Friday, September 4, 2009

Aku Dalam 'SEPI'...

Salam buat temanku... Semenjak kebelakangan ini aku takde mood.. Entahlah nak kata ada masalah timbul takde lak yang serius. Tahun ini nak sambut raya pun tak berapa hapi.. Aku sebenarnye keliru dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupan aku. Kecewa didalam hati ini tak pernah luput dan ianya terpendam sahaja. Susah nak rasa bahagia, gembira dan tenang. Nak katakan aku menyakiti hati orang lain takde sekalipun yang bersikap dendam. Mungkinkah sikap berdendamku ini menjadi penyebab aku berkeadaan begini? Perlukah aku memberi kemaafan pada orang yang telah menbuat hati dan perasaan aku bersedih? Salahkah aku untuk begini dan meneruskan perjalananku yang penuh corak dan warna yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

SEPI... saat ini aku merasa sunyi dan sepi.. Tiada siapa yang memahami ketika ini, aku seolah-olah hanya hidup sendirian tanpa seorangpun manusia yang sudi menemani aku tika ini.. Insan yang sering aku menumpang kasih sayang kini telah pergi meninggalkan aku bersama gadis yang muncul antara aku dan dia.. Apa agaknya kesalahan yang telah aku lakukan sehinggakan meninggalkan aku kerna dia.. Dimanakah janji yang pernah DIRIMU taburkan padaku selama ini..? Dimanakah sumpah setia bersama aku...? Mengapa sehingga kini aku masih terus mengingati dirimu disana.. Mengapa wajah dirimu sering berkeliran diruang mataku..? Mengapa terlalu payah untuk melupakan dirimu dalam hidupku.. Aduhi HATI & JIWA ku... berhentilah untuk terus begini yang membuatkan aku sering ingin sendirian... Wahai OTAK & PERASAAN.. berhentilah untuk memikirkan diri insan yang telah lama melupakan kita yang sering menjadikan kita berkelana sendiri dan hilangkan segala kenangan bersama DIRINYA yang telah bahagia bersama insan yang telah buat kau menangisi dan menyatakan apa kah kesilapanmu..
Aku ingin menjadi kuat... kuat menempuhi segala yang telah berlaku.. Aku ingin belajar... belajar menjadi seorang yang menerima kenyataan dan memulakan kehidupan baru.. Berilah harapan dan semangat untuk aku terus berlari tanpa henti dan mencari sirna baru dalam kehidupanku.. Moga hari ini aku telah menjadi orang yang penuh keceriaan dan gembira selalu.. AMIN...

No comments: