Tuesday, March 9, 2010

Apa Makna Cinta Pada Diri Korang....


"Cinta pada bunga, bunga akan layu,
Cinta pada harta, harta akan punah,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cinta pada ilahi akan kekal abadi."

Seronokkan bila diri kita dilamun cinta.. Bahagia saat itu yang kita rasakan... Tahukah korang apa tu CINTA..? Apakah maksud CINTA bagi diri korang... Adakah Cinta ini mampu buat diri korang sentiasa gembira? Bagaimana pula dengan Cinta yang tak ikhlas, hanya waktu senang sahaja..? Tapi ada ke Cinta macam tu..?? Semuanya penuh dengan tanda tanyakan... Sinleen sendiri masih mencari apa itu makna dan erti Cinta...
CINTA - Tak boleh melihat dengan mata kasar tetapi boleh merasai dengan perasaan... hmmm betul ke..?? Ada jugak orang menyatakan
hanya org yg tau erti cinta dpt memiliki cinta yg sebenar.. Bagaimana untuk mencari erti Cinta dan kita tahu Cinta itu Cinta sebenar..?? Terlalu sukarkan untuk mencari jawapan...

Sesungguhnya Sinleen mencari CINTA yang berkekalan di akhirat.... Cinta pada ALLAH swt... Cinta pada agamanya.... Sinleen amat bersyukur kerna dilahirkan dalam agama islam... Sinleen sendiri telah jauh dari apa yang telah selama ini Sinleen telah lakukan... Masih ada ruang untuk Sinleen membetulkan keadaan... Moga dengan keinsafan dalam diri Sinleen hari ini akan terus tersemat... Mudah-mudahan... Amin...

Ya ALLAH swt, Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu....


"tiada insan yang dilahirkan sempurna di dunia ini tetapi berusahalah ke arah kesempurnaan"

1 comment:

Adayah Shamsuddin said...

aku suka cinta giler.......