Tuesday, May 26, 2009

Sedih hati ini...


Perkembangan terbaru selepas sehari peristiwa semalam adalah selepas aku balik keja dalam 7 lebih 'ZAHRIN' ada col aku, yang menyedihkan hati aku dia minta hubungan kami berakhir ada dia tak mahu jumpa aku lagi. Memang aku dah jangka semua ni berlaku tapi aku cuma terkilan sangat perpisahan ini berlaku secara tak baik. Aku fikir mungkin 'ZAHRIN' ingat aku yang col teman wanita dia dan bercakap tentang perselisihan faham antara orang tuanya dengan teman wanita dia. Aku tak berniatpun untuk menbuat keadaan bertambah teruk, padahal aku cuma nasihatkan teman wanita dia supaya berubah sebelum terlambat. Dan aku juga menasihatkan dia tentang perasaan 'ZAHRIN' terhadap dirinya bahawa masih sayang pada gadis itu. Dalam keadaan sekarang bagi diluar sana 'AKU' adalah punca segalanya terjadi. Salahkah aku menggalakkan lagi hubungan mereka rapat dan aku sendiri sedia berundur dari kehidupan mereka? Kenapa ianya berbalik kepada aku pula..??

Sampai di rumah aku lebih suka lepak je dalam bilik. Malas nak kuar makan dan malas nak keluar bilik. Aku lebih rasa tenang sangat baring sambil melayari internet. Sambil dengar lagu aku kesukaan, malas sebenarnya nak fikirkan perkara semalam... Ianya hanya buat aku bertambah sedih dan kecewa. Aku takde selera nak makan bukan sebab apa yang jadi tapi sebab tekak aku sakit daa....



Monday, May 25, 2009

Pergilah Sayang

Artist: Ella, Feat: Korie

Indah terasa bila cinta tercipta
Memadu kasih janji bersama
Bersama-sama melafaz kata cinta
Gurau senda dan tawa berdua

Tapi kini semuanya kenangan
Kau pergi tanpa pesan

Mana janjimu yang kau lafazkan dulu
Hidup dan matimu bersamaku
Rela kau pegi walau hati disakiti
Biarkanlah aku sendiri

Airmata menjadi penawar
Akanku simpan semua jadi kenangan oh... oh... oh...

Pergilah kasih, pergilah sayang
Tinggalkan aku (pergilah sayang)
Biarkan saja kenangan berlalu
Antara kau dan aku
Pergilah sayang


Ella Korie - Pergilah Sayang.mp3

Aku tak tahu 'DIA' milik awak...

Assalammualaikum...
Buat teman semua, hari ini hari yang cukup sedih buat diriku. Aku benar-benar terkejut pagi ini, aku dapat 1 panggilan dari seorang gadis yang aku tak kenali. Apa yang buat aku sedih, gadis itu menyatakan aku perempuan gatal. Aku berinteraksi dengan gadis ini dengan sebaik mungkin. Mungkin antara aku dengan dia ada selisih faham. Gadis ini menyatakan dia adalah kekasih 'ZAHRIN'. Hubungan mereka telah menjangkau 3tahun. Aku tak salahkan gadis ini dalam keadaan sekarang bagi dia, akulah punca hubungan mereka renggang. Aku terkejut dengan pengakuan gadis ini, gadis ini meminta aku jangan ganggu kekasih dia lagi dan meminta aku tidak bertanya atau memberitahu hal ini pada 'ZAHRIN'. Kata gadis ini lagi andai perkara ini sampai ke 'ZAHRIN', dia akan dapat susah. Hmm... aku tak tahu apa yang perlu aku buat saat ini.


Kesedihan hati ini tak dapat aku bendung lagi, aku harapankan semua ini berakhir dengan baik. Aku telah berfikir sebaik mungkin bagi untuk tidak berpanjangan hal ini, bagi diriku semua ini adalah dugaan aku untuk mendapat insan yang terbaik dalam diriku. Pengajaran ini adalah untuk aku memikir sikap lelaki diluar sana. Terus terang ku katakan bahawa setelah hati ini dapat menerima kehadiran dia disini dan mulai rasa sayang berlaku pula kejadian hari ini. TUHAN maha kaya, maha kuasa, maha mengetahui dan maha mengasihi umat-nya, apa yang berlaku hari ini aku redha dengan hati terbuka. Aku tahu TUHAN membantu umat ini tahu apa yang sebenarnya berlaku. Semuanya ada SEBAB dari setiap kejadian. Mungkin DIRIKU bukan terbaik untuk 'ZAHRIN' dan mungkin sebaliknya. Pada gadis itu, aku mengucapkan ribuan terima kasih atas keberanian dia tampil hubungi aku dan menjelaskan segalanya. Aku mohon maaf atas apa yang berlaku, aku benar-benar tak tahu 'ZAHRIN' telah mempunyai kekasih. Hadiah buat gadis tersebut aku berikan miliknya yang sememangnya haknya dan aku sendiri akan mengakhiri hubungan aku bersama dengan 'ZAHRIN' segera mungkin. DIA milik diri mu seorang.

Buat dirimu 'ZAHRIN'...
Aku benar-benar kecewa dengan sikap tamak yang ada dalam dirimu. Aku doakan kebahagiaan buat kalian dan hargailah DIA disisi mu. Sayangilah DIA sebagaimana DIA menyayangi dirimu. Berubahlah sikapmu sebelum terlambat. Moga dirimu bahagia selalu.




Thursday, May 7, 2009

Dia sudi menerimaku.. dan mengubati lukaku... (Betulkah?)

Salam buat semua...
Kisah terbaru tentang diriku kali amat berbeza, nak kata aku gembira dan bahagia entahlah aku sendiri mengalami kesukaran yang aku sendiri konfius. Gambar yang aku paparkan adalah seorang insan yang baru aku kenali dalam 2 bulan ni. Nak kata bercinta mungkin tak, nak kata rasa sayang ada jugak. Susah nak ku katakan apa sebenarnya terjadi antara kami. Dia yang hadir dalam pertemuan pertama kami, seolah-olah memberikan aku harapan. Tapi kenapa perlu dia buat begitu sedangkan dirinya belum sedia untuk diri aku. Aku hairan kenapa aku perlu mengalami semua ini. Pertemuan pertama adalah pelik buat aku dan sehingga hari ini aku masih tertanya apa sebenarnya perasaan dia pada aku. Sekiranya dia tak menyayangi diriku saat ini dan ketika ini kenapa dia tak berterus terang sahaja. Kenapa dia membuat aku tertanya..?? Apakah salah aku, sehingga TUHAN menguji aku sebegini.

Sakit bercinta sebelum ini masih belum lagi sembuh inikan kisah baru yang amat berat aku alami. Aku rasa bosan dengan apa yang berlaku, kenapa tidak aku ditemukan insan yang benar-benar menyayangi diri ku dan sanggup berkongsi suka duka dalam kehidupan aku. 'ZAHRIN'- lelaki yang belum aku mengenali 100% muncul memberi kasih sayang. Memberi kata-kata yang terlalu membahagiakan jiwa ku. Kenapa kau buat begitu sedangkan kau tahu aku dahagakan belaian seorang lelaki seperti kau? 'ZAHRIN' tahukah kau, aku tak minta kehadiran kau dalam hidupku. Aku tak minta kau memanggil panggil 'SAYANG' padaku. Cukuplah hanya kehadiran kau sebagai sahabat.

'ZAHRIN'
Andai perasaan mu tidak sepertiku aku mohan dan merayu pada dirimu untuk pergi jauh dari kehidupanku. Janganlah kau tambahkan lagi kesakitan yang pernah aku alami sebelum ini. Aku tak mampu mengalami lagi. Aku dah cukup perit untuk mengubati hati ku yang cukup diberi penyeksaan. Terlalu lama untuk aku mengubati hati ini. Berilah aku hidup tanpa disakiti lagi.

Saturday, May 2, 2009

ISSC at padang timur petaling jaya

Telah tamat sudah pertandingan ISSC di petaling jaya baru-baru ini. Aku sebagai pembantu ID card player rasa lega amat2 sbb aku telah melaksanakan tugasan yg sesekali aku rasa penat yang amat. Nasib baik lah jumlah team keseluruhan sebanyak 44 team... Selama tempoh berlangsungnya ISSC pihak club nemesis telah menyediakan bilik penginapan bagi mereka yang berkerja disana termasuk laa aku. Bilik aku dihuni oleh aku sendiri, Fifi & Emmy. Aku sendiri sebenarnya tidak beberapa rapat ngan diorg tetapi setelah beberapa hari hubungan aku ngan mereka jadi rapat sgt. Aku sendiri takde masalah ngan mereka. Persamaan aku ngan fifi adalah sama-sama kehilangan teman lelaki. Cerita kami sama tetapi yang membezakan adalah org yang berlainan...

Selesai sahaja peryampaian hadiah aku bantu pula Mek da ngan Didie untuk menguruskan pembayaran hadiah yang ditawarkan dengan bayaran dalam nilai US Dollar. Selesai je semua itu, Dan Perez & Tom (Marshall International) ajak bermain bowling bersama anak murid mereka iaitu marshall yang sedia ada disini. Aku balik bilik je sempat gak berborak ngan Fifi & Emmy, kemudian mereka turun mandi kolam manakala aku mandi di bilik je sebab aku nak jemput achik di rumah dia di subang jaya. Pas je mandi aku mula berkemas barang. Selesai tu aku terus gie jemput achik di rumah dia. Aku dan achik sampai di Mid Valley dalam jam 7.20pm, kami makan di mc donal selepas baru kami pergi ke bowling.

1st Game aku dapat high score 155pin,paling banyak dari smeua org... hehehhe... rasa bangga sangat.. Selesai 2 games kami semua dalam 24org terus gie makan di area bangsar. Selepas aku habis minum, aku bertnyakan pada achik bahawa aku ingin pulang ke rumah.. Dalam jam 11lebih aku antar achik alik kemudian aku terus je balik rumah.