Thursday, December 24, 2009

Mogok!!


Mogok!!
Hahahhaha.... Hari ini Sinleen rasa nak mogok (ayat sebenarnya merajuk).. Entahlah sejak-menjak ini Chubby selalu sangat nak menyakiti hati Sinleen, ada saja gurauan yang seolah-olah nak buat Sinleen terasa... Walaupun telah Sinleen nyatakan bahawa jangan ulangi gurauan yang Sinleen tak gemari... Bukan salah Sinleen kalau hari ini bermulanya sesi mendiamkan diri... Erk... Boleh ke Sinleen buat macam tu?? Bukan niat nak mendera hati sesiapapun tapi biarlah ngajuk di hati Sinleen ini berkurangan... Walaupun Sinleen dalam merajuk tapi Sinleen tetap jawap panggilan dan SMS Chubby, tapi bukan nada kebiasaan selalu Sinleen guna tapi sepatah Chubby tanya sepatah Sinleen jawap...

Esok Sinleen nak pergi mana Sungai Sendat di Hulu Selangor bersama-sama kekawan Sinleen... Tak ramaipun termasuk sinleen 5orang saja... Chubby tak mahu ikut dan Sinleen pun tak paksa.. Dah itu kehendak dia, jangan lak nanti dia kata Sinleen tak nak ajak udah laaaa.... Hopely hari esok Sinleen enjoy ngan apa yang dah lama Sinleen ingin buat.. Plan dah lama tapi masih belum kesempatan nak pergi... Esok Sinleen nak wat sandwich tuna... hmmm... bestnyeeee... Rasa tak sabar nak menanti hari esok...

1 comment:

iena hamdi said...

alah siannyer dia....
tak per la chubby bz kot...
ker dia ada masalah ker... tak per leen.. anggap ajer tak der apa berlaku k..