Sunday, November 21, 2010

Andai dia Memahami dan sedia mendengar....


Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi...

Amin Ya Rabbal Alamin.


Salam kembali semua....

Ingin benar memerlukan sahabat yang sedia mendengar segala rintihan hati serta luahan hati diri Sinleen... Tapi insan sekarang tak mampu menjadi sahabat yang sedia mendengar segala isi hati kita dalam kata lain kawan gembira lebih banyak dari kawan yg sedia mendengar... Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan... Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan... Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi... Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak... Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya... - Itulah yang Sinleen risaukan takut hati mengawal akal fikiran...

Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya... Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar... Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya... Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum... Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati... - Adakah pasangan kita sebegitu? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing...

Berikanlah diri ini peluang meluahkan segala yang terpendam agar apa yang terbuku tidak akan menjadi dendam dalam diri kita... Mendengarkanlah segala aduan dan rayuan agar segala ketidakpuashati dirinya dapat kita fahami segala isi hatinyer... *** Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!

Allah bersedia mendengarnya bila-bila masa sahaja. Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak. Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Moga kita sedia mendengar dari menjadi lebih suka “memperdengarkan” ....

No comments: