Wednesday, April 28, 2010

BlackBerry ®



Wah... Bestnyerrrrr... Tak lama lagi dapat Sinleen handpon ni.. Tapi tak tahu yang mana 1 larr... Apapun Sinleen rasa seronok sangat sebab Bos akan bagi Sinleen pakai blackberry.... Terima Kasih tak terhingga pada Bos sudi menghargai diri ini....

Semangat kerja perlu ditingkatkan lagi bila bos dah belikan handpon baru... hehehhe
Tahun ini jew Sinleen rasa bertuah sangat... Selama hampir 5tahun berkhidmat dengan syarikat ini, Tahun 2010 terlalu murah rezeki Sinleen... hehehe

Bulan January - Elaun Outstation Sinleen dinaikkan sebanyak 50%....
Tahun Baru Cina - Sinleen dapat Bonus dari bos
( Yang pastinya hanya beberapa pekerja jew yang dapat..)
Bulan April - Bos kabaq nak bagi beberapa pekerja handpon baru iaitu blackberry..
(termasuk Sinleen)

Alangkah bertuahnya Sinleen kan... Bestnya.......

Monday, April 26, 2010

Itu Dulu... Tidak Sekarang...

Salam kasih dan sayang..

Sukar untuk digambarkan keadaan sekarang... Kekadang Sinleen seolah-olah hilang hala tuju sebenarnya.. Nak kata lupa diri tu kekadang ada gak lah.... Apapun setiap manusia mesti ada yang leka dalam duniawi ini... Sesungguhnya Sinleen rasa bersyukur pada hari ini, ada sesuatu peristiwa ini telah memberi peringatan dan membuka pintu hati Sinleen... N terima kasih pada sahabat merangkap kawan susah senang Sinleen... Tak sangka sahabat ini amat mengambil berat dengan sekeliling Sinleen... Sinleen malu kerna pernah lupakan dia bila Sinleen sibuk dengan aktiviti sendiri... Maafkan Sinleen erkk sahabat... Moga segala nasihat mu dan segala kata-kata semangatmu akan sentiasa Sinleen ingati dan amalkan...

Insyallah....

Hahaha... agaknya Sinleen ini masih di tempat yang sama kot... Tiada perubahan dan mungkin gak sebab Sinleen ini dah dijadikan begini... Waduh susah sungguh untuk memahami hati sendiri... Terlalu banyak sangat keinginan dan kemahuan dalam kehidupan ini... Sedar atau tak sedar kita sebenarnya lalai dengan ciptaan sendirikan...? Leka dengan drama yang kita buat tanpa skippun masih terus berlangsung dikaca mata manusia tanpa kita sedari... Masalah Sinleen? Ermmm.... Entahlah, rasanya takdelah.. Tapi kalo bila melibatkan orang ke-2 mahupun ke-3 atau seterusnya mungkin tak banyak tetapi tetap ada masalah yang timbul..

Perkerjaan ~ mana-mana berkerjapun tetap sama, mesti ada masalah punya...
Kewangan ~ alhamdullillah setakat ini Sinleen syukur sesangat...
Peribadi ~ Ermmm... masih macam dulu, Sinleen masih dalam mengajar hati n perasaan tentang sesuatu... Harap2 Sinleen boleh lakukannya... Amin...

Apapun Sinleen sedang melakukan perubahan Diri... Sinleen dah buat terbaik untuk semua pihak.. Dan untuk peringatan semua, Sinleen ini manusia biasa, punya Jiwa, hati dan perasaan.. Punya tahap had yang limit... Sinleen bukan robot yang takde apa-apa rasa... Bila ianya takdapat lagi Sinleen pendam, ianya akan terluah dan masa itu Sinleen akan pergi buat Umrah laaa... Hehehehe... Insyallah.... aminnnn... Sinleen tak mintapun apa-apa yang istimawa dari kalian cukuplah setakat menjaga hati masing-masing... Andai diri Sinleen ini tak diperlukan, takperlu bermuka-muka dan berpura-pura... Kabarkan pada Sinleen dan Sinleen sedia melepaskan semuanya... Jangan mengambil kesempatan keatas kelemahan Sinleen dan menyalahkan sikap Sinleen yang leka dan lapa.. Mungkin sebab ingin melihat orang berada disisi Sinleen bahagia dan gembira, Sinleen sanggup melakukan apa saja.. Ikhlaslah dan jujurlah itu lebih baik walaupun Sinleen akan terasa peritnya dari terus menipu Sinleen.. Sinleen tak mahu terus berkeadaan begini... Bantulah sesama kita... :D

P/s: Sinleen mohon ampun andai ada kalangan kalian terasa dengan apa yang Sinleen coretkan... Apa yang Sinleen coretkan semuanya yang terjadi dalam kehidupan sinleen...

Friday, April 23, 2010

Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010



Akan berlangsung pada 11 jun - 11 julai 2010

Sedar tak sedar World Cup tak lama lagi... Hmm... Tak sabar rasanya tunggu saat ini...
Jadual kumpulan pun telah keluar...

Bila tiba saat ini Sinleen sendiri akan tak cukup tido... hehehe...

Apapun sama-sama lah kita nantikan bersama....



10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA


1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

P/s: Mari la kita sesama selidik... :P

Wednesday, April 21, 2010

Sedar Tak Sedar Sudah 6 bulan bersama...


Syukur alhamdullilah...
Sedar tak sedar hubungan Sinleen ngan buah hati Sinleen dah 6bulan kami bersama.. Terima kasih buat Kak Iena sentiasa memberi dorongan dan nasihat pada Sinleen tentang SIDIA... Walaupun hubungan kami hampir terlerai pada suatu ketika itu kerna kasih n sayang kami ianya tetap terikat... Mungkin silap antara kami yang tak sedar dan dari apa yang terjadi Sinleen berlajar dari apa yang pernah Sinleen lakukan kesilapan.. Mudah-mudahan ianya akan menjadi lebih kuat lagi ikatan kami...

Apapun Sinleen ingin menyatakan bahawa Sinleen benar-benar sayang pada Chubby sepenuh hati Sinleen... Tiada lagi insan lain yang mampu menganggu hubungan kami berdua...


***P/s: Doakan hubungan kami berdua....

Saturday, April 3, 2010

Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)


Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya.




** Lagu kesukaan My Chubby...

Thursday, April 1, 2010

Tak Mampu Haku Luahkan....

Salam buat teman yang sentiasa menanti update blog ini... Maaf kerana membuat penantian dan penyeksaan buat kalian semua... Semuanya disebabkan Sinleen sendiri tak tahu nak berkongsi cerita yang mana 1.. Terlalu banyak yang telah terjadi sepanjang Sinleen mendiamkan diri... Ada yang sedih, gembira, ketakutan, kelakar... n banyak lagi telah terjadi... Sinleen pun tak tahu nak cerita yang mana dulu...

Kesedihan.... BAB 1
Cerita kesedihan yang pertama yang telah dan sedang Sinleen alami sekarang adalah tentang 'ILMU HITAM'... hmm.... Sinleen dahulunya tak percaya benda karut ini sebenarnya, tapi bila dah terkena pada diri sendiri barulah Sinleen akui bahawa benda ini boleh membuat kacau bilau hubungan seseorang... Dalam bab ini Sinleen adalah pemangsa... Sinleen tak tahu mana silap yang telah sinleen lakukan sehingga hubungan Sinleen ngan Abang Andak sekeluarga jadi kacau bilau... Hubungan yang dahulu mesra n rapat berbeza sekali dengan sekarang seolah-olah jauh sangat2...Hubungan kami ini renggang sama sekali... Sekarang ini Sinleen sedang berubat secara tradisional... Mudah-mudahan apa yang ada dalam badan Sinleen akan keluar dan kembalikan keceriaan di wajah muka Sinleen...

Kesedihan.... BAB 2
Kesedihan yang ke-2 lak yang sedang Sinleen alami adalah melibatkan Chubby... Kekasih hati Sinleen sendiri... Mungkin apa yang Sinleen akan nyatakan ini kekawan akan menyatakan Sinleen ini membesarkan benda yang kecik.. Tapi inilah kesedihan yang Sinleen rasa sekarang... Baru-baru ini Chubby berhubung kembali dengan xgf dia yang pernah Chubby terserempak di One Utama bersama Sinleen... Chubby dapat telefon nomber di google search bila menaip nama bekas kekasihnya.. Apa yang menyedihkan lagi, Chubby add as Frenz di FB dia dan Chubby siap menyatakan niat hatinya untuk upload gambar dia bersama xbf dia... Sinleen tertanya dalam diri ini adakah Chubby masih inginkan hubungan mereka terjalin kembali..? Adakah Sinleen ini menjadi penghalang untuk mereka kembali mesra... Entahlah Sinleenpun tak mampu untuk memikirkannye lagi... Buat masa ini biarlah Sinleen rasa peritnya... Hanya Tuhan jew yang tahu dan mengapa ini semua terjadi....

*** Kalau boleh Sinleen tak mahu Chubby berhubung kembali xgf dia... Tapi Sinleen lihat Chubby memang dah lama mencari xgf dia...


Buat teman...
Seandainya Sinleen ada buat salah atau pernah menyakiti hati kalian, Sinleen ingin mohan ampun apa yang pernah Sinleen lakukan keatas diri kalian... Sinleen tak sengaja untuk menyakiti hati kekawan sekalian... Ampunilah dosa-dosa Sinleen....