Monday, November 30, 2009

Ku tahu 'DIA' sibuk...

Salam teman semua... Hari ini besday babaku yang ke-64 tahun... Seperti tahun-tahun sebelum ini kami akan sambut besday baba... Pagi ini aku mula kerja dengan mood yang tak seberapa.. Aku sendiri tak tahu kenapa n mengapa jadi macam tu... Atau mungkin kesibukan 'Orang disana' buatkan hariku muram (sebenarnya tak dapat cakap lama ngan abg tu yang jadi mcm tuh).. Kerja pertama yang perlu aku lakukan adalah mengirim semua kontak yang telah aku buat dan ubah dalam minggu lepas dan hari ini akan dihantar seluruh Kem Operator yang masih dalam jagaan tempat aku berkerja ini.. Terdapat 26 buah Kem seluruh Malaysia yang Syarikat Team Delta Rovers (M) Sdn. Bhd. pegang (Termasuk juga 2 buah kem siri 7 akan tutup kerana masalah yang tak dapat dielakkan lagi)... Setelah selesai aku sempat hubungi seseorang yang dah lama aku tak dengar khabar dan meminta bantuan dia seperti sebelum ini.. Aku bersyukur hubungan kami tetap berjalan lancar walaupun antara kami pernah melukai dan terluka..


Jam hampir menunjukkan 12.49minit tghari.. Hmmm aku cuba untuk berhubungi 'Org disana' ternyata talian disana tiada jawapan.. Aku terasa kecewa sebentar (mmg kecewa sgt sbb aku benar-benar merinduinya). Setelah panggilan aku tak berjawap, aku menghantar pesanan ringkas iaitu SMS... Pun turut takde jawapan.. Bertapa sunyinya aku rasa bila suara 'Org disana' takdapat aku dengari.. Uhuhuhu.. Sedihkan?? Apaleh buat 'Org disana' sibuk dengan dunia dia disana, sedangkan aku disini menanggung beban didada yang ingin untuk bermesra alam.. hehhehe... Bukan aku tak cuba memahami tentang kesibukkan yang sedang 'Org sana' alami tapi bukan ke terlalu berat untuk membalas pesanan ringkas pada ku?? Apa yang aku perasaan, sikap 'Org disana' ada perubahan yang aku sendiri mulai perasaan.. Iaitu 'Org disana' jarang sekali hubungi aku samada panggilan suara mahupun pesanan sms... Aku hairan dengan apa yang sedang terjadi.. Bukan aku curiga tapi Seolah-olah 'Org disana. Sedang mengalami masalah atau mungkin juga dia sedang menghukum ku... Tapi sebenarnya kenapa erk...

Ketahui lah aku sedang mengalami kerinduan yang takpernah rasa jemu disini.. Selalu mengharapkan ianya dirawat oleh orang disana.... Uhuhuhu... Petang pas habis je kerja, aku ajak adik aku pergi beli KFC dan Kek besday Baba... Kami sambut 5 orang sahaja di rumah (Baba, mama, aku, Adda dan Are-cu) yang lain entah laa.. Susah nak berkata lebih, sebab aku dah undang sekali tapi apakan daya mereka tak hadir... Hmm... Apapun aku bersyukor masih ada masa untuk menyambut kelahiran baba yang ke-64tahun... Aku doakan semoga Baba sentiasa sihat dan gembira disamping kami semua... I love you so much Baba n hapi besday baba....

Kaoma - Lambada

Kaoma - Lambada
Lambada_Kaoma.mp3

chorando se foi quem um dia so me fez chorar
chorando se foi quem um dia so me fez chorar

chorando estara, ao lembrar de um amor
que um dia nao soube cuidar
chorando estara, ao lembrar de um amor
que um dia nao soube cuidar

A recordacao vai estar com ele aonde for
a recordacao vai estar pra sempre aonde zu for

danca sol e mar, guardare no olmar
o amor faz perder encontrar

lambando estarei ao lembrar que esta amor
por um dia um istante foi rei

A recordacao vai estar com ele aonde for
a recordacao vai estar pra sempre aonde zu for

chorando estara ao lembrar de um amor
que um dia nao soube cuidar
cancao riso e dor, melodia de um amor
un momento que fica nu ar

Thursday, November 26, 2009

Kenapa mesti ada kenangan lalu....


Salam buat semua insan yang sudi membaca coretan SINLEEN ini... Seperti biasa hari ini ada sesuatu ingin aku berkongsi pada insan diluar sana.. Entahlah perasaan ini sukar untuk difahami... Hari ini persoalan yang bermain di kepala otak ini adalah kenangan lalu.... Ia kenangan lalu... Mengapa seseorang itu perlu menyimpan kenangan manisnya bersama insan yang dia minati atau sayangi di sesuatu tempat yang boleh orang lain temui... hmm.... Mengapa kenangan indah itu tidak disimpan pada memori kepala mereka sahaja...? Aku sebenarnya bertanyakan pada diri sendiri mengapa kenangan aku dahulu tidak sahaja aku lupuskan dari mata aku sendiri...?? Mengapa perlu aku menyimpan untuk mengenangkan semula, padahal penghujung cerita dan kenangan itu pahit dan sakit yang aku terima...

Sukarkan untuk menguraikan kesimpulan yang sedang bermain dalam fikiran aku... Pada insan aku amat sayangi, aku mohon ampun keatas silap dan salahku yang pernah aku lakukan sebelum ini... Aku sedar bahawa aku banyak curiga tentang kejujuran dan keikhlasan tentang perhubungan ini.. Sejujurnya aku pernah terluka dan dilukai dengan apa yang pernah aku alami sebelum ini.. Dan sejujurnya juga aku tak mampu menghilangkan segala sakit dan luka yang pernah sejenis dengan dirimu berikan pada diriku ini.. Hanya aku mengharapkan pada dirimu untuk menyembuh dan menghilangkan rasa ini dari kehidupan aku yang lalui... Sesungguhnya kehadiran dirimu saat ini telah mengurangkan keperitan, kesakitan dan kepayahan untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini... Aku benar-benar menyayangi dirimu lebih dari apa yang sepatutnya aku hadkan sebelum ini... Ternyata dirimu membuatkan aku bahagia bila bersama mu..


Kelly Clarkson - Already Gone


06.Kelly Clarkson - Already Gone.mp3

Already Gone Lyrics
by Kelly Clarkson

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hold you, now I can't stop

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you want to cry

Started with a perfect kiss then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that I love you so, I love you enough to let you go

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Already gone, already gone, already gone
Already gone, already gone, already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Wednesday, November 25, 2009

Love u Because....



LOVE YOU BECAUSE

I Love Love
I Want To Be With You
Because
I Can See You
I Can Feel You
I Can Watch You....

I Want To Be With You
Because..
I Can Touch You
I Can Hug You
I Can Kiss You

I Want To Be With You
Because...
I Can Laugh With You
I Can Cry With You
I Can Smile at You

I Want To Be With You
Because....
I LOVE YOU

Monday, November 23, 2009

Kelebihan Solat Tahajud

Tentang keutamaan shalat Tahajud tersebut, Rasulullah SAW suatu hari bersabda :
“Barang siapa mengerjakan shalat Tahajud dengan
sebaik-baiknya, dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”

Adapun lima keutamaan didunia itu, ialah :

1. Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
2. Tanda ketaatannya akan tampak kelihatan dimukanya.
3. Akan dicintai para hamba Allah yang shaleh dan dicintai oleh
semua manusia.
4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
5. Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.

Sedangkan yang empat keutamaan diakhirat, yaitu :

1. Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
2. Akan mendapat keringanan ketika di hisab.
3. Ketika menyebrangi jembatan Shirotol Mustaqim, bisa melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.
4. Catatan amalnya diberikan ditangan kanan.

Bahan (materi) di ambil dari buku “RAHASIA SHALAT SUNNAT”

Friday, November 20, 2009

New NieCe - NuR MaiSaRaH

assalammualaikum.......

BaBY GiRLs......Nur Maisarah

Ahad baru-baru ini semasa dalam perjalanan pulang dari Kedah aku menerima panggilan dari Dik Adda yang menyatakan adik bongsu aku telah selamat melahirkan baby perempuan.. Alhamdullillah.... Syukur semuanya dalam keadaan sihat... Tambah lagi anak buah aku.. hehehehe... Masuk yang ini dah ada seramai 13orang.. Tersentuh dihati ini melihat kebahagian orang lain.. Aku sentiasa doakan kebahagian adik bersama suami dia...

Buat : BABY Maisarah - Welcome to our family... Insyallah Mak Tam akan menjadi mak saudara yang Maisarah suka... hhehhehe...

Wednesday, November 18, 2009

Rindu yang tak Ungkap...

Hari ini aku terasa ingin coretkan kisah kehidupan yang sedang aku alami bersama 'D'.. Syukur tak terkata pada Allah swt yang telah memberi aku peluang untuk menikmati kebahagiaan dan merasainya... Aku benar-benar rasa di hargai oleh 'D'... Kasih sayang 'D' pada ku tak pernah ada tanda noktah... Aku sayang 'D' sepenuh hatiku.. Aku sebenarnya hairan Mengapakah aku tak temui dia dari dulu? Dah semestinya aku bahagia bersama dia... Perhubungan aku dengan 'D' semakin hari semakin mesra dan semakin mengenali hati budi sesama kami... Aku bersyukur keatas pertemuan kami, 'D' seorang insan yang memahami, sering memberi kata-kata semangat dan sering mengingatkan aku tentang TUHAN.. Syukur alhamdullillah dialah pelindung dan tempat aku berteduh yang selama ini aku mencari dan mengharapkan pada lelaki sebelum ini.. Tak salah dan tiada ragu lagi 'D' adalah insan yang mampu membahagiakan dan menceriakan hari-hariku yang akan datang..

Wajah yang membuat aku 'RINDU'

Sejak menjak ini aku sering je menimbulkan masalah antara kami, entahlah mungkin aku terlalu menyayangi dia... Kenapa la aku menjadi begitu pada hal aku tak pernah nak ambil kisah tentang dia... Mungkin inilah dikatakan terlalu menyintai dan menyayangi sesorang sehingga berfikir yang bukan-bukan.. Mengapalah aku bersikap seperti kanak-kanak yang baru nak bercinta.. hehehehe... Aku sebenarnya bahagia dan gembira bersama 'D'... Terima kasih pada 'D' kerana mencintai sayang..... Sayang benar-benar bahagia disamping 'D'.. Aku berdoa agar perhubungan kami akan berkekalan hingga ke hayat kami..

Monday, November 16, 2009

MeNonToN WaYanG.... WiTH cHuBbY

Inilah Movie yang aku tgk bersama buah hati ku... cHuBbY..




Buat pertama kali aku dan ChuBbY menonton wayang bersama dan pertama kali gak ChuBbY datang tengok wayang disini.. Pengalaman yang terindah buat aku dan abang... Tak sangka lak abang berubah fikiran nak tengok wayang hari ini.. Seingat aku sabtu petang, abang macam tak mahu tengok wayang je... Aku sendiri tak berapa pasti kenapa mood dia masa tu macam nak marah... Padahal waktu aku berada di Kem Bukit Besar, Kulim... Mungkin ada benda yang mengganggu dalam kepala otak dia tuh..!!

Apapun citer ini membuatkan tersedar banyak tentang kehidupan hari ini dan tentang akhir zaman... Rasa sejuk menyelubungi aku ketika menonton citer ini.. Bayangkan andai saat kita sibuk mengejar kekayaan di muka dunia ini berlakunya kejadian seperti dalam citer ini.. Betapa tak bersedianya kita saat itu untuk menempuhi maut yang datang.. Selepas habis menonton citer ini aku tak banyak bercakap dan apa perasaan aku selepas menonton menjadi rahsia dihati ku.... Aku bersyukur masih ada waktu lagi untuk aku membetulkan keadaan dan segala tingkah laku aku sebelum ini.... [thank u to my chubby for this movie]

Friday, November 13, 2009

Team BuilDing

KEM PLKN BUKIT BESAR, KULIM, KEDAH

Sesi taklimat dan pembahagian tugasan..

Pelajar dari darjah 5 (11 tahun) serata sekolah rendah penang...

Pengalaman dan perkenalan diantara FishCamp staff (http://www.fishcamp.com.my) sungguh tak dapat aku lupakan... Aku gembira berada disini walaupun penat juga lah menjaga budak-budak sekolah rendah.. Kami bergabung untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan kami... Sesekali berada jauh dari ibukota membuatkan aku rasa ketenangan dan alhamdullillah aku merasa udara segar disini...

Menjaga budak-budak sekolah sebenarnya bukannya kerja mudah walaupun aku sendiri suka pada kanak-kanak... Perangai mereka sukar nak dijangka sebenarnya.. Kekadang kita sendiri akan rasa hilang sabar dengan apa yang mereka buat... Tapi selama aku berada disitu tak ada rasa sikitpun rasa nak marah... Aktiviti perkhemahan tak dapat dijalankan memadangkan cuaca sejak kebelakangan ini asyik hujan jee, menyebabkan aku rasa terkilan sedikit... uhuhu... Aku sebenarnya rindu saat perkhemahan masa dulu... Semua aktiviti dilakukan dalam dewan dan berhampiran disitu je...

Aku berharap pengalaman yang ada didada aku ini dapat aku memperkembangkan lagi... Sekiranya peluang ini ada, akan aku ikutinya lagi... Aku semamangnya suka aktiviti sebegini dari zaman persekolahan lagi..

Friday, November 6, 2009

Final NPL 2009 at Mapaac PJ


Salam... Berlangsungnya grand final My-NPL di padang Mapaac, Astaka, Petaling Jaya.. Hmm... Boleh tahan jugak laa aku 1st day berlansungnya perlawanan ini.. Tapi syukur alhamdullillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan..




Terima kasih kepada tenaga secretariat ladies (Mardiyah, Lyyn, Wawa, Fauziah) dan pembantu lain yang telah banyak membantu dari mula Event 1 sehingganya tamatnyaEvent 5.. Syukur alhamdullillah... Habis Event 5 ini memang terlalu banyak yang perlu aku buat... Huhuhuhu... Report aku kena siapkan... Takde siapa yang nak tolong... TOLONG.. TOLONG... hehhehehe...

Apa-apapun aku gembira dan senang berkerja ngan mereka semua... Walaupun kami jarang berjumpa tempat selalu kami bertnya khabar adalah FB... Mudah-mudah kami akan terus berkerjasama sampai bila-bila....

Wednesday, November 4, 2009

2 Tahun.... Hmmm


Alhamdullillah... Hubungan aku bersama Si Dia berlancar dan semakin hari aku menyayangi dirinya.. Bahagia aku rasakan bila bersama dengan Dia.. Bila Dia datang berjumpa denganku kekadang aku berasa tidak mahu Dia pulang dan berjauhan dengan Dia.. Tapi apa boleh buat hubungan kami belum ada apa-apa lagi ikatan yang menghalalkan.. Terpaksalah kami berjauhan... DIA di Puchong dana AKU di Bdr Sri Damansara... Aku benar-benar berasa bersyukur kerna kehadiran dirinya membuat aku bahagia dan gembira selalu... Aku berdoa agar Dia adalah yang terakhir yang hadir dalam hidupku.. Tidak mahu lagi mencari kasih yang belum pasti lagi di penghujungan cerita..

Baru-baru ini aku ada bertanyakan sesuatu yang aku sendiri kurang pasti, tentang ikatan pertunangan... Hmmm... Aku hairan bagaimana aku sendiri boleh bertanyakan pada si dia.. Adakah aku tidak mahu berpisah dengan dia sehingga terpanculnya soalan yang sebegitu.. Jelas sekali Dia terkejut dengan soalan aku.. Dengan nada tenang Dia menyatakan yang Dia belum bersedia untuk sebarang ikatan.. Dan katanya lagi, Insyallah dalam 2tahun akan datang... Mungkin Dia ada sebab mengapa dan hanya Dia yang tahu.. Reaksi aku pada mulanya agak tidak puas hati jugak tapi bila aku fikirkan semula ianya hanyalah perancangan.. Insyallah andai Dia jodohku, akan aku menanti sepanjang hidupku.. Aku doakan Tuhan menyatukan kami dan mengekalkan hubungan ini selamanya... AMIN....