Saturday, June 27, 2009

Taman Gelora Event 3 at Kuantan, Pahang

Taman Gelora, Kuantan Pahang..


MALAYSIAN NATIONAL PAINTBALL LEAGUE 2009 (cycle4)


Hari ini Jumaat 19 Jun 2009, aku bangun awal jam 5.15pagi mandi awal dan kemudian aku kejutkan caren, mira & Lyn (partimer NPL) akan ikut aku ke kuantan awal pagi itu. Selesai je masukkan barang ke dalam Avanza, aku gi kepong dulu rumah Mr.Seng jemput seorang lagi pertimer yang akan ikut aku pagi itu. Sementara tunggu Bos Wong sampai aku susun barang milik 'Bobo'.. Tak sampai 3minit Bos Wong muncul di rumah Mr.Seng.. 2org dari kereta aku iaitu Lyn dan mira terpaksa aku transfer ke kereta Bos Wong, manakala yang berada dalam kenderaan yang aku bawa adalah Caren dan Bobo.. Macam biasa aku akan memesrakan diriku dengan Bobo.. Itulah selalu yang akan aku lakukan setiap kali new partimer yang ikut aku ke event MY-NPL... Hmm... mmg seronok sekali sekala kalau outstation... Sekurangnya tak aku sentiasa terperuk dalam opis.. >_<

Peristiwa hari pertama aku disitu yang tak dapat aku lupakan adalah memorie yang membuat aku berasa sangat teruk dengan sikap aku sendiri. Aku benar-benar kecewa dengan apa yang telah aku lakukan.. Dan aku sendiri tak dapat nak memaafkan apa yang telah aku lakukkan sehingga melukakan hati seseorang yang telah aku kenal lama dan selalu membantu aku dalam apa jua keadaan. Mesti korang tertnya apa sebenarnya telah aku lakukan sehingga aku berasa sedemikian.. Petang selepas jam 3 petang lebih kurang laaa, datanglah beberapa org permain untuk mengambil kad ID permain di kuanter kami. Seingat akulah, aku telah mencetakkan kad ID permain tersebut dan meminta 'Teman sekerja aku itu mencari ditempat yang telah disediakan.Nyata dia tidak mencarinya terlebih dahulu dan meminta aku mengeluarkan kad ID yang baru, aku membuka folder team tersebut dan ternyata aku telah membuatnya, dan secara tidak aku sedar yang aku menegur dia dengan nada yang tinggi.. Aku sendiri tak pasti mengapa aku mesti mengeluarkan nada sebegitu. Tak lama kemudian aku memohon maaf kepada 'TEMAN' tersebut.. Jam 7lebih 'Teman' tersebut minta diri kerna ada perjumpaan. Aku benarkan dia pergi sebab Ct Mardiyah ada di sebelah petang. Tak lama 'Temanku' pergi, dia hantar sms pada aku, dia menyatakan bahawa dia terasa hati kerna aku meninggikan suara di hadapan orang. Aku akui yang aku silap, aku reply kembali sms dia yang aku benar-benar kesal dengan apa yang telah aku lakukan sehingga dia terasa hati dengan sikap ku. Berulang kali aku memohon maaf atas apa yang berlaku. Kejadian ini akan aku tidak ulangi kembali.. Biarlah dalam keadaan penat sekalipun. Cukuplah aku telah buat 'Teman' aku terasa..



2nd Day (20.06.2009 - Sabtu)


sempat posing kt tepi pantai...

Seperti biasa bangun awal jam 5.30pagi, selesai aku mandi aku kejutkan wawa dan kemudian Emmy. Setelah kami siap, kami berkumpul di kereta azvanza dan gerak dari Hotel jam 7 pagi. Pagi tu agak sibuk gak sebab ramai gak pemain baru yang perlukan kad id utk masuk tempat khemah permain sebelum pasukan dipanggil masuk. Sebelah tengahari kuanter pendaftaran dan kad id agak kurang sibuk dan aku lepaskan Ct Mardiyah yang handle kuanter. Petang tu aku sempat lagi berjalan-jalan di tepi pantai yang ada disana, rasa tenang sahaja selepas penat seharian berkerja. Sementara tunggu wawa, bobo dan Lyn selesaikan keja mereka, aku mengambil kesempatan ini untuk melihat keindahan yang TUHAN kurniakan bersama Ct Mardiyah. Sungguh indah sekali, saat itu aku benar rasa ketenangan di dalam jiwaku. Tetapi hanya 1 perkara yang masih belum aku rasa selesai. Peristiwa semalam masih aku tak dapat aku lupakan. Aku berjanji kejadian semalam tak akan aku buat lagi. Jam 6.45petang aku dan mardiah kembali ke kawasan padang paintball. Aku lihat wawa telah menunggu manakala Bobo n Lynn sedang kemas barang untuk tutup kuanter pembelian. Setelah selesai aku dan yang lain-lain gerak balik ke hotel. sebelum tu aku sempat mitak bos duit untuk makan malam dan duit gie menonton movie.


Ct Mardiyah, Wawa, Bobo & Emmy.. (aku?? tgh ambik gmbr diorg daa)


Ni dia citer yang kami menonton malam tu...


Last Day
Berdiri : Lyn dan Leenda
Duduk : Bobo, Emmy dan CT Mardiyah...

Petang tu selesainya penyampaian hadiah, aku dan yang lain kemas-kemas barang untuk dibawa pulang ke KL. Jam menunjukkan 5.45petang, aku akan gerak pulang ke KL malam ini jugak memandangkan Wawa, Abg Din dan Abg Farouk masing-masing kerja esok pagi. Manakala Lyn dan Bobo pulang bersama Kok Eng. CT Mardiyah lak balik esok pagi bersama Abg Pian dan Caren pulang menaiki bas. Aku sendiri tak kisah kalau diorang sendiri yang tentukan dengan siapa diaorang nak balik. Dalam perjalanan kami sempat singgah kat termerloh untuk malam malam. Selepas itu kami teruskan perjalanan kami menuju ke Kuala Lumpur. Keluar tol gombak, aku hantar Abg Din di pejabat dia area cheras. Selepas menghantar Abg Din, aku terus balik ke rumah. Memandangkan aku rasa penat sangat. Letih giler... Alhamdullilah aku selamat sampai tempat yang ditujui. Sampai je rumah aku mandi dan terus tido..

Terima Kasih pada kekawan....

1 comment:

misz_tagawa said...

sama2 saYANGGGGGGGG~!