Thursday, December 17, 2009

Summery 2009 Part 2


April 2009

Bulan ini aku banyak mengurungkan diri dan banyak mengabiskan masa didalam rumah jee (dalam proses mengubati hati sendiri).. Memang payah sebenarnyakan bila apa yang kita harapkan tak menjadi... Kuasa Tuhan untuk menentukan segalanye... Aku terseksa ditinggalkan dengan tanpa alasan yang kukuh... Mengapa mesti aku terseksa dan sengsara bila ianya berlaku tanpa aku bersedia... Salah aku ke semuanya ini berlaku...??
Aku berpegang pada 1 ayat al-quran...
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Tiada sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan ALLAH swt bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada ALLAH swt juga hendaknya orang yang beriman bertawakal." - Surah Al-Taubah ayat 51

Mei 2009

Awalan bulan mei ini aku mulai sibuk kembali pada perlawanan Super 7 anjuran Nemesis Paintball Club... Start ada kat padang pada 30hb April di padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall Shoping plaza... Disini aku berkenalan dan berkawan dengan International Marshall iaitu Dan Parez dan Thomas.. End of tournement day aku diperlawa oleh Dan Parez join main bowling at Mid Valley bersama Marshall MPRO... Esoknya aku tak masuk opis sebab berada di Genting Highland bersama-sama dengan Wei, Dan Parez & Thomas.. Pertengahan bulan ini aku mengenali insan bernama 'ZAHRIN'.. Tak sangka insan ini tak pernah cukup dengan apa yang ada... Inilah sikap manusia....

Jun 2009
Awalan bulan Jun ini ada pengsengkataan antara aku dan adik bungsu & husband dia... Ianya melibatkan perkara sebelum dia berkahwin menjadi issu sehingga Baba memarahi aku dengan tanpa usul periksapun... Aku benar-benar jauh hati dengan sikap meraka yang sengaja menbuat hubungan aku ngan Baba berjauhan... Apa yang telah terjadi menyebabkan aku jauh hati dan Baba sendiri tak lalu makan selama aku tak pulang ke rumah... Selama ini hubungan aku dengan Baba tak pernah ada sengketa, malah Baba tak pernah memarahi aku selama ini... Peristiwa itu membawa aku mengikuti Kak Lang aku bercuti ke Damai Laut, Perak.... Sekembalinya bercuti, Malaysian Paintball League Event 3 di kuantan, Pahang....

Julai 2009

Bulan Julai pula, tiada apa yang menarik cuma kembali kepada sedia kala... Menyibukkan diri yang sentiasa sibuk... Banya perkara yang aku cuba selesaikan... Cuma masa aku banyak aku habiskan bersama keluarga Abang Andak aku di Pinggiran Batu Caves.. Bulan ini aku membawa Baba, Mama & Family abg andak gi Langkawi... Percutian yang paling seronok, sebab mak aku payah sikit nak ikut bercuti mana-mana.. Tiba-tiba lak kali ini dia nak ikut sebab nak jaga Kakak ipar aku yang sedang sarat mengandung... hehhehehe... Itulah aktiviti aku sepanjang bulan Julai... Hujung bulan julai sibuk persiapan untuk Malaysia Paintball League Event 4 di Dataran Pahlawan, Melaka..

No comments: