Monday, June 8, 2009

Aku Jauh Hati....

Semalam (ahad) seharian aku duduk kat rumah aje, malas nak keluar... Aktiviti aku hari ini pagi je aku terus masak mushroom sup (tin besar lak tu).. Tapi yang herannya aku boleh habiskan sorang-sorang... Kuat gak aku makan, macam ni ke kata nak diet.. Alamatnya makin naik laa... Pas makan aku macam berat lak badan ni, apa lagi lepak depan TV lar... Dah la aku tak mandi.. Bucukkan... Hehehhe.. Opssssiiii... Jangan bagitahu orang lain tau...!!! Rahsia kita. Selepas je racangan CSI Miami, aru la aku bangun dari tempat aku bertapa tadi, terus masuk bilik mandi. Selesai je aku mandi, aku terima pesanan ringkas (SMS larrr..) dari Adda (adik bawah aku) minta aku pulang ke rumah sebab dia nak belanja KFC. Sebenarnya aku nak gak balik, tapi apakan daya hati ini cukup terluka dengan Baba tentang peristiwa marahkan aku pasal gambar. Aku benar-benar terasa hati dengan Baba, seolah-olah Baba memihak kepada menantu dia dari anaknya sendiri.. Ialah siapalah aku ini berbanding diorang. Aku ini anak yang paling banyak buat onar dan buat jahat dalam rumah itu sebab itu baba lebih sayangkan menantu bongsu dia.. Takpelah Baba, linda tahu mana letaknya kepercayaan Baba sekarang.
Aku tak pulang rumah mak, biarpun apa akan jadi biarlah. Aku telah jauh hati sangat ngan baba, biarlah anak menantu kesayangan dia yang jaga. Aku sekarang malas nak libatkan diri, biarlah aku dengan dunia aku... Moga kehadiran diaorg dapat buat baba gembira dan senang kemudian hari. Kak Ct ada gak msg aku, tapi ternyata jawapan aku pada kak Ct tetap sama. Apa yang telah terjadi pada ku telah aku ceritakan pada abang andak dan kak Ct. Biarlah diorg tahu keadaan aku ketika ini dan saat ini, cuma dengan kak long saja tak sempat aku ceritakan. Aku takde kesempatan dan peluang untuk ceritakan apa yang telah terjadi antara aku dan baba, tentu dia hairan bila aku takde di rumah saat ini. Maafkan adikmu yang seorang ini akak. Hehhehe... Buat masa ini aku lebih tenang dengan keadaan sekarang, tanpa gangguan.



Rihana - Hatin' On The Club.mp3

No comments: