Friday, November 13, 2009

Team BuilDing

KEM PLKN BUKIT BESAR, KULIM, KEDAH

Sesi taklimat dan pembahagian tugasan..

Pelajar dari darjah 5 (11 tahun) serata sekolah rendah penang...

Pengalaman dan perkenalan diantara FishCamp staff (http://www.fishcamp.com.my) sungguh tak dapat aku lupakan... Aku gembira berada disini walaupun penat juga lah menjaga budak-budak sekolah rendah.. Kami bergabung untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan kami... Sesekali berada jauh dari ibukota membuatkan aku rasa ketenangan dan alhamdullillah aku merasa udara segar disini...

Menjaga budak-budak sekolah sebenarnya bukannya kerja mudah walaupun aku sendiri suka pada kanak-kanak... Perangai mereka sukar nak dijangka sebenarnya.. Kekadang kita sendiri akan rasa hilang sabar dengan apa yang mereka buat... Tapi selama aku berada disitu tak ada rasa sikitpun rasa nak marah... Aktiviti perkhemahan tak dapat dijalankan memadangkan cuaca sejak kebelakangan ini asyik hujan jee, menyebabkan aku rasa terkilan sedikit... uhuhu... Aku sebenarnya rindu saat perkhemahan masa dulu... Semua aktiviti dilakukan dalam dewan dan berhampiran disitu je...

Aku berharap pengalaman yang ada didada aku ini dapat aku memperkembangkan lagi... Sekiranya peluang ini ada, akan aku ikutinya lagi... Aku semamangnya suka aktiviti sebegini dari zaman persekolahan lagi..

No comments: