Wednesday, November 4, 2009

2 Tahun.... Hmmm


Alhamdullillah... Hubungan aku bersama Si Dia berlancar dan semakin hari aku menyayangi dirinya.. Bahagia aku rasakan bila bersama dengan Dia.. Bila Dia datang berjumpa denganku kekadang aku berasa tidak mahu Dia pulang dan berjauhan dengan Dia.. Tapi apa boleh buat hubungan kami belum ada apa-apa lagi ikatan yang menghalalkan.. Terpaksalah kami berjauhan... DIA di Puchong dana AKU di Bdr Sri Damansara... Aku benar-benar berasa bersyukur kerna kehadiran dirinya membuat aku bahagia dan gembira selalu... Aku berdoa agar Dia adalah yang terakhir yang hadir dalam hidupku.. Tidak mahu lagi mencari kasih yang belum pasti lagi di penghujungan cerita..

Baru-baru ini aku ada bertanyakan sesuatu yang aku sendiri kurang pasti, tentang ikatan pertunangan... Hmmm... Aku hairan bagaimana aku sendiri boleh bertanyakan pada si dia.. Adakah aku tidak mahu berpisah dengan dia sehingga terpanculnya soalan yang sebegitu.. Jelas sekali Dia terkejut dengan soalan aku.. Dengan nada tenang Dia menyatakan yang Dia belum bersedia untuk sebarang ikatan.. Dan katanya lagi, Insyallah dalam 2tahun akan datang... Mungkin Dia ada sebab mengapa dan hanya Dia yang tahu.. Reaksi aku pada mulanya agak tidak puas hati jugak tapi bila aku fikirkan semula ianya hanyalah perancangan.. Insyallah andai Dia jodohku, akan aku menanti sepanjang hidupku.. Aku doakan Tuhan menyatukan kami dan mengekalkan hubungan ini selamanya... AMIN....

No comments: