Monday, September 28, 2009

Seminggu selepas raya....


Sebelum aku menceritakan seminggu aku bercuti raya aidilfitri disini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada kawan-kawan yang mengenali saya dan MAAF ZAHIR DAN BATIN andai aku pernah melukakan hati mu orang... Moga dibulan yang mulia ini kita akan menikmatkan kegembiraan bersama.

Seminggu selepas raya... HOHOHO...
Semuanye tak menarik buat aku untuk menyambut raya kali ini.. Hari raya pertama aku beraya di rumah mak & ayah aku. Bertemu adik beradik disana dan sebelah petang kami beraya ke rumah makcik sebelah mak aku di Cheras.. Semasa berada dirumah Family aku suatu peristiwa yang membuat aku sedih sangat... uhuhu... Sesi memohon maaf antara adik beradik berlangsung, pada mulanya aku berfikir bahawa hati aku berkeras untuk tidak maafkan segala perbuatan 'Adik dan Suami-nya' yang pernah melukakan hati dan perasaan aku pertengahan tahun ini... Sedih tak terkata... Mula-mula Adik datang minta maaf dengan aku, aku dengan keras hati buat dek je dengan dia bergitu gak dengan suami dia.. Entah apa yang telah menghasut aku, sehingga keras hati aku saat itu (Jahat sungguh aku kan)... Aku nampak adik aku masuk bilik baba dan dengar macam suara dia menangis.. uhuhu... Disedut hati aku sebenarnya aku turut menangis gak ngan apa aku buat pada dia.. Bila aku kenangankan apa yang telah dia buat apa aku lagi lah rasa sebak giler... Apa yang terjadi pada masa itu telah disaksikan oleh Mak... Mak cukup marah ngan aku masa tu, dia kata aku tak berhak buat dia macam tuh... Pergh.... aku dipersalahkan... sob..sob...

Tak lama kemudian Baba menghampiri aku dan menyatakan sesuatu di telingaku yang membuatkan hati dan perasaan aku cair (Apa yang baba katakan itu biarlah RAHSIA)... Sekali lagi babak yang menjadi sejarah antara aku dan adik aku... Baba memanggil adik aku yang berada dalam bilik dan menuruh adik aku memohon ampun dari aku... Adik menghulurkan tangan dan aku menyambutnya dengan hati penuh kemaafan (memberi kemaafan dengan ketulusan hatiku)... Adik menyatakan bahawa dia amat menyayangi diriku dan tak mahu aku berjauh hati lagi serta dia amat merindui akak yang dahulu (Dalam kesyaduhan dan sedihan kami berdangkap - huhuhu aku nagis sob..sob..sob)... Aku turut memohon maaf walaupun aku tak pernah sakiti hati sesiapapun.. Kemudian suami dia turut memohon maaf... Sama seperti adik, aku turut memaafkan segala dosanya...

Banyak-banyak RAYA yang pernah aku sambut inilah kali pertama aku merasa sedih gilerr... hukhukhuk.... Aku berdoa segala apa yang pernah terjadi biarlah berlalu pergi... Aku juga memohon hubungan aku dengan adik bongsuku kembali mesra seperti dahulu... Amin....

No comments: