Friday, June 5, 2009

Sakit hati.... >.<

Salam... Hari jumaat ini sepatutnya hari yang membuat semua umat dimuka bumi tersenyum menyambutnya dengan rasa bersyukur.. Bagi aku pula hari ini adalah hari yang cukup menyakiti hati dan perasaanku.. Awalan pagi je xbf (abang man) aku menelepon aku, mcm biasa la aku layan dia macam kawan2 aku yang lain. Tiada dendam dihatiku, takde sekumit hamapun rasa benci pada dia. Bagi aku yang berlalu tetap berlalu dan ianya tetap menjadi sejarah dalam kehidupanku yang lalu, hari ini dan hari akan datang akan mencipta sejarah dan kenangan yang baru dalam hidup aku. Panggilan dia tak aku nantikan hari ini, dia memohon untuk berjumpa aku hari ini bagi bersua empat mata antara kami. Aku setuju dengan permintaan dia ingin berjumpa aku tetapi tidaklah aku menyatakan setuju berjumpa dia jam 11pagi. Yang membuatkan aku naik radang, dia memaksa aku berjumpa dia awal jam 11 pagi dan boleh dia memberi arahan pada aku meminta aku keluar makan tengahari awal hari ni. Aku apa lagi terus naik angin laa... Dia ingin dia tu siapa, pandai-pandai je atur masa aku lak. Pada mulanya aku menolak secara baik dan meminta dia berjumpa dengan aku dalam jam 2petang selepas dia menunaikan solat jumaat. Dia tak setuju dengan cadangan aku dan terus memaksa aku kuar makan tengahari awal. Kalau dulu sewaktu masih bersama dia, boleh laa dia katakan aku ikut segala apa yang dia minta, tapi itu semua dah berlalu. Aku tak mungkin mendengar arahan dia lagi, bukan berdendam tapi aku tak boleh terima arahan dan kehendak dia lagi. Akhirnya aku memutuskan bahawa tak perlu berjumpa dengan aku sekiranya kami takde masa sesuai untuk bersua muka.
(gambar adik aku yg pakai tudung)

Tengahari dalam jam 12.10 aku dapat panggilan dari baba... Aku fikirkan baba ada hal penting atau meminta aku pulang makan tengahari tetapi jangkaan aku melesit... Baba menelepon aku hanyalah disebabkan gambar yang aku postkan dalam facebook aku. Gambar kerja sewaktu di subang. Apa yang nak ku katakan disini, aku benar-benar menyesal bawa adik ku berkerja partimer dangan aku. Kalaulah aku tahu perangai dia macam ini telah lama aku tak pedulikan rayuan dia nak cari duit tambahan.. Terang-terang aku katakan bahawa aku benar-benar menyampah sikap dia yang entah apa-apa...

Aku benar-benar jauh hati dengan sikap baba yang tak tahu apa sebenarnya tentang gambar ini. Aku kecewa baba marah aku tanpa tengok gambar apa yang aku postkan.. Aku rasa rajuk sangat.. Sekarang apa yang boleh aku buat hanya membawa hati ini jauh dari kehidupan keluarga aku sendiri. Baba hanya mendengar kehendak menantu kesayangannya dari membela hak aku tentang gambar ini. Untuk MOHD FIZRY B. SAHAK (suami adik aku) harap kau berpuas hati dengan membelahkan hubungan kami sekeluarga.

1 comment:

fw said...

Aku tidak memahami atau mengerti apa yang sedang kamu lalui tetapi percayalah bahawa aku ingin melihat kau senang hati tanpa rasa kecil hati dan marah kerana semakin kita kecil hati maka semakin seronoklah orang yang ingin melihat kita menderita angkara perbuatan mereka.

Bukan mudah untuk melupakan sesuatu dan oleh itu ketepikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran yang berguna untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.

Kekadang kita tidak boleh mengambil ati semua pihak dan andai mereka ingn memahami, mereka akan cuba untuk faham tetapi kalau sebaliknya, cubalah segala usaha yang dapat difikirkan nescaya mereka masih tidak akan faham.