Monday, January 4, 2010

KeBaHaGiaaN KiNi TeRaSa....


Tak sangka baru je beberapa hari tahun 2009 pergi dan 2010 ini datang telah bermacam perkara yang telah terjadi dalam kehidupan Sinleen... Seperti terjalinnya kembali hubungan Sinleen dengan kekawan lama tempat kerja dahulu... Hmm... Sinleen hapi sangat-sangat... Sampaikan tak sabar nak berkunjung ke sana jumpa di rumah salah seorang sahabat Sinleen.. Hmmm... Mesti banyak cerita akan keluar... Syokkkk... hehhehe...

Last year terjalin kembali ikatan hubungan dengan Kekawan Sekolah, tahun ini dengan Kekawan tempat kerja lama... Alhamdullillah... Sinleen bersyukor sangat dengan penemuan ini... Sinleen berdoa agar kegembiraan ini akan terus dirasai dari hari ke hari...


Hubungan Sinleen dengan Chubby lak kembali mesra... Baru-baru ini ada sikit salah faham antara Sinleen ngan Chubby, tapi tak lama sebab Sinleen tak nak benda yang begini membuat hati Sinleen mahupun Chubby berjauhan lak... Puncanya malam tahun baru 2010, Sinleen tetiba rasa tak puas hati dengan Chubby sebab Chubby gi karaoke ngan 4 orang ladies... Teman Wanita mana yang tak terasa dan cemburu, malam tahun baru sepatutnya sambut bersama tapi berasingan.. Pulak tu dengan dikelilingan ladies... Tak patutkan???


Sebenarnya ada sikit misunderstanding antara Sinleen ngan Chubby... Petang 31hb tu Chubby ada bagitahu yang dia gi karaoke ngan kawan ladies (pada Sinleen lak dia gi tempat karaoke tu dengan kawan ladies dia lar dan ada lelaki lain selain Chubby kat sana).. Bila Chubby dah berada disana lebih kurang 2 jam, tetiba jee Sinleen sms tanya Chubby siapa ada kat sana... Nak taw gak berapa ramai yang berkaraoke kat sana... Chubby balas lak 4 org ladies n 1 org Hero.. Mula-mula Sinleen ingatkan Chubby hanya bergurau dan Sinleen tanya laaa sekali lagi... Chubby menyatakan dia tak tipu yang dia seorang lelaki kat ctu.. Dupppp..... Nadi jantung Sinleen dup dap dup dap... Bohong lar kalo Sinleen tak cemburu dalam keadaan mcm tu... Sinleen bukan jenis cemburu tak tentu pasal, sebab 2 jam sebelum sinleen taw Chubby seorang je lelaki di ctu takde rasa apapun perasaan cemburu atau sakit hati.. Sinleen punya hati dan perasaan bila Chubby menyatakan Sinleen berkelakuan kebudakan... Bayangkan jejaka hati Sinleen dikeliling dengan 4 orang perempuan pada malam tahun baru sedangkan Sinleen berada dirumah tanpa pergi kemana-manapun... Walau Chubby takde perasaan pun pada perempuan tu tapi sebagai seorang kekasih yang amat menyayangi dirinya sudah tentu terasa cemburu dan terasa diri ini tak begitu bermakna dalam hidup Chubby...

Kenapa Sinleen berkata begitu?? Sebabnya sepatutnya Chubby menyambut Malam Tahun Baru bersama Sinleen bukannya dengan kawan-kawan perempuan dia (Betul tak apa yang Sinleen katakan?)... Salahkah Sinleen menginginkan sesuatu yang boleh memberikan kebahagiaan di hati...?? Sinleen pun teringin jadi seperti pasangan bercinta lain menyambut tahun baru bersama... Sinleen berharap Chubby cuba memahami diri Sinleen sebagai mana Sinleen cuba memahami dirinye...

No comments: