Monday, August 10, 2009

Bulan kelahiran Islam (Makna disebalik Hari Lahir ku)

Sedang aku relaks-relaks kat umah tangan aku gatal nak cari sejarah atau sebalik maknanya tentang tarikh lahir aku didalam kelender ISLAM.. Dah 4hari berlalu...

Tarikh lahirku pada 06hb Ogos 1983

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 26 Syawal 1403 Hijrah iaitu jatuh pada hari

Sabtu. Maksud : Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Sifat :
Mempunyai perwatakan dan hati yang keras. Anda tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidup anda. Oleh itu, ibu bapa anda perlu mendidik anda dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruk anda itu. Jika tidak kehidupan anda akan menjadi susah kerana perangai keras hati, dan selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Hmm... aku sendiri rasa terkejut ngan sifat yang dinyatakan diatas..
Aku tak boleh menilai diriku sendiri.. Hanya mereka diluar sana saja yang boleh menilai bagaimana perwatakkan dan sifat aku sebenarnya.. Mudah-mudahan aku tak menpunyai sifat semua diatas itu lar... AMIN...

Saturday, August 8, 2009

Perlukah dihukum oleh sesama manusia...

Kesilapan yang lalu telahpun menjadikan aku seorang yang cukup berhati-hati dalam segala hal, terutama dalam soal bercinta. Aku merasa serik dan sekarang semakin hari aku merasakan CINTA itu tak membawa apa-apa makna lagi padaku. Aku rasakan serik untuk memulakan lagi sejarah yang aku sendiri tidak tau lagi ianya berakhir kegembiraan atau sebaliknya. Dan bukan mudah untuk aku melupai sejarah yang pernah aku alaminya.

Kepayahan yang aku alami susah untuk aku berkongsi dengan kawan-kawan aku diluar sana. Nak kata ada teman rapat semuanya telah jauh meninggalkan aku. Ini semua adalah sikap aku yang dulunya mengikut kata xteman lelaki ku. Xteman lelaki tak bagi aku berkawan dengan kawan2 aku ditempat kerja lama. Aku sebenarnya rindukan mereka semua. Tapi apa yang telah terjadi aku tak mampu untuk tampil kembali pada mereka. Wahai sahabat ku, aku mohon maaf atas penyepian ku selepas aku melangkah keluar dari dunia disana.

Perkenalan aku dengan 'En.X' ini bukan laa secara baikpun, sbb aku kenal dengan diapun melalui CHATTING YM.. Sewaktu malam yang sepi (tak sepi sebenarnya... cuma boring je) aku on notebook aku di dalam bilik. Saja nak online FB mula2... Maklum la akukan ada main games Farm dalam FB tu. Pas sudah selesai jaga Farm aku jadi boring lak tiba-tiba, so apa lagi aku online YM lak pastu aku masuk ruangan halaman chatting terbuka. Ramai gak yang nak diruang ini.. Hmmm... bermula lah perkenalan aku dengan 'En.X' ni. Dia ini aku bukan nak sangat nak berkawan tapi sebabkan sikap aku yang endah tak endah ini dia mintak kami chatting lagi bila ada kelapangan. Kalau ikutkan aku, aku mmg malas benar nak layan dia lagi.

Seminggu sudah perkenalan kami tapi aku tak mau serius dengan 'En.X'. Bagi ku dia hanya kawan biasa dan aku sendiri takde apa-apa perasaan terhadap dia, apa yang aku peliknye dia yang lebih-lebih dalam hal perasaan. Aku jadi rimas dengan dia. Dia kerap kali memaksa kami bersua muka, tapi aku langsung takde minat langsung untuk bertemu dengan dia. Sampailah sampai 1 tahap yang aku langsung tak mau layan sms mahupun panggilan dari dia. Aku jugak menghantar pesanan ringkas pada dia bahawa tak lagi mengganggu aku lagi dan aku berterus terang yang tak pada dia yang aku tak pernah minat ataupun suka pada dia. Harap dia fahami apa yang aku pinta.

Buat 'En.X', awak tak berhak untuk menilai saya dalam hal ini. Dan awk jugak tak berhak menghantar sms yang awak sendiri tak tau bermulanya dan apa yang berlaku dalam kehidupan saya. Apa yang saya minta dari awak pergilah terus dari kehidupan saya, dan takperlulah menyakiti hati saya dengan kata-kata yang tak sepatutnya awak gunakan. Saya tak memerlukan sahabat seperti awak dalam kehidupan saya.