Wednesday, September 30, 2009

Mengharap Kembali Pada Cinta Lama....

Hari ini aku terkenang kembali saat aku bercinta hangat dengan 'Abg Man'.. Terasa indah sangat, bahagia, hatiku berasa berbunga-bunga cinta bila saat itu aku rasakan. Walau hubungan kami telah berakhir tapi kehangatan yang pernah aku alami terasa sampai ke hari ini. Mungkin kerna itu juga aku sukar menemui cinta baru dan seolah-olah aku ini tak mampu melupakan segala kenangan bersama dengannya. Hubungan aku menjangkau 5tahun lamanya kami bersama. Bermacam-macam telah aku alami bersama dengan dia, suka duka, susah senang, dan bermacam-macam halangan aku tempohi bersama.

Inilah wajah insan yang amat aku sayangi suatu ketika dulu.. Wajah yang membuat aku rasa bahagia bila disampingnya. Kenapalah hubungan kami tidak berkekalan selamanya..? Kenapalah aku perlu menghadapi semua segala keperitan untuk melupakan dia.. Selama 2bulan aku tidak boleh lupakan dia dan saat ini juga aku masih terkenangkan dia.. Bila kenangkan saat kami mula-mula bertemu, aku sebenarnya tidak yakin bahawa dia bukan untuk istimawa dalam hatiku, kehadirannya hanyalah sementara bukan sebagai teman special. Tetapi hari demi hari kami bertemu, rasa sayang aku terhadap dirinya bertambah dan aku sendiri dalam dilema kerana mungkin aku seorang sahaja begitu tidak pada dia. Namunku pendam sahaja perasaan ini agar ianya tidak menimbulkan masalah terhadap hubungan kami yang masih baru lagi. Layanan dia membuatkan aku seperti dihargai dan sikap ambil beratnya terhadap diriku yang mengalami masalah benar-benar membuatkan aku jatuh hati terhadap dirinya. Kehadiran dirinya tidak aku mengharapkan. Tentang diriku dan masalah yang sedang aku alami semuanya dia tahu, aku sendiri merasa hairan bagaimana dia mengetahui sedangkan aku ini seorang yang tidak suka bercerita tentang peribadi aku. Mungkin orang diluar sana busy body sehinggakan dia mengetahui segalanya. Sebulan lebih aku mengenalinya, kali ini dia berterus terang denganku tentang perasaannya terhadap aku. Aku sendiri terperanjat dan memeranjatkan lagi dia menyatakan bahawa dia tidak mahu aku berkawan dengan beberapa orang yang aku berkawan. Katanya lagi mereka bukan kawan yang baik untukku. Hmm... Aku tahu dia tahu apa yang aku buat selama aku berkawan dengan dia. Kerana aku meyayanginya aku turuti permintaannya.

Banyak lagi peristiwa yang takdapat aku lupakan. Sayangnya, aku kehilangan dia untuk selamanya. Aku berharap andai ada masa dan izin oleh ALLAH SWT, ingin aku bertemu dan bersua muka dan menyatakan bahawa aku masih menyayanginya selamanya.. Dia tiada pengganti dihati ini dan bukan mudah mencari penggantinya dihati ini........

P/S: Aku masih tidak melupakan nya hari ini dan hari akan datang.. (Moga ALLAH SWT akan melenyapkan segala memorie bersamanya untuk selamanya....)

No comments: