Saturday, December 31, 2011

Penutup Tahun 2011

Assalammualaikum.......

Cerita Hujung tahun iaitu hari terakhir pada 2011 ini mengakhiri kisah percintaan anak sedara Leenda.... hehehe.. Anak sedara dah berkawin Leenda bila lagi.. Huhuhu... Bila bercerita, melihat, mendengar tentang perkahwinan ini sayu hati leenda sebenarnya... Usia Leenda ini semakin hari semakin meningkat.... Siapa kata Leenda tak berkahwin???? Sudah tentu Leenda nak... Uwaaaa... Touching sudah... Skg siapa nak pujuk Leenda... Ceciter2.... Gamaknya kena pejuk sendirian berhad larr ni... Huuuurrrmmmm....

Perjalanan ke Sunway Semenyih mengambil masa 35 - 45minit dari teratak family Leenda yg berada di Bandar Sri Damansara... Alhamdullillah.... Kali ini Mak Leenda turut mengikuti Leenda & Baba ke sana.... Syukur sgt2... Tapi yg tak syoknya pot pet pot pet sepanjang perjalanan mahupun pergi dan pulang... Apapun semuanya berjalan lancar....


nie dia pintu gerbang yang digantikan mcm ala ala sarang burung... hehheee... Apapun seriusly mmg menawan kalbu... sebab tema dia lain dari yang lain.... Agak-agak kalo Leenda sok kawin nak guna pintu gerbang mcm mana eh...

Sempoi jerkk....

Ni dia pelamin menjadikan tempat utk menepung tawar...

Restu Tok Cu (Dalam kata lain Baba Leenda larrr)... Baba Leenda ini mmg kaki merenjis org.. Suka sgt.. Pernah sekali itu belom habis makan nasi tu leh basuh tangan pastu terus je ke arah pelamin tggu turn nk merenjis... Pas sudah Baba Leenda ni sambung makan... Hissss Hissss... Bapak siapalah nikan.... toiiiii.... tooiiii...

Ni lak Mak Leenda... Mula-mula tak nak lah, tak larat lah nilah itulah... Alih2 bila dok tgk Baba syok3 merenjis cucu dia, apa lagi menuju puncak gemilang cahaya.... hisss mengarut jerrkkk Leenda nikan... Menuju ke arah Baba laaa Join sekaki.... Cuma Leenda jerk tak merenjis sbb ramai laaa sgt kena beratur... tak sanggup beb...


Apapun wat Faiz & Shafiqah, Cik Leenda ucapakan selamat pengatin baru semoga kekal sehingga hujung nyawa..... Amin...

~N.D~

Friday, December 23, 2011

Cerita Untuk berkongsi pada hari Jumaat~

Assalammualaikum....

30 Rahsia Mengenai Wanita..

Gambar Hiasan...


1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, December 14, 2011

Cinta Hatiku.. En. Chubby

Assalammualaikum....

Salam kembali lagi.... Sejak menjak ini leenda rasa sesuatu yg tak berapa nak enak.. Salah satu sebab Leenda ada perasaan sesuatu benda ini, nak bertanya pada En. Chubby ini takut lak diri Leenda akan dipersalahkan & tak mahu hubungan kami yg happy ini menjadi retak seribu... Nanti Leenda ke laut & En. Chubby ini lak ke langit.... Siapa yg susah & terima padah??? Sendiri pk okie.... Kalau di tolak tambah kali & bahagi tentang sesuatu ini Leenda sendiri tak mahu melibatkan tentang mereka... Jap.. Jap.. Jap.. SIAPA MEREKA ini???? Emmm... Nak nyatakan dalam blog ini payah sangat sbb kalo boleh tak nak kaitkan sesiapapun dalam ini.... Apapun insyallah bila masa & ruang itu ada akan Leenda sendiri akan bertanyakan pada En.Chubby... Sekurang-kurangnya Leenda amik berat gak ttg En.Chubby ngan MEREKA ini & Leenda sendiri tak akan tertanya2 apa yg sebernarnya terjadi.... ( korang wish me luck okie..?)..

Picca ini diambil waktu Leenda & En.Chubby ini berjalan3 dikota raya Kuala Lumpur.... Handsomekan En.Chubby ini... hehehe.. Apapun korang hanya boleh lihat jer nk berkenalan ke nk cuba2 ke apa2 ke semuanya hanya dalam mimpi korang okieeee.... Dalam reality En.Chubby ini hanyalah hak milik Leenda yg rasmi... Ada FAHAM!... hehehe...

~over taiping~ (^_^) bahagia....

Monday, December 5, 2011

Dia dihatiiiii........ hurmmm...

Assalammualaikum.....

Hoooolaaaa.... Lama giler tak update Blog ini, bukan busy tapi disebab takde connection... uwaaaa... lama tul tak dapat nak berfoya-foya dan bercumbu cumbu ngan laptop ini... huhuhu... Apapun ini adalah citer terbaru Leenda bersama yang tercayang... Syukur Alhamdullillah ini percutian selama ini Leenda & En. Chubby ini akhirnya menjadi jua... Punyalah lama plan ini dibuat & tiba waktu masanya kami menjayakan plan ini.... Ini adalah hadiah buat En. Chubby tersayang... Memang telah sekian lama leenda ngan En. Chubby ini plan untuk semua ini...

Semakin hari semakin baik hubungan kami... Dan rasa dihati ini amatlah indah & bahagia sekali.. Sukar untuk leenda jelaskan tentang rahsia dihati ini & bagi yang memahaminya akan tahu segala rahsia hati ini.... Kalau boleh Leenda & En. Chubby ini tak mau pulang ke Bandar Kuala Lumpur ini yang penuh dengan bangunan disekeliling kami... Mahu saja kami berkampung disini tempat yang penuh 1001 rasa & rahsia disini... Apapun insyallah kami akan kembali jua ke sini suatu masa nanti.... Mudah2an umur kami dipanjangkan... Insyallah...

Mesti korang bertanya-tanyakan kat mana lak picca ini diambil?
Jawapannya di pantai timur iaitu Pantai Cherating...... Sungguh Leenda & En. Chubby rasa tenang & happy sgt2 sebab tiada gangguan sepanjang kami berada disini... Kami banyak luangkan masa bersama dan sentiasa berada dekat....

Picca kat atas tu picca yg akan membuat Leenda sentiasa tersenyum... Seronok tol saat ini sebab En. Chubby terpaksa menjadi model tak secara rasmi laaaa untuk Leenda Klik.. Klikk... & Klikk... hahahaaa Nasib malang laaa En. Chubby... Apapun Leenda Sayang En. Chubby... Aaaauuummm...

Ni dia Possing yang tak berapa laku dipasaran.. Hahahahaaaa.... Apapun boleh laaaa... :))

Apa yg ada disini akan menjadi kenangan yang paling terindah... Leenda amat menyayangi En. Chubby... Semoga kalian semua mendoakan kebahagian kami untuk hari ini, esok dan untuk hari akan datang... Mudah-mudahan jodoh kami kekal selamanya... Amin..

Luv u EN. CHUBBY...


~Happy Ending~

Sunday, October 23, 2011

Edward Maya & Vika Jigulina - Stereo Love (Official Music Video)


When you're gonna stop breaking my heart
I don't wanna be another one
Paying for the things I never done
Don't let go,
Don't let go
To my love.

Can I get to your soul?
Can you get to my thought?
Can we promise we won't let go?
All the things that I need
All the things that you need
You can make it feel so real.

Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I touch your body
I feel I'm loosing control
Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I see you baby
I just don't wanna let go.

I hate to see you cry
Your smile is a beautiful lie
I hate to see you cry
My love is dying inside

I can fix all those lies
Oh baby, baby I run, but I'm running to you
You won't see me cry, I'm hiding inside
My heart is in pain but I'm smiling for you

Can I get to your soul?
Can you get to my thought?
Can we promise we won't let go?
All the things that I need
All the things that you need
You can make it feel so real.

Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I touch your body
I feel I'm loosing control
Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I see you baby
I just don't wanna let go.

When you're gonna stop breaking my heart
Don't let go,
Don't let go
To my love.

I hate to see you cry, your smile is a beautiful lie

I hate to see you cry, my love is dying inside(x3)

I can fix all those lies
Oh baby, baby I run, but I'm running to you
You won't see me cry, I'm hiding inside
My heart is in pain but I'm smiling for you
Oh baby I've tried to make the things right,
I need you more than air when I'm not with you,
Please don't ask me why, just kiss me this time
My only dream is about you and I

Friday, September 30, 2011

~ Perkembangan FaTiN... ~

Assalammualaikum....


Selamat bertemu kembali.... Share lagi di sini... Wau lihatlah anak sedara Leenda... Makin hari makin bijak dia.... Comelkan... Cemburu dan jelos gak melihat kebahagiaan org lain... Melihat masing2 ada baby sudah... Leenda??? Entah bila akan merasa begini.... Merintih jiwa ini... Kalaulah Leenda jadi seperti salah seorang dari mereka kan seronokkk.... Mungkinkah ini adalah salah satu dugaan yang Leenda harusss hadapi.... Bukan mudah dalam usia skg hanya masa dan keadaan yang akan menentukan dimana hala tuju kehidupan leenda... Bukan senangkan..???

Apapun Leenda telah memohan dan biarlah ianya menentukan segalanya....

~D.N~

Saturday, September 24, 2011

~Hajat Baba Terlaksana..~

Assalammualaikum....

Syukur Alhamdullillah apa yang dihajat oleh baba telahpun segalanya selamat dan dipermudahkan... Selesai sudah kenduri di Teratak Bdr Sri D'sara.... Walaupun En.Chubby tak dapat hadir utk memeriahkan lagi suasana yg cukup happy, tapi leenda tetap okieyyyy... hahaha...

Macam biasalah Leenda ngan aktiviti merakam detik dan saat yang cukup akan menjadi sejarah dalam kehidupan yang akan datang... Paling syokkk Leenda suka 'klik' 'klik' adalah picca Amirul Aiman.... Siapa yang tengok kelincahan dan kenakalannya memang cukup sukak... Macam Leenda larrr... Tgk jer la Picca yang Leenda lampirkan bersama mesti korangpun cukup teruja.... heheheeeee...






Picca kat bawah ini lak yang sebelah kiri satu-satu kakak ipar yang 1 classs.... Manakala sebelah kanan lak tu kakak yang paling sulong dalam family kami...




Yang ini lak abg ipar gua... (Nazri namanyee).

Pasangan bahagia... Leenda suka sgt ngan pasang ini...

Seronok gilerrr timer ini... Happy sgt... :)

Friday, September 23, 2011

~ GF vs BFF ~


Assalammualaikum.....

Mahu jer Leen meraung sekuat-kuat hati ini... Tapi tak mampu Leen laungkan... Leen benar-benar terluka mmg sakit sangat-sangat... Inikah dikatakan Cinta & Sayang??? Kata maniskan lelaki sekarang dan hanya dibibir dia jew... Selepas apa yang dihajatinya dapat hati kita dilukai lagi... Penting sangat best friend dia sampaikan hari yang sepatutnya dia jumpa dan luangkan masa bersama Leen tak ditunaikan... Nampakkan yang Leen tak penting untuk dirinya...

Agaknya sampai bila diri ini rasa penting dalam kehidupannya??? Patutlah pagi tadi dia seolah-olah nak ajak Leen ke rumah kawan dia tapi sebenarnya dia nak berjupe teman baik perempuan dia yang selama ini menjadi org paling leen tak suka... Ajakkan Leen untuk keluar bersamapun dia tolak semahu-mahunya... Wahhhhhhhh sedihkan... Ini kes Gf vs BFF dia... Akhirnya dia memilih BFF dia dahulu.... Apa leh buat.... Yang pasti Leen merasa terluka... Seronoklah BFF dia sebab diorg mampu dah buat Leen menangis kali ini... Sebelum Leen wat de apa2pun terjadi... Tahniah wat mereka kerana menang berebut masa bersama leen ngan dia... Tepuk & ketawalah sepuas hati korang....

Ya... ALLAH swt... Andai haku mampu melakukan ini tidaklah haku memohon pada dirimu... Lupakan lah dia dalam kehidupan ku... Kau lenyapkan segala yang berkaitan dirinya dalam jiwaku... Kau hapuskan segala yang tersembunyi dalam hatiku... Semoga haku mampu meneruskan perjalananku tanpa dianya... AMIN......


Wat dirinya tak payah cari lah Leen okey n tak payah dah nak amik kisah dah....


Friday, September 16, 2011

~ Kembali Hangat.... ~



~ Assalammualaikum..... ~


Cerita panasssss!!! heheheheee.... Leenda kembali bersama Si Jejaka Melaya... Ahakssss.... Mungkin jodoh antara kami ini kuat kot... Malam tadi kami bertemu kembali heheheee... Sejak menjak ini kami asyik jer bertegang urat huhuhuuuu.... Entahlah nak kata tak SAYANG... Sayang sangat2... Tapi tu laaaa disebabkan peristiwa lama buatkan hubungan kami tak tentu hala... Apapun semoga hubungan kami akan berkekalan hingga akhir hayat... Amin...


SAYANG DIA <<<>>> WINDU DIA

** Leenda dah tak issu nak wat Si DIA sakit hati... errrrmmm....

**D.N.**

Thursday, September 15, 2011

~ Akhirnya Kehilangan...~


~Assalammualaikum...~

Setelah banyak kali berulang akhirnya pecah jua telur diatas tu..... Tak guna lagi nak menyesal sebab apa yang Leenda nak akhirnya tak menjadi... Akhirnya hubungan cuba leenda bina hancur atas desakkan Leenda sendiri.... Berderai seperti telur diatas... Dh tak boleh nak jadi sempurnakan seperti sebelum ini... Sangkaan Leenda selama ini Dia menyayangi diri Leenda sepenuh hati nya... Opsss Leenda lupa bahawa ramai lagi perempuan diluar sana... Apapun Leenda akan cuba lupakan dirinya.... Apapun tak boleh....


~**D.N.**~

Wednesday, September 14, 2011

3bulan Sudah~


~Assalammualaikum...~

Sedar tak sedar sudah habis 3 bulan Leenda berkhidmat untuk KPSB... Wahhh... Sungguh tak sangka dan tak pernah terasa bahagia berkerja disini... Kekawan di pejabatpun baik takde pun talam 2 or 3 muka.... Kerja laaa biasalah busy al-maklumlah department akaun... huuhuhuhu... Apapun tak boleh! Aaaararrrgggghhhhh..... Mentel sudah!

Picca di atas tulah picca semasa sambutan besday SITI... heheheee....

Apapun.... Apapun tak boleh laaaa.... kuang kuang kuanggggg....

~** D.N. **~

Monday, September 12, 2011

~ Kembali Semula...~

~ Assalammualaikum.... ~

Tiada yang perlu diceritakan perkara lepas yang pasti hari esok pasti akan muncul... Hari ini dengan lafaz BISMILLAH akan berkekalan selamanya BLOG ini 'SINLEEN'... Penuh tersurat dan tersirat yang tersimpan dalam reality kehidupan 'Leenda'... Kalaulah kehidupan reality boleh ditaip seperti BLOG ini mungkin mudah untuk meneruskan hari-hari yang akan datang... Apapun Leenda bersyukur sangat masih punya 'BABA & Mak'... Tempat Leenda bercerita luka yang dulu kembali terluka... Mungkin benar apa yang telah tercatat di garisan kehidupan leenda bahawa 'DIA' bukan milik Leenda...

Apapun Leenda kembali lagi ke sini untuk share... Mudah-mudahan Leenda punya waktu untuk meringankan jari jemari ini untuk berkongsi... Kongsi kongsi....

~** D.N. **~

Friday, July 22, 2011

Chelsea Vs Malaysiaaaa....

~Assalamualaikum wbt~

Terjah lagi.... Macam biasa Fina akan berkongsi cerita lagi bila ada luang masa dan terluang... Cuma Fina belum ada lagi masa terluang untuk edit or upgrade profile blog ini... Insyallah kalo ada masa terluang akan Fina ubah suai mengikut citarasa Fina..... :)

Syukur alhamdullillah Fina selamat tiba dirumahhhh... Tak rasa ralat gi menonton Chelsea beraksi... Menarikkkk!!!! Ada gak aksi permain Malaysia yang wat Fina tergelakkkk sampaikan mengalir airmata... Macam manalah permain bola tu sepak bola tak kena... Hissss.... hahahahhaaa.... Disini Fina ada uploadkan beberapa keping untuk tatapan kali.....


Ni picca Fina & salah seorang my nest friend.... Nama dier Zura...


Nie picca bersama my general n zura...


picca antara kami...... kekurang 1 lagi korom..... kak zai tak dapat sertai kami atas disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dier hadir bersama.... Sad gak laaarrr....

Apa lagi... Fina dh rasa mahu lelap sudah.... Nite3333....

***********
Story ku lagi....

Wednesday, July 20, 2011

Tiket Free... Thanks Andak....

~Assalamualaikum wbt~

Syukur alhamdullillah.... Sungguh tak sangka n sungguh tak Fina menduga esok hari yang Fina nantikan... Melihat buah hati Fina beraksi... Thanks so much wat Abg Andak... Terasa sayang terasa Aauuummmm... Kalau ikutkan plan 1st Fina akan gi ngan Abg Andak tapi apakan daya keadaan kakak ipar Fina yang tak mengizinkan... CHELSEA... 4ever...


Walaupun murah tiket ini janji keikhlasan Abg Andak memberi membuat Fina rasa hapiiiii.... Hanya tuhan yang tahu apa yang sedang bermain dalam perasaan Fina.... Second story nanti Fina citer eh... Sekarang Fina nak membersihkan diri lu... Nanti kembali lagi....

Sayonara...

Thursday, June 30, 2011

Sebulan Sudah~~


~Assalamualaikum wbt~

Kembali cerita lagi... Ermmm... Hari ini dah pon masuk 30hb June... So maknanyer hari ini merupakan hari yang terakhir untuk bulan 6 dan hari ini jugak hari terakhir wat antara pertengahan tahun.. Kejap jer masa berlalu.. Tahu-tahu jer Fina dah hampir Sebulan berkhidmat disyarikat Kumpulan Protection Sdn. Bhd. Sebagai Pembantu Kerani Kewangan... Syukur Alhamdullillah Fina dapat sesuaikan keadaan walaupun bidang kerja Fina sebelum ini tak banyak persamaan dengan kerja Fina yang baru ini... Kalau nak ceritakan apa yang berlaku ttg fina sekarang ini banyak juga dugaan yang fina hadapinya.. Nak ngan tak nak Fina kena akui bahawa hubungan kami telah berakhirrr.... Mungkin telah tersurat bahawa Fina telah kehilangan Cinta Fina yang selama ini Fina bajainyaa dengan penuh kasih dan sayang.. Takde siapa yang mengduga dia berubah hati begitu cepat sekali.. Apapun Fina mendoakan hubungan mereka akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin...... amin...

Now Fina single kembali... Hubungan Fina hanya boleh bertahan 2bulan jerr... Wahhhh!!!!! Pecah rekodddd... Dalam sejarah dalam kehidupan Fina inilah 1st time terjadi.. Nak bangga leh tak? hehehehe... Kerja Gila.... hahahah... Mungkin dah tersurat yang telah ditetapkan dalam kehidupan Fina bergini... Yang penting Fina telah dapat terima apa yang berlaku... Syukur Alhamdullillah Fina okieyyyyy.... Hati yg touching heart tu dah kembali pulih walaupun bukan 100%... Sekurang-kurangnya Fina sedar bahawa sayang n cinta pada manusia tiada yang kekal abadi... Melainkan kasih, sayang n cinta pada yang 1 ( ALLAH SWT ).... Fina terleka dengan bukan milik Fina... Mudah2an Fina dapat kembali pada landasan yang betul.... amin..

*************
.....cerita ku lagiii.....

Monday, June 27, 2011

Sharingggggg Picca~

~Assalamualaikum wbt~

Salam penghujung Juneeee... Kejap jer masa berlalukan... Tahu3 gaji dah keluarrrr... Masyukkk!! ahaksss... Tu bagi mereka yang kerja dibawah naungan kerajaan larr.. Bagi yg berkhidmat di syarikat swasta mcm Fina ini sendiri mahu ingat erkkk..... hehehee... Nak cerita pepanjangpun mood belum ada lagi... Apapun korang layan jer lah picca kat bawah ni eh...

nie picca ragam Amirul Aiman~

ini lak Picca Chubby ngan Mirul...
(chubby skg dh tak beberapa Chubby dah.. :P)

Nie Amirul Ngan Kakak dia Aida... Sama2 budak nakal...

Ni picca aksi mirullll...........


~zassss~

*************
Cerita Surfina

Saturday, June 25, 2011

Outing 25 June~

~Assalamualaikum wbt~

Kembali lagi... Cerita jejalan lagi... heheheee.... Suka amik picca sekarang ni... Almaklumlahhhhh D3100 Nikon.. Ahaksss... Picca yang Fina snap ini pun just suka suki jerr sbb suka tgk gelagat Amirullll.... Geram jadinyaaaa...






Nie jer leh upload... Coz Fina nak upload semua tak dapat larrr... nanti penuh ngan picca jer.. hehehe..
Apapun korang enjoy eh ngan picca yang ada lam blog nie... Jgn lupa sudi2 larr komen apa yang patut..
luv u all.. Muahzzz...

**********
~Cerita Surfina~

Friday, June 24, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran...~

~Assalamualaikum wbt~

Kembali lagi... Cuma mengisi masa yang tak beberapa nak ada peluang.... Rindu sebenarnya utk berkongsi cerita bersama teman yang setia untuk berkongsi kisah suka dan duka bersama... Apapun Fina berasa sungguh bertuah malam semalam kerna dapat berkongsi hari yang bersejarah wat kak ipar Fina... Selamat Ulang Tahun Kelahiran wat Siti Noraziah... Semoga Panjang Usia n Sentiasa Sihat Selalu lorrr... hehehehe... We luv u... okieeee?






sambut di Restoran Nailis Place at sentul... Thank u so much to my brothers yang sudi membelanjer kitorg semua..... Ahaskksss.... :)

Apapun Sharing is Caring...
Alwayssss 4ever!!

**********
...Cerita Surfina...

Thursday, June 16, 2011

Berubah (OST Nora Elena)





Tentu semua yang minat gilerrr citer NORA ELENA ini layan drama ini petang tadi.. Al-maklumlah episod terakhirrrr... Fina tak beberapa follow coz Fina sibuk urusan peribadi Fina.. Pada permulaan drama ini Fina sempat gak lah layan citer ini... Kemudian tak dapat follow habis sampai kesudahannya drama ini... Lagu ini Fina suka dengar.. Mempunyai maksud tersendiri dalam kehidupan Fina.. Makan dalam kata orang... Ahaksss... Apapun yang tersurat mahupun yang tersirat semuanya telah Allahswt tentukan untuk Fina sejak azali lagi... Yang penting Fina perlu berusaha untuk ke arah kesempurnaan... Insyallah..... Amin..


Apa lagi layanzzz larrr...

*************
~Sayonara~

Wednesday, June 15, 2011

Cuba bertahan.... Insyallah...

~Assalamualaikum wbt~

Tak terduga semuanya dah berlalu semiggu lalu... Sedih + sayu hati ini... Perasaan ini masih begitu dan sedang mengubati luka yang ditinggalkan dihati ini... Apapun Fina bersyukur sebab kerjaya Fina sebagai Asst. Account ini telah membusykan diri Fina dan dapat Fina lupakan perkara yang sering wat Fina touching... heheheee... Touching ker???? No komen lah...

KUMPULAN PROTECTION SDN.BHD. <--- (Clik disini)

Itulah syarikat tempat Fina mencari rezeki.. Tak sangka lak sungguh mudah Fina dapat ganti kerja yang paling dekat sgt dari rumah Fina... Alhamdullillah... Mudah2an Fina akan kekal lama disitu... Amin.. Office mate pong okie sangat... Ms. Chin nama dia, good mate dan tak lama lagi dia nak bersalin anak yang sulung.. Fina dah dapat rasakan tekanan bila Ms. Chin cuti 2bulan.. Maknanya penghujung bulan pose kot Ms. Chin baru start kerja... huhuhu... Redha jer larrr... Our Head lak Ms. Teng.. Setakat ini takde maki hamun yg dikeluarkan dr mulutnya tapi dia suka bg kerja yang banyak2 kali Fina kena wat.. Padahal Ms. Teng ini boleh bagi kerja tu serentak... Macam nak prepay payment cek supplier, pagi Fina dah key in to sistem n tengahari Fina dah siapkan semuanya alih2 petang Ms. Teng bagi yang lain lak suruh prepay cek utk supplier lain lak.. huhuhu... Ms. Chin kata our head ini mmg suka wat kerja mcm tu... Bikin susah bak kata Ms. Chin... Fina apa lagi yang boleh buat senyum jer larrr... heheheheeee.... :')


Picca lama lol



Apapun nanti kita sembung lagi erk... Fina nak berehat n nak kumpul tenaga tuk kerja esok...
Assalammualaikum... Sayonara frenzzz... Lap u all... :)

********
...End Story...
~Cerita Alya Surfina~