Tuesday, December 1, 2009

Summery 2009 Part 1

Disember... ermm Bulan terakhir bagi tahun 2009..

Summery Tahun 2009

Januari 2009
Bulan yang penuh dengan impian dan azam tahunan yang sering aku cuba laksanakan.. Tapi bukan semua tahun yang dapat aku laksanakan azam aku.. Seperti tahun ini, awalan tahun azam aku pada last year punya masih tak berlaksanakan.. Dan Azam ini hanyalah tinggal azam sahaja sbb Hubungan aku ngan abg man telah berakhir untuk selamanya...
Februari 2009
Start membusykan diri... hahahha sebenarnya sememangnya aku sibuk dengan MY-NPL 2009 kerna kali ini aku mengambil tugas Secretariat sepenuhnya dalam tanggungjawap aku.. Nak ataupun tidak aku terpaksa melakukan walau hakikatnya aku seolah-olah belum bersedia untuk memikul tanggungjawap yang banyak ini.. 1st Event 14-15hb Februari 2009.. Time ini aku kena migrin nasib baik abg hussin sudi take over kerja aku waktu busy... Sambut besday abg man dengan pergaduhan yang cukup buat aku terluka... Aku sendiri kurang pasti dimana silapnya pada ketika itu.. Adakah salah aku hanya ingin makan tengahari bersama-nya dia kawasan pejabatnya bagi menyambut ulang tahun kelahiran nya... Salahkah aku???

Mac 2009
Bulan ini aku terlalu sibuk ngan kerja penyelenggaraan Imatec Service untuk PLKN kumpulan 2 / 2009 dan jugak 2nd Event MY-NPL di Johor Bahru pada 28-29hb Mac 2009... Masa untuk aku pada abg man terpaksa kurangkan (Bukan kurang tapi kalau tak silap aku bulan ini aku takde kesempatan nak berjumpa dia).. Dan mungkin kerana itu jugak abg man berubah hati pada aku dan mungkin jugak gadis yang didampingi tu punya waktu yang banyak.. Bulan mac ini banyak kenangan pahit yang aku rasai.. Perpisahan aku dan abg man setelah sekembalinya aku di ibu kota Kuala Lumpur ini, sepatutnya aku berangkat pulang pada 30hb mac 2009 tapi disebabkan hati ini terlalu girang untuk pulang menemui pujaan hatiku, aku membuat keputusan pulang malam itu juga selepas selesainya Event.. Aku sengaja ingin pulang awal nak berikan kejutan tetapi aku pula terkejut. Setibanya aku dirumah sewaku jam 11.30mlm, peristiwa yang cukup menyedihkan terjadi... Perit sungguh saat itu aku rasai... Hanya tuhan je yang tahu bagaimana keadaan ketika ini....

No comments: