Thursday, November 26, 2009

Kenapa mesti ada kenangan lalu....


Salam buat semua insan yang sudi membaca coretan SINLEEN ini... Seperti biasa hari ini ada sesuatu ingin aku berkongsi pada insan diluar sana.. Entahlah perasaan ini sukar untuk difahami... Hari ini persoalan yang bermain di kepala otak ini adalah kenangan lalu.... Ia kenangan lalu... Mengapa seseorang itu perlu menyimpan kenangan manisnya bersama insan yang dia minati atau sayangi di sesuatu tempat yang boleh orang lain temui... hmm.... Mengapa kenangan indah itu tidak disimpan pada memori kepala mereka sahaja...? Aku sebenarnya bertanyakan pada diri sendiri mengapa kenangan aku dahulu tidak sahaja aku lupuskan dari mata aku sendiri...?? Mengapa perlu aku menyimpan untuk mengenangkan semula, padahal penghujung cerita dan kenangan itu pahit dan sakit yang aku terima...

Sukarkan untuk menguraikan kesimpulan yang sedang bermain dalam fikiran aku... Pada insan aku amat sayangi, aku mohon ampun keatas silap dan salahku yang pernah aku lakukan sebelum ini... Aku sedar bahawa aku banyak curiga tentang kejujuran dan keikhlasan tentang perhubungan ini.. Sejujurnya aku pernah terluka dan dilukai dengan apa yang pernah aku alami sebelum ini.. Dan sejujurnya juga aku tak mampu menghilangkan segala sakit dan luka yang pernah sejenis dengan dirimu berikan pada diriku ini.. Hanya aku mengharapkan pada dirimu untuk menyembuh dan menghilangkan rasa ini dari kehidupan aku yang lalui... Sesungguhnya kehadiran dirimu saat ini telah mengurangkan keperitan, kesakitan dan kepayahan untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini... Aku benar-benar menyayangi dirimu lebih dari apa yang sepatutnya aku hadkan sebelum ini... Ternyata dirimu membuatkan aku bahagia bila bersama mu..


No comments: