Tuesday, November 30, 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Baba...

Salam kembali n penghujung bulan november....

Hari 30hb November 2010 bersamaan hari Selasa hari ke 2 untuk minggu dan hari terakhir untuk bulan November... Setiap tahun kami akan merayai besday baba tapi untuk tahun ni untuk buat pertama kali baba takde disisi kami... Pagi ini Sinleen sempat mengganggu baba hehe, nakal kan Sinleen... hukhukhuk.... Windu dah bersarang n dalam masa sama ada beberapa masalah yang timbul... Apapun masalah ini mmg takde kesudahan sebab perlu adanyer pengorbanan disini.. Tapi entahlah... Balik kembali tajuk utama untuk hari ini.... Baru jew sambut besday Mak 25hb Novermber tu hari hari ini besday Baba lak... Selang beberapa hari jew... bestkan kalo dapat besday pasangan dekat2 gini.... tentu menarik... hehehe

Sinleen iringi doa buat untuk HJ.Shamsuddin bin Abu Bakar... Moga kepulangan Baba membawa 1001 kegembiraan... Sinleen windu sesangat ngan baba... We luv u so much n mici u here... !!!!

Friday, November 26, 2010

SeLamat UlangTahun Kelahiran Mak... Part 2 (End)

Salam kembali lagi..... Part 2....
Sambutan yang sederhana tetapi kami cukup rasa gembira n meriah walaupun bukan semua adik beradik yg balik utk menyambut ulang tahun kelahiran Mak.... Bagi Sinleen biarpun tanpa baba disisi kami, tugas @ tanggungjawap kami tetap akan buat sambutan seperti tahun-tahun sudah.... Walaupun mak tak mahu makan malam diluar seperti mana yang kami rancangkan, bagi kami cukuplah membuat mak tersenyum lebar selepas memotong kek yang tak seberapa ini...
Selepas mak memotong kek, Sinleen buat panggilan antarabangsa iaitu menghubungi baba di tanah suci mekah... Alhamdullillah berkat niat suci dan murniku ini baba menjawap panggilanku.. Lalu Sinleen hulurkan handpon murah ini kepada mak utk berckp dan melepas rindu didada..... Senyum lebar diberikan kepada kami adik beradik sesudah mak habis bercakap dengan suami tercinta.... Bayangkan sedangkan Sinleen merindu baba 10x banyak... Mak lebih dari Sinleen merindui baba... Apapun tinggal 8hari lgi jew... :p mudah2an Baba sihat selalu...

****akhir sekali kami mengucapkan selamat hari lahir mak... kami sayang sangat pada mak... :D
.............TaMaT.............



My Stick Family from WiddlyTinks.com

Thursday, November 25, 2010

SeLamat UlangTahun Kelahiran Mak... Part 1



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Wat teman semua...
Hari ni Khamis, 25 november 2010 genap usia 'PUAN ZAINON BT. MALIK' yg ke-65 tahun.. Tanda kasih tak terhingga Sinleen mengucapkan 'Selamat Ulang Tahun Kelahiran.. Semoga Panjang Usia mu, Sihat Selalu dan Murah rezeki mu Mak....' Dalam ungkap ini sinleen rasa sangat sebab Baba masih berada ditanah suci Mekah... Huwaaaa... Ada lagi 9hari lagi... Kerinduan terhadap baba dh banyak... Mudah-mudahan baba sihat selalu dan Sinleen doakan baba selamat tiba di tanah bumi Malaysia... :P


Ni pic time kami anak beranak menyambut Ulang tahun perkahwinan Baba n Mak yang ke 40tahun... Lihatlah wajah mereka ceriakan... Pagi ini mak masak breakfast untuk Sinleen bawa ke pejabat... Syokkkan... hehehe tu tandanyer Mak sayang lebih kat Sinleen dari adik beradik yang lain... hehehe... Jgn jelos eh adik beradik lain... wakakaka... Saja nak ceriakan keadaan yang sedang merindui baba... :'(

Plan malam ni hehehe... Insyallah Sinleen dh pakat ngan adik Sinleen (Adda n Suami) nak bawak mak makan malam diluar... Tempatnyer ikut pada mak.. Kemana Mak teringin nak makan disitulah kami akan bawak... Rasa nak beli kek tapi Mak dah pesan tak beli kek, takde siapa nak makan... hmmm.... korang rasa patut ke tidak eh Sinleen beli..???


*** SAMBUNGAN KEMBALI***


Wednesday, November 24, 2010

XTVT hujung minggu....

Salam kembali lagi....
Hari ini sudah rabu... Sori lambat upload cerita hanget.. hehehe... Last Sabtu pas Sinleen selepas berkerja XTVT ke jemputan kenduri Kak Long nyer adik ipar larrr... Mujurlarr Sinleen dengan murah hati nyer mengajak Buah hati tersayang pergi kenduri bersama-sama Mak Sinleen... Mujur Chubby takde bantahan, nie wat sgt2 byk333 kat dia.. hehehe....

Lokasi : Selayang berhampiran Batu Caves....


XTVT 2..

Berkat Mr. Chubby bwk Sinleen n Mak Sinleen, Kami ber2 dapatlah gie menonton wayang atas kebenaran Mak tersayang... hikhikhik.. Kebetulan Adik Adda n Suami dia dah balik dari bercuti panjang sempenan menyambut lebaran Aidil Adha di Pantai Timur (Kelantan)... Mujurlah mereka ada untuk menemani Mak dirumah.. Adalah waktu Sinleen bercintan-cintun ngan Mr.Chubby nie... Kalo tak dah tentu Mr.Chubby hantar terus pulang.. hukhukhuk....

Lokasi : Metro Jaya, Kepong...




Sunday, November 21, 2010

Andai dia Memahami dan sedia mendengar....


Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi...

Amin Ya Rabbal Alamin.


Salam kembali semua....

Ingin benar memerlukan sahabat yang sedia mendengar segala rintihan hati serta luahan hati diri Sinleen... Tapi insan sekarang tak mampu menjadi sahabat yang sedia mendengar segala isi hati kita dalam kata lain kawan gembira lebih banyak dari kawan yg sedia mendengar... Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan... Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan... Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi... Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak... Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya... - Itulah yang Sinleen risaukan takut hati mengawal akal fikiran...

Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya... Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar... Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya... Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum... Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati... - Adakah pasangan kita sebegitu? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing...

Berikanlah diri ini peluang meluahkan segala yang terpendam agar apa yang terbuku tidak akan menjadi dendam dalam diri kita... Mendengarkanlah segala aduan dan rayuan agar segala ketidakpuashati dirinya dapat kita fahami segala isi hatinyer... *** Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!

Allah bersedia mendengarnya bila-bila masa sahaja. Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak. Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Moga kita sedia mendengar dari menjadi lebih suka “memperdengarkan” ....

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidil Adha......

Salam wt teman dan pembaca yang sedia menunggu menanti kabaran cerita dari sinleen...
Lama sangat Sinleen tak update blog ni.. Entahlah mungkin kesibukkan Sinleen wat masa terhad... Dalam tempoh yang menyepi ini Sinleen sibuk membahagikan masa dengan mak, family dan Chubby... Dengan dihati ini merindui baba yang jauh dimata... Yang nak pk kesibukkan kerja lagi dengan perniagaan kecil-kecilan lagi... huuuuh... tak terkejar rasanyer... Apapun hari ini Sinleen cuba untuk mengambil masa tu update story yg tak seberapa ini.. Terang2 sinleen nyatakan bahawa Sinleen benar-benar windu bangat ngan baba... 1st time raya tanpa baba rasa mcm tak raya ( bukan mcm dh tapi takde rasa raya pong).. Semlm takde kemana2 pong... Duduk dirumah sambil menanti adik beradik pulang... Yang tak pulang dihari raya aidil adha ni abg ngan ngan adik azie (Diorg ni mmg selalu gitu alasan keja)... Yang sedeynye malam raya Sinleen cuba menghubungi Baba tetapi Sinleen tak dapat berckp...



** Apapun SALAM AIDILADHA wat teman sekalian....
_

_

_

TAMAT SUDAH....