Tuesday, June 9, 2009

Kesilapan aku telah mengundang kelukaan dan kesedihan...

Pagi ini aku bangun awal walaupun aku tido lewat sangat jam 3pagi.. Sampai office dalam jam 8.45pagi, awal dari biasa aku sampai. Buka office, terus aku buat semakkan invoice n DO yang aku buat malam tadi.. Alhamdullillah... semuanya okey, tiada kesalahan yang aku buat.. Setelah aku selesai semak, aku serahkan Invoice n DO tadi kepada 'IJU'.. Sedang aku buat kerja 'LAN MUDTERKER' col aku, memberitahu aku yang dia dalam perjalanan ke office aku. Seperti selalu dia akan menghantar cek untuk pembayaran kotak pallet yang dia ambik minggu lepas. Tiba je LAN kat office aku, dia ajak aku sarapan pagi. Kebetulan aku belum makan apa-apa dari rumah tadi. Kebiasaan aku akan makan sebiji buah atau aku sendiri akan bungkus terlebih dahulu sebelum masuk office. Selesai je makan aku sambung wat keja.
Tengahari aku tak kuar makanpun, terlalu sibuk dengan kerja ada kat atas meja aku. Minggu depan lagi laa aku bertambah sibuk dengan 'MALAYSIAN NATIONAL PAINTBALL LEAGUE 2009' akan diadakan di Kuantan, Pahang. Minggu depan aku akan gerak ke Kuantan hari Jumaat pagi jam 6 kot. Itupun belum dibincang lagi ngan bos. Hehhehe... Aku sempat makan roti yang diberi teman sepejabat aku. Leh laa tahan sampai aku balik. Borak punya borak sambil buat keja dah sampai waktu balik. Memang tak sedarpun masa berlalu, begitu kejap sahaja... ^_^ Sebelum balik aku singgah beli air susu kat Spend Mart.
On d way aku balik aku dapat sms dari Firdaus, dia ajak aku keluar makan malam dengan dia. Hmmm... Rasanya baru sebentar tadi dia sms aku menyatakan bahawa isteri dan anak dia akan balik kampung selama 3 minggu mulai esok. Yang aku herannya, dia masih nak ajak aku keluar padahal dia ada waktu sedikit masa untuk luang masa dengan Family dia. Tidakkah dia rasa bahawa masa itu berharga bersama dengan keluarganya..?? Pada hal kami baru je makan malam bersama di Wangsa Maju semalam. Aku jadi kurang selesa bila kekerapan kami berjumpa sejak menjak ini.. Aku mulai risau andai ada perasaan lain yang akan muncul antara kami. Aku menolak dengan menyatakan apa yang sepatutnya. Tapi Firdaus seolah-olah tak boleh menerima hati yang terbuka. Macam2 dia sms pada aku.. Apa yang perlu aku lakukkan?? Perlukan aku menjauhi kehidupan dia sekali lagi...?? Entahlah...
Jam 08.00 malam aku dapat sms dari Kak Ipar aku, bertanya khabar aku disini. Kak Ct terlalu mengambil berat tentang aku disini, itu menyebabkan aku jadi rapat dengan dia.. Thank u so much Kak Ct... You are the best sister in law... Love u sokmo.. hehehhe... Pesanan sms dia yang seterusnya bertanyakan aku masih merajuk dengan Baba lagi ke..?? Seperti aku katakan sebelum ini aku tak merajuk tetapi aku benar-benar rasa jauh hati dengan apa yang terjadi.. Aku membalasnya menyatakan aku rasa jauh hati bukannya merajuk.. Selepas tu Kak Ct memujuk aku dan menyatakan ketiadaan aku pada hari Minggu baru-baru ini mengudangkan kesedihan dia hati Baba. Dia menyatakan Mak dan Kak Long ada menyatakan Baba menangis. Aku menyatakan bahawa menantu kesayangan dia ada boleh memujuk. Kak Ct menyatakan lagi bahawa mak marahkan diorang dan kebanyakkan yang ada di rumah hari itu sokong aku dan menyatakan aku tak bersalah. Bila aku mendapat sms menyatakan Baba menangis, hati aku sayu sangat.. Airmata ini jatuh meleleh ke pipi... Setelah lama airmata ini tak menitis.. Malam ini aku sedih sangat. Aku membalas sms Kak Ct menyatakan bahawa biar aku disini tanpa mengganggu kebahagian mereka disana... Aku redha segala kemungkinan mu TUHAN....
Selamat Hari Bapa..... BABA (SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Moga baba sihat selalu tanpa anak mu yang jauh hati...

No comments: