Thursday, May 7, 2009

Dia sudi menerimaku.. dan mengubati lukaku... (Betulkah?)

Salam buat semua...
Kisah terbaru tentang diriku kali amat berbeza, nak kata aku gembira dan bahagia entahlah aku sendiri mengalami kesukaran yang aku sendiri konfius. Gambar yang aku paparkan adalah seorang insan yang baru aku kenali dalam 2 bulan ni. Nak kata bercinta mungkin tak, nak kata rasa sayang ada jugak. Susah nak ku katakan apa sebenarnya terjadi antara kami. Dia yang hadir dalam pertemuan pertama kami, seolah-olah memberikan aku harapan. Tapi kenapa perlu dia buat begitu sedangkan dirinya belum sedia untuk diri aku. Aku hairan kenapa aku perlu mengalami semua ini. Pertemuan pertama adalah pelik buat aku dan sehingga hari ini aku masih tertanya apa sebenarnya perasaan dia pada aku. Sekiranya dia tak menyayangi diriku saat ini dan ketika ini kenapa dia tak berterus terang sahaja. Kenapa dia membuat aku tertanya..?? Apakah salah aku, sehingga TUHAN menguji aku sebegini.

Sakit bercinta sebelum ini masih belum lagi sembuh inikan kisah baru yang amat berat aku alami. Aku rasa bosan dengan apa yang berlaku, kenapa tidak aku ditemukan insan yang benar-benar menyayangi diri ku dan sanggup berkongsi suka duka dalam kehidupan aku. 'ZAHRIN'- lelaki yang belum aku mengenali 100% muncul memberi kasih sayang. Memberi kata-kata yang terlalu membahagiakan jiwa ku. Kenapa kau buat begitu sedangkan kau tahu aku dahagakan belaian seorang lelaki seperti kau? 'ZAHRIN' tahukah kau, aku tak minta kehadiran kau dalam hidupku. Aku tak minta kau memanggil panggil 'SAYANG' padaku. Cukuplah hanya kehadiran kau sebagai sahabat.

'ZAHRIN'
Andai perasaan mu tidak sepertiku aku mohan dan merayu pada dirimu untuk pergi jauh dari kehidupanku. Janganlah kau tambahkan lagi kesakitan yang pernah aku alami sebelum ini. Aku tak mampu mengalami lagi. Aku dah cukup perit untuk mengubati hati ku yang cukup diberi penyeksaan. Terlalu lama untuk aku mengubati hati ini. Berilah aku hidup tanpa disakiti lagi.

No comments: