Saturday, May 2, 2009

ISSC at padang timur petaling jaya

Telah tamat sudah pertandingan ISSC di petaling jaya baru-baru ini. Aku sebagai pembantu ID card player rasa lega amat2 sbb aku telah melaksanakan tugasan yg sesekali aku rasa penat yang amat. Nasib baik lah jumlah team keseluruhan sebanyak 44 team... Selama tempoh berlangsungnya ISSC pihak club nemesis telah menyediakan bilik penginapan bagi mereka yang berkerja disana termasuk laa aku. Bilik aku dihuni oleh aku sendiri, Fifi & Emmy. Aku sendiri sebenarnya tidak beberapa rapat ngan diorg tetapi setelah beberapa hari hubungan aku ngan mereka jadi rapat sgt. Aku sendiri takde masalah ngan mereka. Persamaan aku ngan fifi adalah sama-sama kehilangan teman lelaki. Cerita kami sama tetapi yang membezakan adalah org yang berlainan...

Selesai sahaja peryampaian hadiah aku bantu pula Mek da ngan Didie untuk menguruskan pembayaran hadiah yang ditawarkan dengan bayaran dalam nilai US Dollar. Selesai je semua itu, Dan Perez & Tom (Marshall International) ajak bermain bowling bersama anak murid mereka iaitu marshall yang sedia ada disini. Aku balik bilik je sempat gak berborak ngan Fifi & Emmy, kemudian mereka turun mandi kolam manakala aku mandi di bilik je sebab aku nak jemput achik di rumah dia di subang jaya. Pas je mandi aku mula berkemas barang. Selesai tu aku terus gie jemput achik di rumah dia. Aku dan achik sampai di Mid Valley dalam jam 7.20pm, kami makan di mc donal selepas baru kami pergi ke bowling.

1st Game aku dapat high score 155pin,paling banyak dari smeua org... hehehhe... rasa bangga sangat.. Selesai 2 games kami semua dalam 24org terus gie makan di area bangsar. Selepas aku habis minum, aku bertnyakan pada achik bahawa aku ingin pulang ke rumah.. Dalam jam 11lebih aku antar achik alik kemudian aku terus je balik rumah.

No comments: