Thursday, December 30, 2010

FINAL AFF CUP 2010 : MALAYSIA VS INDONESIA

assalammualaikum.... Salam kembali lagi...

MALAYSIA VS INDONESIA
~FINAL~

Sedar tak sedar hari ini dah 30hb Disember 2010, sok last day bagi tahun 2010 dan esok gak cuti UMUM bagi sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.. Menarikkan??? Tahniah wat pasukan bola sepak Malaysia.... Harimau Malaya... Kerna kalian kami semua dapat coooottttiiiiii....

Dalam sibuk-sibuk kita menyambut kemenangan, masih ada lagi pergaduhan diluar sana... sedih rasanyer melihat FB pasukan bola sepak Malaysia penuh dengan bermacam2 kata kotor dilemparkan tak kita kerakyatan Malaysia sendiri mahupun Indonesia.. Apapun Sinleen hanya mampu membaca sedikit jew, sakit mata ini utk baca yang panjang33... Janganlah kita bermusuhan dan mempunyai hati yg penuh dengan hasrat dengki... Setiap yang berlaku semuanye keizinan dari ALLAH SWT...DIA menjadikan kita manusia sebagai umat nyer yang paling sempura... Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan dan semua yang berikan hanya pinjaman semata... Moga ALLAH SWT mengampuni DOSA2 yang telah kita lakukan... aminnn...

Cerita lalu 2.... new pic

assalammualaikum....

Kembali lagi utk berkongsi.... Syukur alhamdullillah minggu terakhir buat tahun 2010 ini benar2 menguji tahap kesabaran dan kemanusiaan haku hilang... hahaha...

This my new photo for this year...

Outting lagi yang tersayang... Apa nak jadi laaa ngan kitorg nie... Jadi apa lagi manusia larr... Yang tersayang encik Chubby, saya ayang bangat sama kamu... hehehe Awak sentiasa berada dekat dihati saya... Saya benar2 cinta cintun ngan awk... Ahaksssss......... Lap u larrrrr


Nie Jejalan kat 1utama...

Pas jeer tgk 2nd movie kami terus dinner di gerai makan beragas... Yang wat haku teringat sampai kehari ini sebab chubby dah nak abis makan baru sedar bahawa dia guna 2-2 sudu untuk menjamu selera... Nampak sangat Encik Chubby ini dh laparzzz... hehehhe

Kenangan yang melucukan yang sentiasa diingatan... Suka33333 banyak... lalalalala

Meet Wit FrenZz - Cerita yg lalu

Salam Bertemu kembali.....

Dah lama nak update tapi tu laaa mood xberapa menarik nak menaip... ada jeerrrr sikap malas ni timbul hahahaha... Apakan daya nielah sikap yg sukarrr nak haku tempissss...


Outting Witttt frezzz

Topik hari ni berkisarkan tentang teman2 yang sedia ada time haku susah mahupun senang.. Tetapi itulah sahabat kejap timbul n kejap tengelam... Salah haku gak asyik sibukkkk jerrr... hahahaha... Silaaa lah layan pic yang tak seberapa nie... Ahakssss...........

Lokasi : Red Box at The Cuvre, Petaling Jaya..

Zai (Jenab) & Bad (Leman)

Tu dia... Bakat terpendam.. hehehe

p/s: Semoga hubungan kami berkekalan selamanyerrr... friend 4ever... :P

Thursday, December 16, 2010

Hobiii ku lagi... ;)

Salam kembali lagi....

Nie dia Sinleen nyer parcel yang ditunggu bila start kerja... Yang menariknye apa yang Sinleen beli dari online di Kakinovel setiap buku dapat kurang harga sebanyak RM4 (untuk ahli jew..) dari harga asal termasuk postage lagi.. Bestkan??? Kalo beli kat popular bookshop lak setiap barangan akan diberikan diskaun sebanyak 10% (untuk ahli gak eh..) dari harga asal.. So apa yang Sinleen nak bagitu ni adalah bagi peminat membaca novel diluar sana jadilah pembeli yang bijak dan berfikiran lah secara bijak juga... hehehe....

Harga Semenanjung: RM23 Ahli KN: RM19
Harga Sabah/Sarawak: RM26 Ahli KN: RM22

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri.
Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?



Harga Semenanjung: RM19 Ahli KN: RM15

Harga Sabah/Sarawak: RM22 Ahli KN: RM18

Sinopsis:

Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.

Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?


Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

HARGA SEMENANJUNG: RM19 AHLI KN: RM15
HARGA SABAH SARAWAK: RM22 AHLI KN: RM18

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

~SELAMAT MENCUBA~

Bertukar kepada Hari Berkasih... hikhikhik

Salam kembali lagi....

Sabtu 11hb Disember 2010

Xtvt yang dirancang tak menjadi bertukar kepada xtvt menonton wayang bersama Abg Chubby tersayang... Kalo ikutkan plan jadual Sinleen hari sabtu lepas Sinleen sepatutnye membawa Abang Andak & Family pergi ke PD tetapi memandangkan kaki Abang Andak masih belum baik dan masih bengkak lagi dengan tak dirancang Sinleen ajaklah mamat ini kuar dating.. hikhik

Layanz....
1- Breakfast at Mc Donal @ iOi Puchong..

2- layanzz movie citer Narnia n Hantu Kak Limah... :)

3- Next Movie yang akan kami Layanzzz.... Insyallah this weekend nie... ;)

~Tamat sudah~

Wednesday, December 15, 2010

Last Week Story....

Salam kembali lagi...

Last Jumaat pas abis waktu berkerja Sinleen n ber2-2an dgn baba melawat Abang Andak yang sedang sakit kaki... Bengkak gak laa dianyer kaki... Kena serupa macam Sinleen kena masa kat Melaka awal bulan sudah... Bayangkan betapa seksanyer sakit yang ditanggung waktu tu begitulah keadaan Abg Andak... Sian kat dia... (padam muka hahahha tulaa ejek lagi Sinleen waktu Sinleen kena kan dah kena pada diri sendiri... xdpt aden nak nolong.. )

Nie dia pic Baba bersama-sama ngan cucu dia..


Nie lak pic Sinleen ngan Mirul... Comelkan dia.. kan?? kan??

~End Story part 1~

Friday, December 10, 2010

Wasilah Cinta Weera


Tajuk: Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa

RM 20 / RM 23 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-70-9,
Tarikh Terbit: 15 February 2010


Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.

Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.

*** Tak dinafikan novel ini cukup buat Sinleen penuh keinsafan tentang kehidupan dunia ini...


Thursday, December 9, 2010

Novel Terbaru....

Salam Kembali lagi.....

Nie adalah Novel terbaru yang Sinleen borong baru-baru ini di book store popular...Hehehhe... Apapun ceritanyer belum Sinleen baca lagi coz masa dan mood membaca belum datang lagi... Memang dari dulu lagi Sinleen minat membaca... Bila ada Sale apa lagi Sinleen bersama Kakak tercinta akan memborong ikut kehendak dan kemahuan kami... Koleksi kami dah pong memcecah 400++ dan akan bertambah...


Nie adalah salah satu minat Sinleen....... ;)

Monday, December 6, 2010

Kepulangan Baba....

Salam Bertemu Kembali...........

Syukur Alhamdullillah.. Baba Selamat tiba di tanah air tercinta... Saat penantian ketibaan penerbangan yang dijadualkan tiba di penerbangan KLIA jam 2.00 pagi tiba lewat jam 7.00 pagi... Mujur lah Sinleen tak mengikuti sekali menanti kepulangan baba atas urusan kerja... Kalau ikut pada asal plan Sinleen sendiri akan turun menjemput baba, tapi apakan daya terpaksa serah tanggungjawap pada abang andak, abang ngah dan adik ipar utk menanti baba di KLIA... huhuhu Sedih gak sebab Sinleen tak sempat ketemu baba sebelum menjalankan tugas harian... huhu~

Terus terang Sinleen nyatakan bahawa hati Sinleen cukup sayu saat pertama kali melihat wajah baba yang susut mendadak... Sebak dada ini saat Sinleen salam dan peluk tubuh baba yang sebegitu.. Meleleh airmata ini dalam dangkapan tubuh baba... Apapun syukur baba masih dalam keadaan tegap walaupun batuk masih belum 100% baik sepenuhnya...

Lihatlah perbezaan susuk tubuh baba dan wajah baba... Terlalu bezakan..


Nie lah saat sebak baba menceritakan sewaktu disana... (Baba tak dapat lupakan saat turunnya matahari pada malam raya haji disana... ) Baba menyatakan bahawa saat itu semua jemaah disana menitiskan air mata sebak tak terhingga.. Melihat air mata baba menitis sewaktu menceritakan kesayuan dan kesedihan saat itu.. Sinleen pun turut menitiskan air mata dapat merasakan kesedihan yang sama... Apapun Sinleen rasa tak sabar untuk menjejakkan kaki di tanah suci KOTA MAKKAH... Moga Allahswt memperkenankan doaku ini... Amin...

Friday, December 3, 2010

Besday BOY

Salam December 2010

Hahaha sudah 03rd December baru nak updatekan... Awal bulan ini ada cerita baik punya.. Dalam 2-3 hari ini adalah cerita menarik tambah tolak bahagi darab akhirnya ini hasil nyer... Nak story semua tak leh gak sebab mood belum ada.. hehehe... Kira Sinleen cerita yang terbaru udah laa eh... hukhukhuk

1st Story - hari ini Sinleen seronok sangat sbb tinggal beberapa jam sahaja Sinleen akan berjumpa baba setelah 46hari baba berada disana.. Windu sesangat hehehe... Macam budak kecikkan? Apapun Sinleen bersyukur sangat bahawa Baba berada keadaan sihat walaupun adakalanya batuk disana... Yang akan menjemput Baba di KLIA pagi nanti insyallah yang beria-ia nak menjemput Baba Abang Ngah, Abg Andak dan Daud (sebagai transpot).. Hati ini memang tak sabar sgt nak jupe baba... Kalau ikutkan plan mula2 memang Sinleen sendiri yang nak jemput baba bersama Chubby tapi disebab Sinleen dapat arahan BBM dari Bos kena lapor diri di padang Mapaac, Petaling Jaya, Selangor pada pada 04hb December ini terpaksa batalkan niat ini... huhuhu...

2nd Story lak - Semalam 02nd December 2010, ulang tahun kelahiran En. Mohammad Azzuddin Bin Abdul Kadir yang ke 32tahun... Sudah berusia orang tua ni hehehe... Jangan berkecil hati erk.. Apapun usia anda saya tetap CINTA & SAYANG pada awak... Waaaahhhhhh ayat power tapi itulah hakikatnya dan kenyataannya tak laripun... Sempena Hari Jadinya kami dinner bersama-sama... Wahhhh best sgt dinner ngan Chubby tau... Kalo tak caya cuba korang makan sekali dengan dia kompom korang tau kenapa.... ;)


Hah! Nampak tak coklat kat atas tu, tempahan khas wat untuk Abang tersayang... Yang menariknyer coklat tu di tempah di salah seorang sahabat Abg Chubby iaitu ecahcute.. Cik Abang Chubby ini sanggup bawak balik coklat ini semata-mata nak makan sorang (dalam kata lain dia rasa tak cukup sebab opis dia ramai org hehehe)... Apapun asalkan Chubby hapi n suka itu dah buat Sinleen rasa turut hapi juga.. Apapun enjoy k dengan pic dibawah.... Sinleen nak cau dah...