Friday, July 31, 2009

Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, Malacca.

EVENT 4 MY-NPL

Dataran Pahlawan Melaka Megamall, kini aku kembali lagi setelah setahun berlalu. Apa yang buatkan aku teringat pada tahun lepas terlalu berbeza. Disinilah aku pernah ditengking oleh 'AH LING'... Aku tak boleh nak lupakan peristiwa itu. Sakit hatiku bila aku kenangkan kembali. Peristiwa itu telah disaksikan oleh AWE (PAPA) dan beberapa orang yang berhampiran disitu. Perlukah aku di tengking didepan orang ramai walaupun aku membuat kesilapan.. Kini aku kembali lagi untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada aku bersama kawan-kawan yang sedia membantu aku. Tempat penginapan kami disediakan di MAHKOTA HOTEL MELAKA, hmmm... best gak...

Dah hampir 10 bulan aku menguruskan pendaftaran Liga Paintball Kebangsaan MY-NPL. Selama itu juga aku menimba pengalaman yang begitu bermakna. Hari pendaftaran aku tertinggal banner kuanter. Kelam kabut aku dibuatnya, mujurlah abg KK masih ada di KL. Kalau tidak hukhukhuk sendiri mau ingat lah... Aku berhutang budi dengan abg KK. Inilah kelalaian yang aku lakukan, insyallah kejadian ini tidak akan berulang lagi. Amin... Segalanya berjalan lancar sampai jam 10 malam. Tiada apa masalah besar yang timbul..

Aku bersyukur segalanya berjalan dengan lancar dan seperti biasa ada 2-3 team dividion 4 yang masih belum menghantar gambar lagi. Aku tutup kuanter jam 10 malam, bagi aku itupun dah lewat untuk berehat. Sampai Apartment yang disediakan aku mandi dan bersihkan diri sebelum makan malam. Aku minta bantu awe (papa) tapau makan malam untuk aku. Aku kepenatan sebab itu malas nak keluar makan. Thx pa sebab sudi jaga mumy.. Malam ini aku terpaksa berjaga sampai jam 2 pagi sebab menunggu crew Abg Epul dan beberapa orang lagi yang masih belum sampai ke Melaka. Kunci bilik mereka ada pasa aku, Abg Pian bagi kat aku daaa... uhuhuhu... Mmg malam ini aku tak lena tido... hukhuk...

No comments: