Tuesday, May 26, 2009

Sedih hati ini...


Perkembangan terbaru selepas sehari peristiwa semalam adalah selepas aku balik keja dalam 7 lebih 'ZAHRIN' ada col aku, yang menyedihkan hati aku dia minta hubungan kami berakhir ada dia tak mahu jumpa aku lagi. Memang aku dah jangka semua ni berlaku tapi aku cuma terkilan sangat perpisahan ini berlaku secara tak baik. Aku fikir mungkin 'ZAHRIN' ingat aku yang col teman wanita dia dan bercakap tentang perselisihan faham antara orang tuanya dengan teman wanita dia. Aku tak berniatpun untuk menbuat keadaan bertambah teruk, padahal aku cuma nasihatkan teman wanita dia supaya berubah sebelum terlambat. Dan aku juga menasihatkan dia tentang perasaan 'ZAHRIN' terhadap dirinya bahawa masih sayang pada gadis itu. Dalam keadaan sekarang bagi diluar sana 'AKU' adalah punca segalanya terjadi. Salahkah aku menggalakkan lagi hubungan mereka rapat dan aku sendiri sedia berundur dari kehidupan mereka? Kenapa ianya berbalik kepada aku pula..??

Sampai di rumah aku lebih suka lepak je dalam bilik. Malas nak kuar makan dan malas nak keluar bilik. Aku lebih rasa tenang sangat baring sambil melayari internet. Sambil dengar lagu aku kesukaan, malas sebenarnya nak fikirkan perkara semalam... Ianya hanya buat aku bertambah sedih dan kecewa. Aku takde selera nak makan bukan sebab apa yang jadi tapi sebab tekak aku sakit daa....



No comments: