Friday, October 9, 2009

Kenapa terlalu payah..???

Salam... buat semua setia mengikuti citer aku yang tak seberapa ini... Takde yang menarik tentang kehidupan aku kali ini, yang terbaru kisah persahabatan yang baru aku kenali semalam.. Aku sendiri tak mengenali siapa dia, yang menariknya dia begitu berani menegur aku semalam di hadapan BANK berhampiran rumah sewa aku.. Dan dengan murah hati lak aku ini bagi number pon aku pada lelaki yang dikenali sebagai panggilan EDY.. Nama sebenar dia pun aku tak ambil tahu.. Semuanya berlaku secara tiba-tiba coz aku waktu baru bank dan aku sendiri tak pasti mana datangnya LELAKI ini..
Aku sampai je opis tak lama kemudian dia menghantar pesanan ringkas tanda perkenalan antara kami.. Pada mulanya aku melayan kembali dengan baik, bila 2-3 msg dia hantar dan kemudian dia tiba-tiba col aku. Aku ngan dia borak tentang masing2 (yang sebenarnya dia yang citer tentang dirinya, aku lak banyak diam). Aku sebenarnya jadi takut dan takde hatipun untuk rapat kembali ngan lelaki. Aku rasa macam tawar jee, takde kesungguhan dihati ini.. Aku sendiripun tak pasti kenapa jadi dingin sangat dengan lelaki.. Aku seolah-olah tak boleh nak percayakan lelaki yang belum aku kenali sepenuhnya.. Begitu gak perhubungan aku dengan abg hussin pun semakin hari semakin jauh.. Adakah aku ini terlalu berhati-hati sehingga dengan semua orang aku jadi takde rasa kembali ingin disayangi dan menyayangi... Terlalu payah sangat kenapa..?? Adakah disebabkan apa yang telah aku alami sebelum ini menjadikan aku seorang yang terlalu hati-hati untuk rapat ngan sesiapa sahaja.
Jam 5 lebih EDY col lagi, mungkin masa dia col tadi dia rasa pendek.. EDY bertanya tentang aku.. Pada mulanya aku jawap sahaja pertanyaan dia, tapi bila aku berfikir kembali bahawa aku baru je mengenali dia menjadikan aku tiba-tiba tegas dan menyatakan bahawa perkenalan kami baru je beberapa jam dan dia terlalu banyak nak tahu tentang aku.. Aku menjadi marah dan berkata terlalu awal untuk aku bercerita tentang aku mahupun keluarga aku.. Setelah aku berkata begitu, EDY jadi diam dan meminta diri untuk meletak panggilan.. Akupun turut meletakkan telepon.. Selang beberapa minit aku tersedar bahawa aku telah meninggikan suara pada orang yang baru kenali.. Dan aku menghantar pesanan ringkas menyatakan aku minta maaf dengan kata-kata yang aku gunakan sehingga menbuat dia terdiam.. Aku sebenarnya hanya ingin berhati-hati sehingga aku bersikap tegas pada dia.. Aku berasa bersalah sangat..
Buat sahabat yang baru aku kenali 'EDY', aku minta maaf atas kata-kata aku padanya semalam dan memohon dia bebanyak sabar ngan sikap aku yang terlalu berhati-hati dalam segala hal.. Moga persahabatan kita akan berkekalan dan boleh menjadi sahabat hingga akhir hayat..
--------------- @_@---------------
Leenda_nsl

No comments: