Thursday, December 24, 2009

Egokah Chubby..???

Kekadang aku tertanya pada diri Sinleen sendiri mengapa Chubby tak pernah nak menyatakan bahawa dia sayang pada Sinleen... Susah benar nak dengar dari mulut Chubby sendiri yang bahawa dia menyayangi Sinleen... Kekadang Sinleen menbuat tanggapan bahawa Chubby ini tak punya perasaan pada Sinleen... Adakala juga Sinleen memikirkan bahawa Chubby ini terlalu Ego untuk menyatakannya... Pernah sesekali Sinleen sengaja tanya soalan tentang 'Perasaan' Chubby sebenarnya terhadap Sinleen... Jawapan Chubby 'Sayang pada Sinleen'... Pernah gak Sinleen tanya mengapa terlalu payah sangat Chubby menyatakan perkataan 'Sayang mahupun Rindu' pada Sinleen... Jawapan Chubby, tak perlu meluahkan kata-kata begitu yang penting Hati Chubby yang tahu... Hmmm... Lihatlah dunia bertapa susah dan payahnya untuk mendengar butiran kata-kata yang sering dinanti oleh setiap wanita yang telah dimiliki hatinya...


Tak bolehkah seseorang lelaki itu bersikap rasional dalam hal hati dan perasaan...? Mengapa perlu ada ego dalam diri seorang lelaki..?? Rasanya Sinleen pernah bincang dari hati ke hati dengan Chubby tentang kata-kata 'CINTA'... Sinleen juga pernah meminta Chubby menyatakan kata 'sayang' dan 'rindu' pada Sinleen walaupun 2-3 kali sekali... Bukanlah Sinleen mintak hari-hari menyatakan kata-kata itu cukuplah untuk sekali sekala... Tapi apa yang chubby buat hanya pada minggu pertama jee... Selepas tu hanyalah tinggal memorie jee....

** Tahukah Lelaki bahawa kata-kata seperti itu perlu diungkapkan sekali sekala untuk membuatkan hati seorang perempuan itu dirasai dihargai.....

Huh.. Pening kepala aku bila fikirkan.... Nak tak nak aku hanya mendiamkan diri sahaja bagi tidak menimbulkan issu antara Sinleen dengan Chubby...

1 comment:

nursarah87 said...

sabar jelah...


lelaki mmg sesetengahnya begitu, mungkin ada kebaikannya yg tersirat..Allah saja yg tahu..