Saturday, August 8, 2009

Perlukah dihukum oleh sesama manusia...

Kesilapan yang lalu telahpun menjadikan aku seorang yang cukup berhati-hati dalam segala hal, terutama dalam soal bercinta. Aku merasa serik dan sekarang semakin hari aku merasakan CINTA itu tak membawa apa-apa makna lagi padaku. Aku rasakan serik untuk memulakan lagi sejarah yang aku sendiri tidak tau lagi ianya berakhir kegembiraan atau sebaliknya. Dan bukan mudah untuk aku melupai sejarah yang pernah aku alaminya.

Kepayahan yang aku alami susah untuk aku berkongsi dengan kawan-kawan aku diluar sana. Nak kata ada teman rapat semuanya telah jauh meninggalkan aku. Ini semua adalah sikap aku yang dulunya mengikut kata xteman lelaki ku. Xteman lelaki tak bagi aku berkawan dengan kawan2 aku ditempat kerja lama. Aku sebenarnya rindukan mereka semua. Tapi apa yang telah terjadi aku tak mampu untuk tampil kembali pada mereka. Wahai sahabat ku, aku mohon maaf atas penyepian ku selepas aku melangkah keluar dari dunia disana.

Perkenalan aku dengan 'En.X' ini bukan laa secara baikpun, sbb aku kenal dengan diapun melalui CHATTING YM.. Sewaktu malam yang sepi (tak sepi sebenarnya... cuma boring je) aku on notebook aku di dalam bilik. Saja nak online FB mula2... Maklum la akukan ada main games Farm dalam FB tu. Pas sudah selesai jaga Farm aku jadi boring lak tiba-tiba, so apa lagi aku online YM lak pastu aku masuk ruangan halaman chatting terbuka. Ramai gak yang nak diruang ini.. Hmmm... bermula lah perkenalan aku dengan 'En.X' ni. Dia ini aku bukan nak sangat nak berkawan tapi sebabkan sikap aku yang endah tak endah ini dia mintak kami chatting lagi bila ada kelapangan. Kalau ikutkan aku, aku mmg malas benar nak layan dia lagi.

Seminggu sudah perkenalan kami tapi aku tak mau serius dengan 'En.X'. Bagi ku dia hanya kawan biasa dan aku sendiri takde apa-apa perasaan terhadap dia, apa yang aku peliknye dia yang lebih-lebih dalam hal perasaan. Aku jadi rimas dengan dia. Dia kerap kali memaksa kami bersua muka, tapi aku langsung takde minat langsung untuk bertemu dengan dia. Sampailah sampai 1 tahap yang aku langsung tak mau layan sms mahupun panggilan dari dia. Aku jugak menghantar pesanan ringkas pada dia bahawa tak lagi mengganggu aku lagi dan aku berterus terang yang tak pada dia yang aku tak pernah minat ataupun suka pada dia. Harap dia fahami apa yang aku pinta.

Buat 'En.X', awak tak berhak untuk menilai saya dalam hal ini. Dan awk jugak tak berhak menghantar sms yang awak sendiri tak tau bermulanya dan apa yang berlaku dalam kehidupan saya. Apa yang saya minta dari awak pergilah terus dari kehidupan saya, dan takperlulah menyakiti hati saya dengan kata-kata yang tak sepatutnya awak gunakan. Saya tak memerlukan sahabat seperti awak dalam kehidupan saya.

No comments: