Wednesday, November 18, 2009

Rindu yang tak Ungkap...

Hari ini aku terasa ingin coretkan kisah kehidupan yang sedang aku alami bersama 'D'.. Syukur tak terkata pada Allah swt yang telah memberi aku peluang untuk menikmati kebahagiaan dan merasainya... Aku benar-benar rasa di hargai oleh 'D'... Kasih sayang 'D' pada ku tak pernah ada tanda noktah... Aku sayang 'D' sepenuh hatiku.. Aku sebenarnya hairan Mengapakah aku tak temui dia dari dulu? Dah semestinya aku bahagia bersama dia... Perhubungan aku dengan 'D' semakin hari semakin mesra dan semakin mengenali hati budi sesama kami... Aku bersyukur keatas pertemuan kami, 'D' seorang insan yang memahami, sering memberi kata-kata semangat dan sering mengingatkan aku tentang TUHAN.. Syukur alhamdullillah dialah pelindung dan tempat aku berteduh yang selama ini aku mencari dan mengharapkan pada lelaki sebelum ini.. Tak salah dan tiada ragu lagi 'D' adalah insan yang mampu membahagiakan dan menceriakan hari-hariku yang akan datang..

Wajah yang membuat aku 'RINDU'

Sejak menjak ini aku sering je menimbulkan masalah antara kami, entahlah mungkin aku terlalu menyayangi dia... Kenapa la aku menjadi begitu pada hal aku tak pernah nak ambil kisah tentang dia... Mungkin inilah dikatakan terlalu menyintai dan menyayangi sesorang sehingga berfikir yang bukan-bukan.. Mengapalah aku bersikap seperti kanak-kanak yang baru nak bercinta.. hehehehe... Aku sebenarnya bahagia dan gembira bersama 'D'... Terima kasih pada 'D' kerana mencintai sayang..... Sayang benar-benar bahagia disamping 'D'.. Aku berdoa agar perhubungan kami akan berkekalan hingga ke hayat kami..

No comments: