Wednesday, January 13, 2010

Kepenatan + Kesedihan....



assalammualaikum....
Permulaan hari ini tak seperti semalam, hari ini Sinleen bangun dengan harapan Chubby akan telephone Sinleen dan memohon maaf dengan apa yang terjadi antara kami berdua.. Cukup rasa sedih sangat peristiwa semalam berlaku.. Sinleen kecewa dengan sikap Chubby yang tak boleh bersikap lebih matang seusianye... Sinleen tak tahu mana silap yang telah Sinleen buat sehingga untuk bercakap dengan Sinleen semalampun takde mood... Chubby send MMS gambarnya dan text msg ringkas memohon maaf dengan sikap dia semalam... Kejadian ini berulang lagi seperti minggu lepas... Mengapa Sinleen dijadikan mangsa keadaan sedangkan Sinleen telah cuba buat terbaik untuk hubungan kami... Mungkinkah sikap Sinleen yang terlalu sayang terhadap Chubby membuatkan Chubby bosan... Apa-apapun Sinleen hanya berserah pada ALLAH SWT untuk menentukan semua ini... Sinleen redha dengan ketentuan-Nya andai ini yang telah ditetapkan untuk Sinleen.... Moga tembok kesabaran Sinleen akan terus menjadi lebih tebal bagi menempuh segala dugaan yang telah ditentukan....

Kesibukkan minggu ini memang amat Sinleen tak disangka, minggu ini banyak betul yang perlu Sinleen selesaikan sebelum minggu depan Sinleen tumpukan sepenuhnya pada pendaftaran dan ID card proses bagi Malaysian National Paintball League (MY-NPL).. Sinleen sebagai Secretariat Haed terpaksa mengurus semuanya... Bukan itu sahaja Sinleen buat kat opis ini, kekadang Sinleen terpaksa keluar ke bank atau mana-mana tempat yang memerlukan kenderaan... Kat opis ini dah lama takde Opis Boy... Sebab itulah Sinleen kena memikul beberapa keja yang ada kat sini... Makan minum budak-budak operasipun Sinleen kena uruskan... Kalau senaraikan habis penuh dalam page blog Sinleen...
Kerja dah banyak kekadang bila pas kerja tu nak gak lah Sinleen berkongsi suka duka Sinleen dengan Chubby tapi apakan daya.. Chubby bukanlah seorang pendengar yang setia.. uhuhuhu... Sedihkan sebab teman yang diharapkan menjadi pendengar dan pengkongsian tak dapat memahami diri Sinleen...

No comments: