Saturday, April 2, 2011

LIFE IS FULL OF SURPRISE BECAUSE..

Assalammualaikum....


Hari ini Sinleen kembali untuk menaip dan cuba sedaya upaya untuk mengupdatekan blog ini...hehehehe... bukan takde cerita tapi ini lebih kepada berkongsi apa yang kita rasa... Entahlah mengapa payah sebenarnya untuk Sinleen ceritakan dan luahkan apa yang telah berlaku sehingga ramai yang buat andaian bahawa Sinleen gadis yang tak beberapa baik... Mungkin mereka berhak untuk menyatakan begitu sebab mereka punya cerita sendiri... Untuk apa Sinleen tampil untuk mencerita dari A to Z sedangkan tanggapan diorang pada Sinleen dah tanamkan begitu... Apapun yang telah terjadi dan berlaku Sinleen dah pun maafkan mereka... Biarlah kebenaran itu akan muncul sendiri... Harapan Sinleen, semoga insan yang pernah Sinleen sayang akan kuat menghadapi dengan terbuka dan tenang di hari-hari mu.... Andai telah tersurat perjalanan kita dan jalan cerita kita begini anggap jer lah yang Sinleen bukan terbaik untuk dirimu... Mudah-mudahan ada gadis yang lebih baik dan sempurna untuk menemani hingga akhir hayatmu....



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tidak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.....


No comments: