Friday, April 1, 2011

April kembali lagi.... :)

Assalammualaikum....

Kembali lagi disini untuk berkongsi dan meluahkan tapi berat tangan ini untuk menaip lebih lanjut... Inilah dikatakan dugaan... Ia dugaan yang sukar untuk Sinleen menepis dan sekarang Sinleen terpaksa hadapi sendirian... Memang mudah meraka katakan bahawa Sinleen sedang bahagia... lalallalaalaalala... Memang Sinleen sedang bahagia sekarang tapi sebelum Sinleen bahagia tahukah korang Sinleen memedam rasa...? Tak tahukan apa yang pernah Sinleen lalui sebelum ini.. Lama Sinleen membawa diri, memujuk hati dan perasaan ini untuk menanti dirinya memahami diri ini... Sehingga hampir setiap malam Sinleen berlari utk melupakan apa masalah yang Sinleen alami...


SEDIH - tetap ada walaupun tak menyatakan atau diluahkan biarlah "bibir tersenyum dan hati menangis" itulah yang Sinleen gengam dalam kehidupan sehingga ke hari ini... Hubungan yang terbina setahun 5 bulan ini tak dapat Sinleen pertahankan kerna hati ini menjadi tawar dan tak dapat meneruskan impian Sinleen bersama Chubby.... Opsssiiii....... Bukan Sinleen tak sayang pada Chubby tapi inilah kenyataan bahawa Sinleen tak mampu meneruskan PERCINTAAN kami.. Apapun Sinleen sentiasa mendoakan agar Chubby akan menemui gadis yang terbaik buat dirinya... Walau macam mana pun kita tetap kawan didunia dan diakhirat selamaaya... Insyallah..


Sedih tetap ada walau hakikatnya taklah seteruk yang ditinggalkan... Cinta, Kasih dan Sayang dibina atas kurniaan TUHAN... Hari ini kita merasa betapa manisnya dan bila tiba waktunya kita merasa pahitnya pula... Bukan mudah untuk Sinleen lupakan tapi apa yang berlaku telah tersurat oleh takdir hanya kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka..

********

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!


Ingatlah, setiap kali sesuatu menimpa kita, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

********

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.


Bunga yang selama Sinleen harapkan dari Chubby semasa bersama dia... Baru hari ini 01hb April 2011 Sinleen baru terima bunga ini...

** Perasaan - Terkejut for 1st time...
** Perasaan - Tersenyum sebentar...
** Perasaan - nothing (empty)

tak tahu nak digambarkan perasaan ini.... Yang pasti semua ini terlalu lewat untuk semua ini...

P/s : Sinleen suka tapi jangan membazir untuk bukan milik Chubby lagi.... Simpanlah duit yang ada untuk masa depan Chubby dengan pasangan yg benar2 memerlukan... Sinleen kenal Chubby dan tahu masalah yang awk alami...




***********
Sematkan di hati kata pujangga ini:“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

No comments: