Friday, June 12, 2009

Damai Laut....

Bersama kakak aku

Bersama dengan anak-anak kakak aku

Salam buat teman semua... hari ini macam biasa aku pergi ke opis seperti biasa... Minggu depan aku start sibuk dengan NPL event 3 di padang gelora, kuantan pahang. Dengan Imatec Service keluar buat penyelenggaraan PLKN.. Hmmm... bertambah sibuk laa aku. Hari ini aku kerja 1/2 day je sebab aku akan ke perak Vacation di Hotel damai laut. Sesuatu yang tak aku plan, ini pun disebabkan akak Fiza ajak aku temankan dia bercuti disana. Inipun disebabkan suami dia tak turut sekali. Tepat jam 1pm aku tukar kereta Avanza dan terus gi umah mak untuk jemput mereka.

Kami berlima iaitu aku, akak fiza dan 3 orang anaknya bergerak jam 3lebih laa... Sebelum aku meneruskan perjalanan aku, aku sempat minta ampun ngan Baba and mak manalah tahu perjalanan aku ini tak sampai ke tempat ditujui.. Kurang sikit akupun dosa. hehehe... Ngarut je aku ni, entah apa-apa yang aku fikirkan.. Setakat perjalanan kami semua selamat sampai disana. Aku singgah di perhentian tapah, perak dan sambung semula perjalanan ke Damai Laut. Kami selamat sampai di Damai Laut jam 7.45mlm.. Syukur alhamdulillah.. Aktiviti malam tu hanyalah makan malam di hotel sahaja, takde aktiviti lainpun coz aku sendiri keletihan sebab memandu seorang sepanjang perjalanan. Akak aku bukan tak boleh bawa tetapi aku cuma rasa adalah tanggungjawap aku untuk membawa mereka sampai ke tempat yang ditujui..

Aktiviti hari ini 17 jun 2009, akak aku bersama anak-anaknya mandi swimming pool manakala aku tido sampai jam 9.30pagi.. hehehe... Malam tadi aku tak leh lelapkan mata coz uncle izham dalam perjalanan ke kelantan tempat kelahirannya, atas dasar persahabatan aku dengan dia aku minta dia telephone aku sepanjangan perhentian dia dan minta dia col setelah sampai di kampung dia. Aku kenal dengan Uncle Izham ini melalui chat room, usianya 38tahun dan mempunyai 2 cahaya mata hasil dari perkahwinan dia bersama ex-wife dia. Tetapi anak-anak dia berada dalam jagaan ex-wife dia, apa yang aku simpati pada dia adalah ex-wife dia tidak membenarkan dia mengambil anak-anaknya untuk pulang ke kampung setelah persetujuan dia membawa pulang ke halaman kampungnya untuk bercuti. Perpisahan dia dan ex-wife dia tak pula aku ambil tahu. Aku bukannya jenis ambik tahu tentang kehidupan seseorang, tapi cukuplah sekadar ambik berat sebagai sahabat. Lebih-lebih tu tak mungkin.. Setelah akak aku dan anak-anaknya balik bilik, aku membawa mereka jalan-jalan ke port lumut. Makan tengahari kami ada KFC, dan membeli belah disana. Banyak jugaklah akak aku shopping. Maklumlaa suami dia tidak turut serta kali ini. Dapat la dia buat apa saja. hehehe... Selepas tu aku membawa mereka bersantai di Teluk Batik sampai la jam 6.45petang.

No comments: