilah itulah... Alih2 bila dok tgk Baba syok3 merenjis cucu dia, apa lagi menuju puncak gemilang cahaya.... hisss mengarut jerrkkk Leenda nikan... Menuju ke arah Baba laaa Join sekaki.... Cuma Leenda jerk tak merenjis sbb ramai laaa sgt kena beratur... tak sanggup beb...


Apapun wat Faiz & Shafiqah, Cik Leenda ucapakan selamat pengatin baru semoga kekal sehingga hujung nyawa..... Amin...

~N.D~

Friday, December 23, 2011

Cerita Untuk berkongsi pada hari Jumaat~

Assalammualaikum....

30 Rahsia Mengenai Wanita..

Gambar Hiasan...


1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, December 14, 2011

Cinta Hatiku.. En. Chubby

Assalammualaikum....

Salam kembali lagi.... Sejak menjak ini leenda rasa sesuatu yg tak berapa nak enak.. Salah satu sebab Leenda ada perasaan sesuatu benda ini, nak bertanya pada En. Chubby ini takut lak diri Leenda akan dipersalahkan & tak mahu hubungan kami yg happy ini menjadi retak seribu... Nanti Leenda ke laut & En. Chubby ini lak ke langit.... Siapa yg susah & terima padah??? Sendiri pk okie.... Kalau di tolak tambah kali & bahagi tentang sesuatu ini Leenda sendiri tak mahu melibatkan tentang mereka... Jap.. Jap.. Jap.. SIAPA MEREKA ini???? Emmm... Nak nyatakan dalam blog ini payah sangat sbb kalo boleh tak nak kaitkan sesiapapun dalam ini.... Apapun insyallah bila masa & ruang itu ada akan Leenda sendiri akan bertanyakan pada En.Chubby... Sekurang-kurangnya Leenda amik berat gak ttg En.Chubby ngan MEREKA ini & Leenda sendiri tak akan tertanya2 apa yg sebernarnya terjadi.... ( korang wish me luck okie..?)..

Picca ini diambil waktu Leenda & En.Chubby ini berjalan3 dikota raya Kuala Lumpur.... Handsomekan En.Chubby ini... hehehe.. Apapun korang hanya boleh lihat jer nk berkenalan ke nk cuba2 ke apa2 ke semuanya hanya dalam mimpi korang okieeee.... Dalam reality En.Chubby ini hanyalah hak milik Leenda yg rasmi... Ada FAHAM!... hehehe...

~over taiping~ (^_^) bahagia....

Monday, December 5, 2011

Dia dihatiiiii........ hurmmm...

Assalammualaikum.....

Hoooolaaaa.... Lama giler tak update Blog ini, bukan busy tapi disebab takde connection... uwaaaa... lama tul tak dapat nak berfoya-foya dan bercumbu cumbu ngan laptop ini... huhuhu... Apapun ini adalah citer terbaru Leenda bersama yang tercayang... Syukur Alhamdullillah ini percutian selama ini Leenda & En. Chubby ini akhirnya menjadi jua... Punyalah lama plan ini dibuat & tiba waktu masanya kami menjayakan plan ini.... Ini adalah hadiah buat En. Chubby tersayang... Memang telah sekian lama leenda ngan En. Chubby ini plan untuk semua ini...

Semakin hari semakin baik hubungan kami... Dan rasa dihati ini amatlah indah & bahagia sekali.. Sukar untuk leenda jelaskan tentang rahsia dihati ini & bagi yang memahaminya akan tahu segala rahsia hati ini.... Kalau boleh Leenda & En. Chubby ini tak mau pulang ke Bandar Kuala Lumpur ini yang penuh dengan bangunan disekeliling kami... Mahu saja kami berkampung disini tempat yang penuh 1001 rasa & rahsia disini... Apapun insyallah kami akan kembali jua ke sini suatu masa nanti.... Mudah2an umur kami dipanjangkan... Insyallah...

Mesti korang bertanya-tanyakan kat mana lak picca ini diambil?
Jawapannya di pantai timur iaitu Pantai Cherating...... Sungguh Leenda & En. Chubby rasa tenang & happy sgt2 sebab tiada gangguan sepanjang kami berada disini... Kami banyak luangkan masa bersama dan sentiasa berada dekat....

Picca kat atas tu picca yg akan membuat Leenda sentiasa tersenyum... Seronok tol saat ini sebab En. Chubby terpaksa menjadi model tak secara rasmi laaaa untuk Leenda Klik.. Klikk... & Klikk... hahahaaa Nasib malang laaa En. Chubby... Apapun Leenda Sayang En. Chubby... Aaaauuummm...

Ni dia Possing yang tak berapa laku dipasaran.. Hahahahaaaa.... Apapun boleh laaaa... :))

Apa yg ada disini akan menjadi kenangan yang paling terindah... Leenda amat menyayangi En. Chubby... Semoga kalian semua mendoakan kebahagian kami untuk hari ini, esok dan untuk hari akan datang... Mudah-mudahan jodoh kami kekal selamanya... Amin..

Luv u EN. CHUBBY...


~Happy Ending~