Thursday, December 31, 2009

OuTTing LaGi Wit Chubby

Assalammualaikum....

Outting lagi dengan Chubby... hehhehe... Malam tadi punya movie... Sebenarnye Sinleen takde perancangan nak gi tengok movie citer ini sbb Chubby kata dia tak kisahpun apa citer asalkan jangan terlalu lewat sangat time movie tu.. Movie ini kali ke-2 Sinleen tengok dengan Chubby... Movie ini yang paling awal jam 8.45mlm - tiket movie ini Sinleen beli awal sehari sebab malas nak beli last minute....

Citer ini memang best giler... You all kena tengok... SYOK!!!

Chubby lambat jemput Sinleen, tak tau permulaan citer tu... Dah lambat jemput Sinleen kat umah jam 8.20mlm, sampai kat Cathay Damansara jam 9.00mlm sebab jam nak cari parking kereta.. Masuk panggung wayang dalam 9.05mlm... uhuhuhu... Dah tu tak sempat dah nak beli snack or minuman terus je masuk menonton.. Kesiankan..

Movie time 8.45mlm di damansara...

Minggu ini Sinleen ngan Chubby terpaksa luangkan masa pas kerja sebab 01hb Januari 2010 Sinleen kena keluar outstation kat Lenggong, Perak... Maknanye all weekend Sinleen kena bertugas disana, tak dapat sambut New Year ngan Chubby... uhuhu...

Wednesday, December 30, 2009

KeSuNYiaN V/s KeSeDiHaN...

Salam semua... Tiba-tiba je hari ini Sinleen terasa SUNYI sangat... Entahlah masuk je opis pagi ini perasaan sunyi ini wujud dikala Sinleen sedang buat kerja... Bukan suasana tempat kerja Sinleen ini sunyi tetapi kesunyian ini wujud disuatu ruang hati Sinleen.. Mungkinkah hanya kerna Chubby tak sihat hari ini..? Selalunya pagi-pagi hari dapat gak Sinleen dengar suara yang tak macho ini, tapi pagi ini Sinleen hanya dapat dengar kejap je yang menyatakan Chubby berada di Klinik...


Kesedihan pula sebab Sinleen akan meninggalkan Tahun 2009 yang penuh dengan 1001 kenangan... Tahun 2009 ini membuatkan pengajaran yang terlalu berharga dan tak mampu untuk Sinleen ceritakan pada sesiapapun mahupun dengan Chubby... Ianya tak mungkin akan terjadi kembali, cukuplah untuk kali ini.... Semoga kehadiran Tahun 2010 ini akan membawakan 1001 keajaiban yang berlaku didalam kehidupan seharian Sinleen... Moga dengan keazaman dan harapan baru ini, Sinleen mampu meneruskan kehidupan seperti insan lain...



Tuesday, December 29, 2009

Kepenatan... Kesibukan...

assalammualaikum.... buat teman, sahabat, pengujung semua yang masih sudi mengikuti story yang kejap ada kejap takde... Ribuan terima kasih wat semua... Minggu terakhir bulan Disember ini membuatkan Sinleen bertambah sibuk... Banyak kerja yang perlu Sinleen perlu selesaikan... Kekadang sampai terpaksa bawak balik kerja kat rumah... Sejak masuk je bulan Disember ini Sinleen dah rasa tekanan yang amat banyak..


Bayangkan kerja yang takde kena mengena Sinleen kena buat, kat opis ini takde opis boy.. Kerja-kerja pergi bank, bayar bil2, ambil barang, hantar barang dan banyak lagi lah yang Sinleen kena buat.. Bukan itu jee Isteri boss Sinleen tu mengambil kesempatan suruh Sinleen wat kerja dia yang takde kena mengenapun kena buat.. Kerja yang sedia adapun Sinleen tak terbuat nak kena cover semuanya... Dah staff opis kat cni ada 3orang je.. Seorang itu akuan larr, seorang tu bahagian e-perolahan + sales proshop (barangan Climbing Equipment) - dah ramai sangat yang bertukar ganti dan seorang lagi tu siapa lagi Sinleen lar...

Sinleen dah dapat rasakan bahawa kemungkinan besar Sinleen akan mencari pekerjaan baru, sebab Sinleen tak tahan kerja yang melambak... Tahun baru ini insyallah Sinleen akan apply peluang-peluang perkerjaan yang tak lambak giler ini... Buat sementara ini Sinleen hanya bertahan... hehehhe...



Sunday, December 27, 2009

Kasihku hanya untuk Dirimu Seorang...

Hari minggu (Ahad).... aktiviti hari ini pagi2 keluar breakfast dengan budak motel (Chubby) ini... Bukan senang nak sarapan pagi dengan Chubby ini sebab kami hanya berjumpa pada hujung minggu je kalau hujung minggu Sinlen kena outstation baru lah digantikan pada hari berkerja... Itupun hanya keluar makan malam jee... (Siankan :( ....)

Alhamdullillah.... Hubungan antara Sinleen dengan Chubby ini setakat hari ini belum lagi ada perselisihan dan tak keserasian antara kami... Walaupun hubungan kami masih baru lagi, syukur semuanya tak ada timbul yang boleh mengugutkan hubungan kami berdua.. Cuma mungkin sikap Sinleen yang agak manja sikit menyebabkan Chubby kadang kala layan dengan tak layan jee... Kata Chubby, budak manja tak leh manja2kan lagi, nanti tak leh nak marah sebab dah manjakan dia begitu... Sebab tu ada saja issu yang Sinleen keluarkan walaupun Sinleen tahu Chubby buat sesuatu hanyalah untuk kebaikan Sinleen jugak.. Cuma kekadang Sinleen saja wat 'Kurang Pandai' sebab suka menyakat Chubby... hehehhe.... Apapun hari ini Sinleen hapiii sangat dapat keluar bersama dengan Chubby... Terima Kasih Chubby sebab mengluangkan masa bersama.... SAYANG AWAK!!!!

Saturday, December 26, 2009

TraVeL aLL DaY (~_~)


Salam... Ni adalah salah 1 peristiwa yang tak dapat Sinleen lupakan dalam sejarah yang terjadi pada sabtu baru baru-baru ini... Mungkin kesilapan dari Sinleen kot kerana terlalu yakin dan disebabkan itu Chubby tak dapat jumpa Twin dia (Kawan dia yang sama besday)... huhuhu... Apapun peta yang ada dalam kad jemputan kahwin tu banyak mengelirukan dan banyak jalan yang takde dalam peta itu... Aku rasa bersalah sangat dengan apa yang terjadi pada hari ini... Kami tiba di hadapan Dewan tu jam 3.00 petang tetapi pintu masuk dewan tersebut dah tutup dan kami tak dapat masuk... huhuhu...

Bayangkan kami berada dalam kereta selama 10jam tapi yang menyedihkan tak dapat berjumpa dengan kawan chubby... Akhirnya kami mengambil keputusan balik ke Key L... Sampai tol sungai buluh jam 7.00 petang.. Kami banyak berhenti perhentian bagi menunaikan solat dan mengisi perut... Aku harap Chubby tak terasa terkilan dengan apa yang terjadi pada hari ini... Walaupun bibirnya menyatakan tak kisah tapi Sinleen tak tahu apa isi hatinya...

Friday, December 25, 2009

Best Gilerrr.... Sungai Sendat...

Assalammualaikum...
HoHoHo... Selamat Menyambut Hari Natal bagi mereka yang menyambut, bagi mereka yang bercuti selamat bercuti... Macam Sinleen larr... Bercuti hehehhe... Plan hari ini mandi sungai sendat di hulu selangor... Best sangat-sangat.. Bangun pagi ini Sinleen terjaga jam 6.30pagi, selepas solat subuh aku prepay wat sandwich tuna... Banyak gak la Sinleen buat sandwich dan sempat gak bancuh nescafe 'O' panas untuk dibawa sekali...

Tepat jam 8.30pagi Sinleen dah keluar rumah pergi jemput arm dan teman wanita dia di tempat mereka... Kemudian kami menuju ke Shell berhadapan taman Metropolitan yang terletak diantara Kepong dan Batu Caves selayang... Tunggu Baby dengan Arif... Kami ber5 je yang pergi, yang lelain tak mau ikut sebab ada yang berkerja la... Apa-apapun hari ini memang cukup bermakna buat Sinleen bersama kekawan... Sampai sana jam 9.45pagi, disana tak ramai yang ada disana... Kami mandi, berendam, makan sampai lah jam 11.30pagi dan balik jam 12.00 tghari.. Maklum lah balik awal sebab hari jumaat kan...

Sebelah petang lak Sinleen temankan adik Sinleen yang bawah Sinleen beli barangan hantaran bertunang dia 24hb Januari 2010... Jam 4.00 petang Sinleen, adik dan teman lelaki dia berada di Jalan TAR... Lebih kurang jam 6.45petang kami orang beransur menuju ke Klang Lama untuk mencari beberapa barang lagi... Sampai di rumah jam 11.30 malam... Penat gilerrrrr.....

Thursday, December 24, 2009

Egokah Chubby..???

Kekadang aku tertanya pada diri Sinleen sendiri mengapa Chubby tak pernah nak menyatakan bahawa dia sayang pada Sinleen... Susah benar nak dengar dari mulut Chubby sendiri yang bahawa dia menyayangi Sinleen... Kekadang Sinleen menbuat tanggapan bahawa Chubby ini tak punya perasaan pada Sinleen... Adakala juga Sinleen memikirkan bahawa Chubby ini terlalu Ego untuk menyatakannya... Pernah sesekali Sinleen sengaja tanya soalan tentang 'Perasaan' Chubby sebenarnya terhadap Sinleen... Jawapan Chubby 'Sayang pada Sinleen'... Pernah gak Sinleen tanya mengapa terlalu payah sangat Chubby menyatakan perkataan 'Sayang mahupun Rindu' pada Sinleen... Jawapan Chubby, tak perlu meluahkan kata-kata begitu yang penting Hati Chubby yang tahu... Hmmm... Lihatlah dunia bertapa susah dan payahnya untuk mendengar butiran kata-kata yang sering dinanti oleh setiap wanita yang telah dimiliki hatinya...


Tak bolehkah seseorang lelaki itu bersikap rasional dalam hal hati dan perasaan...? Mengapa perlu ada ego dalam diri seorang lelaki..?? Rasanya Sinleen pernah bincang dari hati ke hati dengan Chubby tentang kata-kata 'CINTA'... Sinleen juga pernah meminta Chubby menyatakan kata 'sayang' dan 'rindu' pada Sinleen walaupun 2-3 kali sekali... Bukanlah Sinleen mintak hari-hari menyatakan kata-kata itu cukuplah untuk sekali sekala... Tapi apa yang chubby buat hanya pada minggu pertama jee... Selepas tu hanyalah tinggal memorie jee....

** Tahukah Lelaki bahawa kata-kata seperti itu perlu diungkapkan sekali sekala untuk membuatkan hati seorang perempuan itu dirasai dihargai.....

Huh.. Pening kepala aku bila fikirkan.... Nak tak nak aku hanya mendiamkan diri sahaja bagi tidak menimbulkan issu antara Sinleen dengan Chubby...

Mogok!!


Mogok!!
Hahahhaha.... Hari ini Sinleen rasa nak mogok (ayat sebenarnya merajuk).. Entahlah sejak-menjak ini Chubby selalu sangat nak menyakiti hati Sinleen, ada saja gurauan yang seolah-olah nak buat Sinleen terasa... Walaupun telah Sinleen nyatakan bahawa jangan ulangi gurauan yang Sinleen tak gemari... Bukan salah Sinleen kalau hari ini bermulanya sesi mendiamkan diri... Erk... Boleh ke Sinleen buat macam tu?? Bukan niat nak mendera hati sesiapapun tapi biarlah ngajuk di hati Sinleen ini berkurangan... Walaupun Sinleen dalam merajuk tapi Sinleen tetap jawap panggilan dan SMS Chubby, tapi bukan nada kebiasaan selalu Sinleen guna tapi sepatah Chubby tanya sepatah Sinleen jawap...

Esok Sinleen nak pergi mana Sungai Sendat di Hulu Selangor bersama-sama kekawan Sinleen... Tak ramaipun termasuk sinleen 5orang saja... Chubby tak mahu ikut dan Sinleen pun tak paksa.. Dah itu kehendak dia, jangan lak nanti dia kata Sinleen tak nak ajak udah laaaa.... Hopely hari esok Sinleen enjoy ngan apa yang dah lama Sinleen ingin buat.. Plan dah lama tapi masih belum kesempatan nak pergi... Esok Sinleen nak wat sandwich tuna... hmmm... bestnyeeee... Rasa tak sabar nak menanti hari esok...

Wednesday, December 23, 2009

Melly Goeslow feat Amee - Ketika Cinta Bertasbih

Melly Goeslow :
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah gurisan sabda Mu dalam kitab ku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada Mu…

Amee :

Bisikkan doa ku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pinta ku padamu maha cinta
Sudah diumbun – umbun
Cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hati ku menjerit…

Melly Goeslow & Amee :
Ketika cinta bertasbih
Nadi ku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
Merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar
Tak bisa aku menatap
Sujud syukur pada mu atas segala cinta…

Amee :
Bisikkan doa ku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pinta ku padamu maha cinta…

Melly Goeslow :
Sudah diumbun – umbun
Cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hati ku menjerit…

Melly Goeslow & Amee :
Ketika cinta bertasbih
Nadi ku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
Merangkai butir cinta…
Garis tangan tergambar
Tak bisa aku menatap
Sujud syukur pada mu atas segala cinta…
Cinta…

Melly Goeslow :
Ketika cinta bertasbih
Nadi ku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
Merangkai butir cinta…

Ulang 2x

Melly Goeslow & Amee :
Garis tangan tergambar
Tak bisa aku menatap
Sujud syukur pada mu atas segala cinta…

Melly Goeslow :
Ketika cinta bertasbih


Melly Goeslaw Feat Amee - Ketika Cinta Bertasbih.mp3

Thursday, December 17, 2009

Summery 2009 Part 2


April 2009

Bulan ini aku banyak mengurungkan diri dan banyak mengabiskan masa didalam rumah jee (dalam proses mengubati hati sendiri).. Memang payah sebenarnyakan bila apa yang kita harapkan tak menjadi... Kuasa Tuhan untuk menentukan segalanye... Aku terseksa ditinggalkan dengan tanpa alasan yang kukuh... Mengapa mesti aku terseksa dan sengsara bila ianya berlaku tanpa aku bersedia... Salah aku ke semuanya ini berlaku...??
Aku berpegang pada 1 ayat al-quran...
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Tiada sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan ALLAH swt bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada ALLAH swt juga hendaknya orang yang beriman bertawakal." - Surah Al-Taubah ayat 51

Mei 2009

Awalan bulan mei ini aku mulai sibuk kembali pada perlawanan Super 7 anjuran Nemesis Paintball Club... Start ada kat padang pada 30hb April di padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall Shoping plaza... Disini aku berkenalan dan berkawan dengan International Marshall iaitu Dan Parez dan Thomas.. End of tournement day aku diperlawa oleh Dan Parez join main bowling at Mid Valley bersama Marshall MPRO... Esoknya aku tak masuk opis sebab berada di Genting Highland bersama-sama dengan Wei, Dan Parez & Thomas.. Pertengahan bulan ini aku mengenali insan bernama 'ZAHRIN'.. Tak sangka insan ini tak pernah cukup dengan apa yang ada... Inilah sikap manusia....

Jun 2009
Awalan bulan Jun ini ada pengsengkataan antara aku dan adik bungsu & husband dia... Ianya melibatkan perkara sebelum dia berkahwin menjadi issu sehingga Baba memarahi aku dengan tanpa usul periksapun... Aku benar-benar jauh hati dengan sikap meraka yang sengaja menbuat hubungan aku ngan Baba berjauhan... Apa yang telah terjadi menyebabkan aku jauh hati dan Baba sendiri tak lalu makan selama aku tak pulang ke rumah... Selama ini hubungan aku dengan Baba tak pernah ada sengketa, malah Baba tak pernah memarahi aku selama ini... Peristiwa itu membawa aku mengikuti Kak Lang aku bercuti ke Damai Laut, Perak.... Sekembalinya bercuti, Malaysian Paintball League Event 3 di kuantan, Pahang....

Julai 2009

Bulan Julai pula, tiada apa yang menarik cuma kembali kepada sedia kala... Menyibukkan diri yang sentiasa sibuk... Banya perkara yang aku cuba selesaikan... Cuma masa aku banyak aku habiskan bersama keluarga Abang Andak aku di Pinggiran Batu Caves.. Bulan ini aku membawa Baba, Mama & Family abg andak gi Langkawi... Percutian yang paling seronok, sebab mak aku payah sikit nak ikut bercuti mana-mana.. Tiba-tiba lak kali ini dia nak ikut sebab nak jaga Kakak ipar aku yang sedang sarat mengandung... hehhehehe... Itulah aktiviti aku sepanjang bulan Julai... Hujung bulan julai sibuk persiapan untuk Malaysia Paintball League Event 4 di Dataran Pahlawan, Melaka..

Wednesday, December 16, 2009

Massari - Real Love

Massari - Real Love

Girl, girl I’m goin’ outta my mind
And even though I don’t really know you
I must’ve been runnin’ outta time
I’m waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I’m watching you go
I’m watching you pass me by
It’s real love that you don’t know about

Baby I was there all along
When you’d be doing things I would watch you
I picture you and me all alone
I’m wishing you was someone I can talk to
I gotta get you out of my head
But baby girl I gotta see you once again, again
It’s real love that you don’t know about

Girl, girl I’m goin’ outta my mind
And even though I don’t really know you
I must’ve been runnin’ outta time
I’m waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I”m watching you go
I’m watching you pass me by
It’s real love that you don’t know about

Every night when I would go to sleep
I couldn’t stop dreaming about you
Your love has got me feeling kinda weak
I really can’t see me without you
And now you’re runnin’ round in my head
I’m never gonna let you slip away again
It’s real love that you don’t know about

Every now and then when I watch you
I wish that I could tell you that I want you
If I could have the chance to talk wit cha
If I could have the chance to walk wit cha
Then I would stop holding it in
And never have to go through this again, again
It’s real love that you don’t know about

Girl, girl I’m goin’ outta my mind
And even though I don’t really know you
I must’ve been runnin’ outta time
I’m waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I”m watching you go
I’m watching you pass me by
It’s real love that you don’t know about

Today when I saw you alone
I knew I had to come up and approach you
Cuz girl I really gotta let you know
All about the things you made me go through
And now she lookin’ at me in the eye
And now you got me hopin’ I ain’t dreamin’ again,

Again
It’s real love that you don’t know about

Every now and then when I watch you
I wish that I could tell you that I want you
If I could have the chance to talk wit cha
If I could have the chance to walk wit cha
Then I would stop holding it in
And never have to go through this again, again
It’s real love that you don’t know about

Girl, girl I’m goin’ outta my mind
And even though I don’t really know you
I must’ve been runnin’ outta time
I’m waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I”m watching you go
I’m watching you pass me by
It’s real love that you don’t know about

You’re the one that I want and no one can take

It from me
No, no, no, no, no
Even though I don’t really know you
I got a lot of love I wanna show you
And you’d be right there in front of me
I can see you passin’ in front of me
No, no, no
Girl I need your love
Baby I need your love



Masari - Real Love.mp3

Monday, December 14, 2009

KeCeriaAN KeMbaLi SeMuLa Part 2

Outing Lagi...


Syukur Alhamdullillah..... Hubungan kami semakin bertambah hangat... hehehe... Sinleen merasakan bahagia saat ini.... Sinleen seronok bila dapat berjumpa dan keluar bersama dengan budak Montel ini.. (hehehhe Jangan mare erkk abang).. Walaupun kami berjumpa hanya sekali minggu ini kira masa yang ada tak akan Sinleen biarkan berlalu begitu sahaja.. Yang membuat Sinleen ingin selalu berjumpa ngan Chubby ini sebab dia seorang yang tak banyak kerenah, sentiasa ada bahan cerita @ jenaka dari mulutnya, pandai buat bibirku tersenyum, sikap berterus terang, suka bercakap, suka menyakat dan banyak lagi lah... Kalau nak senarai penuh lak blog ini... hikhikhik...

Hmm... Sabtu ini ada wedding kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan... Budak-budak opis aku yang Kahwin.. Nasib baiklah kesudian Chubby ini nak drive, kalau tidak mungkin pergi gak tapi kena awal sikit sebab ngak mahir dengan jalan-jalan area sana... Maklum laa perempuan laa dikatakan...

Saturday, December 12, 2009

McM MaNa ErKK NaK HiLaNgKan RaSa RiNDu..??


Assalammualaikum... buat teman dan sahabat yang sering singgah blog ini... Walaupun ini jarang sekali update tapi insyallah kalau ada masa terluang akan sinleen cerita terbaru... Apa yang latest sekali minggu ini, adalah perasaan yang sedang sinleen alami skg... uhuhuhu... Rindu yang sedang menjalar di lubuk hati ini... Dalam minggu ini Chubby sibuk dengan beberapa program sehinggakan masa bercakap dan bermsg dengan sinleenpun terhad... Kekadang rasa geram je ngan Si Montel ini, sebab dia sengaja tak nak balas msg....

Korang ada idea tak macam mana kita nak hilangkan atau kurangkan perasaan rindu pada orang yang kita sayang....?? Sinleen dah cuba beberapa kali tapi tetap gak rindu bangat ngan Si Montel ini... Mungkin idea korang ini boleh membantu... Insyallah....

Friday, December 11, 2009

aMiRuL aiMaN (Anak abg Andak)

My Lovely Niece (AmiRuL AiMan)

Salam buat teman semua... Ni adalah gambar bersama ngan anak buah sinleen... Comelkan..?? hehhe...


Aku paling suka bermain ngan amirul n kakak dia suhaida...

Ibu dia sporting... tak macam adik aku yg bongsu tuh!!


Selalu memang kalo tak pas keja ataupun hujung minggu aku akan ke rumah abang delin (abg andak aku lar).. Sebab aku ni memang suka ngan budak-budak... Suka bermain n nyakat diorang (Mak Sedara yg paling RocK) hikhikhik.... Tulah nak tunggu anak sendiri lambat lagi... Jodoh tak sampai lagi daa... Nasib baik laa kakak ipar aku sorang boleh layan giler ngan kepala otak aku yang kurang wayar... hehehhe... Kalau aku tak kuar dating ngan ChuBBy, disini lah tempat aku menghabiskan waktu terluang bersama diorg, takpun kuar jejalan ngan diorang... Apa leh buat, kalo tak pun aku terperuk je kat umah (itu time penat larrr)...

Thursday, December 10, 2009

Gaya Baru... Nampak Tembam LaRRRR...

Kembali lagi dengan citer terbaru... Kisah kali ini adalah dengan gaya tudung baru... Sebenarnye sinleen dah banyak kali cuba mengenakan tudung ini, tapi hari ini baru menjadi... Pernah sinleen mengenakan tudung ini hampir 20 minit mencuba akhirnye sinleen tukar tudung biasa yang selalu sinleen pakai... Sinleen ada 3-4 helai tudung ini tapi tak biasa mengenakannye... Maklumlah baru nak berjinak-jinak... Alhamdullillah... Akhirnye sinleen berjaya mengenakan... Tapi nampak tembamkan?? hikhikhik... Sihat mcm chubby gak...



U all tengok sendiri bertapa bulatnya muka sinleen diatas... Selepas ini sinleen akan cuba mengenakan lagi bagi untuk kebiasaan... Tak lah menjadi kekok mengenakan tudung ini lagi... Syukur chubby berkena bila sinleen send via mms gambar ini pada dia... Nasib baik tak komplen banyak...
*** Sila tinggalkan komen tentang gaya baru saya... Thank u...

Saturday, December 5, 2009

ZaMaM DuLu KaLa...


Memori kanak-kanak.. hikhikhik

assalammualaikum.... Kali ini citer pasal zaman sinleen kanak-kanak masa usia 4-7tahun... Kekadang aku sendiri tergelak tentang gambar ini... Aku dulu tinggal di Jalan 7, Sentul.. Kawansan rumah yang aku tinggal dahulu dah takde dah sekarang ini... Dah jadi jalan dan bangunan besar.. Dulu aku memang budak yang nakal sikit larr... Dalam 2-3 hari ini aku mencari balik kekawan lama sekolah lama... Ada lah 2-3 orang aku dapt kontak balik, itupun sebab gatal search kat facebook.. Rindu pada diorang semua... Masa aku habis standard 1 di Sek. Men. Convent Sentul, Kuala Lumpur, family berpindah ke Hulu Selangor.. Selepas berpindah aku lost kontak terus ngan diorg... Biasalah masa tu aku baru usia 13tahun mana laa ada handpon ke, email ke, facebook ke... hehehhe...

Bila aku dapat balik berhubung dengan kekawan lama, betapa gembiranya hati ini... Aku bersyukur sangat-sangat pada yang terjadi 2-3 hari ini semuanya mengembirakan... Next 2 week ada birthday party sahabat aku yang baru terjalin kembali.... Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan diorang......


Friday, December 4, 2009

Sesuatu MaLaM Yg Apa2 EntaH

Malam yang membosan sinleen mengambik keputusan untuk berjalan-jalan diarea kepong... Tiba-tiba ada benda yang menarik perhatian aku... Aku sebenarnye boring benar asyik duduk terperap kat rumah, kebetulan masa tu abg hussin ajak teman dia makan memandangkan dia takde transpot nak kuar makan... Masa tu aku aru pas makan, disebabkan aku keboringan kat rumah tu, aku setuju je temankan dia makan... Selepas aku hantar dia balik ke rumah dia, aku melalui jalan bukit manjalara untuk pulang.. Tiba-tiba aku teringat ada 1 gudang ni menjual pelbagai barang... Lama jugak aku tak singgah tempat ini... Lalu aku mengamik keputusan untuk singgah....

Nie lah yang ada lam gundang ini...


Comel-comel bekas tabung kat cni...


Tabung lagi... cutekan???


Ni sarung kaki aku... hikhikhik... bukan laaaa


Santa terpaksa guna tangga... hukhukhuk...


Merry Christmas.. HOHOHOHO


Comel nye.... WelCoMe To My HouSe..


Snow .... rasa nak beli jee... tapi enggak bwk ungkosnyeeeee


Berseri sesuasana disni... meriah sgt2...


Nie lah gambar yang sempat aku amik masa jejalan seorang diri... Tapi syok gak bila sesekali berjalan dan menikmati persekitaran yang bermusim... hehehhe.... Maklum laa tak lama lagi Chistmas Day dah nak tiba... Sebab itu banyak benda mcm ini dijual... Banyak gaj yang telah abis jual... Pas je pusing-pusing aku terus balik... Penat gak laaa pusing-pusing dalam gudang tuh....

Thursday, December 3, 2009

KeCeriaAN KeMbaLi SeMuLa Part 1

Salam sejahtera kekawan dan teman setia... Hari ini permulaan yang agak malas sikit coz maklum laaa hujan di pagi hari... Kalo ikut mood malas dh tentu aku dalam selubung lagi.. Pagi ini sahaja dh masuk 3 kali bangun, 1st jam 6.00pg (telah di setkan alarm clock Hp LG tanpa pengetahuan leen). Kebiasaan aku bangun jam 6.45pg, terkejut beruk gak tiba-tiba bunyi alarm yang entah datang dari mana... Huh!!! Kacau betul.. (Gua terkena beb).. Handpon LG tu diberikan kepada aku untuk dihantar baiki screen yang macam kompas (bak kata Dean) kejap ada, kejap takde... Kemuadian aku sambung tido balik, memandangkan Alarm clock aku tak bunyik lagi... apa lagi BukKK! baring alik... Baru je mata ini nak pejam Hp LG tuh bunyik lagi... Mata yang kuyu tadi dah terbeliak kembali dan dengan pantas aku tekan Hp tu... Aduh!! 2nd time aku terjaga, jam dinding baru 6.30pg... ni kompom Si Dean punya kerja... Memang SAH pagi ini aku betul2 terkena ngan dia... Dengan berat badan aku bangun lalu menuju bilik mandi untuk mengambil air sembayang... Pas solat aku duk balik kat tempat aku tido dan tak lama kemudian aku baring memadangkan mataku ini rasa perit seolah-olah menyuruh aku sambung kembali yang tiada kepuasan... Lena jap.... :D

Oh iya.... Aku lupa nak kabarkan apa yang telah terjadi malam semalam... Peristiwa yang cukup bermakna dan ianya akan tetap menjadi kenangan kami berdua... hehhehe.... Petang semalam aku ada sms pada dean (BF aku tu larr- Chubby) bertanyakan sama ada dinner sempena Besday dia jadi ataupun ingin menanguhkan pada hari lain memandangkan dia ingin bersendirian... Aku tau mungkin dia inginkan ruang untuk dirinya, sebab itu aku tak begitu mendesak pada dia... Chubby tak membatalkan makan malam bersama dia, bertapa gembiranya aku saat itu dan tak sabar rasanya ingin berjumpa insan yang aku rindu (Padahal hari ahad baru je ketemu)... Tiba saat yang dinantikan aku dah siap n menanti ketibaannya... Tak sabar rasanya nak bagi hadiah dia... Aku berharap sangat dia suka apa yang aku berikan... Jangan kena reject udah larr (hadiah apa hmmm rahsia hehehehe)... Yang penting aku ikhlas tak kira barang yang aku beri itu murah ke, mahal ke, kecik ke, besar ke...

Alhamdullillah... semuanya berjalan lancar dan ada beberapa issu yang telah kami persetujui... Permintaan Chubby aku terima dengan rasa terbuka walaupun mulanya aku sedih dengan apa yang telah berlaku antara aku dan dia dalam 2-3 hari ini... Kami sepakat dengan keputusan yang telah diambil... Aku bersyukur masalah yang aku alami telahpun berakhir... Moga-moga perkara sebegini tidak lagi berlaku lagi...


Wednesday, December 2, 2009

Selamat Ulang Tahun "SAYANG"


Happy besday to you... Happy Besday to You... Happy Besday to Abang... Happy Besday to You... Aku doakan semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan gembiralah dihari lahirmu....

Tanggal 02 Disember 2009 telah lama aku nantikan sebelum ini bagi menyambut Ulang tahun kelahiran seseorang insan yang amat aku sayangi dan cintai... Tapi tiba tarikh tersebut aku tak mampu berbuat apa hanya mengucapkannya dari sudut hati yang jauh... Permintaan abang petang semalam membuatkan hati ini terasa sedih.. Walaupun berat untuk aku tunaikan ianya terpaksa aku turutkan... Permintaannya untuk bersendirian seketika.. Sempena dihari lahirmu, aku turutkan apa yang telah kau pinta dariku.. Moga dihari lahirmu ini akan memberi seribu kegembiraan dan kebahagiaan berpanjangan... Salam dari sayangmu Leenda...

Tuesday, December 1, 2009

Damaikanlah Jiwa ku ini...


Ya allah swt....

Jika dia benar untukku.
.

Dekatkan hatinya dihatiku,

Jika dia bukan milikku...

Damaikan hatiku dengan ketentuanmu..

Amin...


Assalamualaikum.... Itulah doaku setiap kali akhir solatku... Mengapa pagi ini perasaanku seperti lain-lain dari hari sebelum ini... Aku seolah-olah rasa sunyi dan sepi.. Ada kekosongan diruang yang selama ini diisi dengan rasa kebahagiaan yang tak terungkap... Adakah ini semua mainan perasaan aku sahaja... hehehehe sebenar aku benar-benar rindu pada insan yang bernama Muhammad Azzuddin B. Abdul Kadir (My Lover Chubby).. Selepas penemuan kami pada Ahad baru-baru ini aku tak lagi mendengar usikkan dari dia... Semalam pagi aku sempat mendengar suaranya sekejap sahaja memandangan dia kesibukkan dan sebelah petang hanya 2-3minit sahaja.. Begitu juga hari ini...

"Ya Allah swt, berikanlah aku kekuatan bagi menempuhi segala dugaan mu dengan tenang dan kau lindungilah hambamu yang lemah ini... Aku berserah dengan apa yang telah kau tentukan padaku.."

Sesungguhnya hari ini aku rasakan terlalu payah untuk menempuhinya dengan tenang... Jiwa dan perasaanku bagai terbang mencari cahaya mentariku dan meninggalkan jasadku disini... Aku tak begitu kuat untuk mengharungi sendirian... Moga penghujung hariku ini akan membawa keceriaan dan kegembiraan untuk diriku ini.....

Love comes to those who
still hope even thought they've
been disappointed,
to those who
still believe even thought they've
betrayed,
to those who
still love even thought they've
been hurt before.........

Summery 2009 Part 1

Disember... ermm Bulan terakhir bagi tahun 2009..

Summery Tahun 2009

Januari 2009
Bulan yang penuh dengan impian dan azam tahunan yang sering aku cuba laksanakan.. Tapi bukan semua tahun yang dapat aku laksanakan azam aku.. Seperti tahun ini, awalan tahun azam aku pada last year punya masih tak berlaksanakan.. Dan Azam ini hanyalah tinggal azam sahaja sbb Hubungan aku ngan abg man telah berakhir untuk selamanya...
Februari 2009
Start membusykan diri... hahahha sebenarnya sememangnya aku sibuk dengan MY-NPL 2009 kerna kali ini aku mengambil tugas Secretariat sepenuhnya dalam tanggungjawap aku.. Nak ataupun tidak aku terpaksa melakukan walau hakikatnya aku seolah-olah belum bersedia untuk memikul tanggungjawap yang banyak ini.. 1st Event 14-15hb Februari 2009.. Time ini aku kena migrin nasib baik abg hussin sudi take over kerja aku waktu busy... Sambut besday abg man dengan pergaduhan yang cukup buat aku terluka... Aku sendiri kurang pasti dimana silapnya pada ketika itu.. Adakah salah aku hanya ingin makan tengahari bersama-nya dia kawasan pejabatnya bagi menyambut ulang tahun kelahiran nya... Salahkah aku???

Mac 2009
Bulan ini aku terlalu sibuk ngan kerja penyelenggaraan Imatec Service untuk PLKN kumpulan 2 / 2009 dan jugak 2nd Event MY-NPL di Johor Bahru pada 28-29hb Mac 2009... Masa untuk aku pada abg man terpaksa kurangkan (Bukan kurang tapi kalau tak silap aku bulan ini aku takde kesempatan nak berjumpa dia).. Dan mungkin kerana itu jugak abg man berubah hati pada aku dan mungkin jugak gadis yang didampingi tu punya waktu yang banyak.. Bulan mac ini banyak kenangan pahit yang aku rasai.. Perpisahan aku dan abg man setelah sekembalinya aku di ibu kota Kuala Lumpur ini, sepatutnya aku berangkat pulang pada 30hb mac 2009 tapi disebabkan hati ini terlalu girang untuk pulang menemui pujaan hatiku, aku membuat keputusan pulang malam itu juga selepas selesainya Event.. Aku sengaja ingin pulang awal nak berikan kejutan tetapi aku pula terkejut. Setibanya aku dirumah sewaku jam 11.30mlm, peristiwa yang cukup menyedihkan terjadi... Perit sungguh saat itu aku rasai... Hanya tuhan je yang tahu bagaimana keadaan ketika ini....