Wednesday, May 26, 2010

Cemburu Seorg Kasih...

Salam kembali lagi......

Syukur hari ini Sinleen masih mampu menaip dan masih berkongsi cerita Sinleen... Tajuk hari ini menarik kan? hehehe... Perasaan Sinleen pada Chubby semakin hari semakin banyak lak... Cemburu kasih seorang kekasih pada kekasihnya menjadikan Chubby rimas... Bukan Sinleen nak kongkong hidupnya tapi yang peliknya Sinleen ngan kekawan perempuan Chubby yang lain tek lak rasa jelos yang terlampau... Tetapi peliknya dengan xgf Chubby.... Aduhi terasa sakit bila begini... Sinleen dah cuba untuk tidak mengambil kisah @ peduli dengan apa Chubby buat dibelakang Sinleen, ternyata Sinleen gagal dan akhirnya Sinleen merasa terluka.. Ternyata Sinleen terluka jua... Sebelum ini Chubby berjumpa dengan xgf dia tanpa pengetahuan Sinleen dan xgf Chubby menyatakan perasaan RINDUnye terang2 di FB Chubby... Semuanya berlaku ketika Sinleen terlantar sakit selama 2 minggu..

Sinleen telah buat yang terbaik dan Sinleen tahu Sinleen masih belum cukup baik buat Chubby hapi... Inilah diri Sinleen... Terlalu banyak kurang dalam diri Sinleen ini... Sinleen bukan sempurna, inilah diri Sinleen seadanya... Nothing speacial....

**Sinleen tahu Chubby tak pernah ada masa utk baca blog ini... kekadang kecewa gak...

Kembali Keletihan...

Syukur alhamdullillah......

Semuanye berjalan lancar seperti yang telah ditetapkan.. Walaupun keadaan Sinleen yang baru sahaja sembuh tetap mampu meneruskan tanggung jawap yang telah diberikan... Syukur takde masalah yang timbul, Sinleen bersyukur sangat2 walau badan ni letih tetap wokey.....

Dan Parez n Sinleen..

Siapa Dan Parez ni?? Dialah dahlah International Marshall yang diupah dari untuk menjayakan International Super Seven Championship yang baru2 ini berlansgung di padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall... Sinleen gembira sangat dapat berjumpa kembali dengan Dan Parez dapat share cerita ngan nyeeee.... Sebelum Dan Parez kembali ke LA, Sinleen ada buat perjanjian ngan Dan Parez yang Sinleen akan ke tempatnye suatu hari nanti... Hmm... Harapan Sinleen memang mengunung ingin ke sana.... Cuma Sinleen belum ada kesempatan untuk kesana.... Mudah-mudahan suatu hari nanti Sinleen akan ke sana jua.... Maybe untuk honeymoon.. Siapa tahu dan tak siapa sangka kan... hehehehe...

Bab II ~ CINTA KU.....

Dalam bab ini mengenali cerita cinta kasih Sinleen... hmm... Hubungan Sinleen ngan Chubby ada pasang surut... Kali ini cerita tentang Sinleen berFIRASAT tentang hubungan Chubby dengan xgf dia... Entah mengapa firasat Sinleen ini ada kebenaran sejak menjak ini... Apa yang Sinleen rasa semua ternyata ada benarnya...

Bermula episod tegang ~ hubungan Sinleen ngan Chubby kembali rengang, sejak ada 1 permintaan Sinleen Chubby tak tunaikan... Sinleen minta benda yang Chubby boleh buat tetapi Chubby enggan melakukannya dan akhirnya Sinleen menyatakan Chubby melebihkan xgf dia dari Sinleen... Kalo ikutkan apa yang Sinleen katakan memang ada kebenarannye... 1st Chubby boleh berhubung ngan xgf dia melalui VIDEO CALL N VIDEO CAM (chatting on9) sesama mereka berdua... Sinleen hanya meminta Chubby mms gambar nye Malam hari tapi Chubby enggan memberinye... hmm... rasa kecewa tu timbul sesangat dalam hati ini.... Sehingga hari ini kami jarang bercakap n bersms sejak peristiwa itu... Chubby pulapun begitu tetap ngan keegoan seorang lelaki... Tak mahu mengalah kerna bagi dirinya, dia tak melakukan apa-apapun kesilapan dan bagi dirinya Sinleen yang memulakan perbalahan ini so untuk apa dia memujuk... Memang Sinleen yang memulakan tetapi setelah permintaan Sinleen, Chubby tak tunaikan... Hanya sekeping gambar kami tak bertanya kabar masing2....

Apa agaknya nasihat korang erk dengan apa yang berlaku..???

Tuesday, May 18, 2010

Haku Benar-benar Bahagia...

Salam pada kekawan semua....

Hari ini Sinleen rasa gembira sesangat... Tak tau macam mana Sinleen ingin kabarkan dan berkongsi tentang perasaan Sinleen ketika ini dan saat ini.. Betapa bahagianya Sinleen bila Chubby menyatakan perkataan yang selama ini Sinleen harapakan dan hari ini menjadi kenyataan... Syukur alhamdullillah, doa Sinleen telah diperkenankan... Tak sangka setelah Sinleen rasa sihat sikit, tak sangka hikmah disebalik semua dugaan ini....

Buat pertama kali Chubby sms Sinleen menyatakan "sayang.. I LUV U" dan "Erm...hard to say but deep in my heart, i really luv u"... Sinleen rasa bersyukur sesangat hari ini... Tentu korang tahukan, Sinleen tersenyum lebar hari ini.... Sinleen benar-benar bahagia... Terima kasih abg... Sinleen pun menyayangi abang... Moga hubungan kita terus begini... Sinleen bahagia bersama abang......



Sunday, May 16, 2010

SeLaMaT PeNganTin BaRu...

Alhamdullillah.... Segalanya berjalan dengan lancar sekali...
Majlis Perkahwinan adik Sinleen selamat dan sempurna... 15.05.2010 (Sabtu) tarikh sejarah buat pasangan ini....


Berlangsung di Dewan Bakti Bandar Sri Damansara...


Saat makan beradab... hehehhe....


Kek 3 tingkat acara terakhir dan penghujungnye....



Hahhaha... Aksi sesuka hati diorg.....

Hmm... Chubbypun turut menyumbang tenaga membantu Sinleen sekeluarg...
Terima kasih Abang... U r da Best.....

Monday, May 3, 2010

3 Minggu Haku begini + kepenatan yg tak terhingga...


Salam.....
Sudah 3 minggu berturut keadaan Sinleen begini... Sabtu minggu depan Majlis Perkahwinan adik dah hampir tiba, badan ini betul-betul tak bermaya dan tak boleh bertahan rasanya.. Sinleen batuk n selsema masih tak hilang-hilang... Hari ini lak badan Sinleen betul-betul tak larat dan rasa seram sejuk badan ini... Mungkin punca bdan Sinleen begini sebab Sabtu baru-baru Sinleen banyak kehilangan tenaga.. Aktiviti Sinleen memindah barang Sinleen ke rumah orang tua Sinleen, sesudah habis memindah tengahari lak Sinleen Keluar Chubby dan adik dia (Haniff) tengok wayang di GSC IoI Mall Puchong jam 2.30petang Cerita Iron Man 2..


(Iron Man 2) ~~ Best Movie ini rugi siapa yang tak gi tgk...

Pas tu kami terus balik rumah chubby anto adik dia dan kemudian Sinleen ngan chubby gi makan kat kedai area rumah dia... Hujan lebat giler terpaksa Sinleen ngan chubby redah gak... huhu... Sinleen terpaksa tunggu hujan reda dulu sebelum balik ke Damansara... Agak lewat gak Sinleen gerak alik ke rumah org tua Sinleen....

Aktiviti Hari Ahad lak... ~~

Pagi ahad selepas subuh dalam jam 7 pagi Sinleen bersama Baba menuju ke Utara tanah air iaitu ke tempat baba membesar kampung layang-layang kiri, Bota Kiri, Perak.. Perjalanan ke sana mengambil masa 2jam 45minit... Kami sempat singgah berhenti di perhentian Tapah, Perak sebelum menyambung kembali perjalanan.. Sampai jer disana kami terus menuju ke rumah abg ayah Sinleen dan seterusnya melawat kakak ayah Sinleen... Sesudah makan tengahari jam 12.45tghari Sinleen ngan Baba menuju pulang ke Kuala Lumpur... Sinleen tiba di rumah jam 3.45petang... Kepulangan kami disambut keriuhan suara adik beradik serta anak-anak buah Sinleen yang ada dirumah... Seronok dirasai lebih berbanding ngan kepenatan memandu.... Jam 5. 50 petang aktiviti yang tak dirancang terpaksa Sinleen turuti iaitu bermain bowling di Komplek Desa, Kepong.... Hmmm... Adanye Keluarga Kak Long, Abg Andak, Kak Yatie, Adik bersama bakal suaminya (yg minggu depan nak Kahwin) dan Sinleen sendiri turut memeriahkan suasana di bowling...

Lebih kurang 8.20 mlm kami semua habis main bowling... Selesai jew Family Kak Long, Kak Yatie, Adik ngan bakal suami dia serta mama n baba dinner kat Restoran beragas beramai-ramai.. Manakala Sinleen dan Family Abg Andak menuju ke Giant Selayang mencari bekalan susu anak-anak Abg Andak...

Gambar ini diambil di Giant Selayang...

Sampai jew di rumah Abg Andak, Kami menonton perlawanan bola sepak Lida Inggeris antara Chelsea dan Liverpool... Bertapa gembiranya Sinleen apabila pasukan kesayangan Sinleen menang dengan jaringan 2-0.. Liverpool (pasukan kesayangan Chubby) tewas... hehehehe..... Sinleen sampai di rumah jam 10 lebih.. Terus mandi kemudian menanti Chubby hubungi Sinleen... Kesian Sinleen... Orang yang Sinleen menanti takpun col Sinleen.. Akhirnya Sinleen terlelap... huhuhu~~