Tuesday, April 21, 2009

PWTC - Pameran Buku 2009

Ahad (19hb April 2009)
Baru-baru ni aku ngan 2org kakak aku pergi ke pameran buku di PWTC. Macam biasalah, aku yg paling muda kena memandu. Memang tak acikan.. uhuhuhu... Nak ngan tak nak aku memandu lar. Kami parking kat putra station. Pesta buku kali ni lebih seronok sebab aku pergi bersama Kak Long & Kak Lang. Kami banyak singgah beberapa tempat, tetapi hanya 2 tempat je kami singgah yang paling lama kami singgah ialah kat Creative Enterprise Sdn. Bhd. Kenangan yang bestnya Kak Lang aku tu buat hal daaa... Rasa segan gak aku ngan ketua pameran kat citu. Kak Lang aku tu dia member card Creative, dia beli novel yang diskaun dia 20% iaitu Novel keluaran baru. Manakala sebagai member card dia akan dapat 5% diskaun. Total 25% diskaun, kuanter bayaran tu lak satu hal ada ke bagitahu kat kak lang aku kalau beli Majalah Gila-Gila akan dapat lagi 5% diskaun. Akak Lang aku apa lagi beli la 5 Majalah Gila-gila tu utk menambahkan lagi diskaun iaitu 5 x 5 = 25% + 25% tadi tu jadilah 50%. Yang aku lak wat bodoh je, ngan apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba sheila(Ketua Promosi) gie kat kuanter dan dia bagi penerang tentang voucher diskaun tu. Shiela tu menerangkan bahawa novel yang akak aku pilih tu dapat 20% tambah dengan member card sebanyak 5% dan hanya 5% diskaun setiap belian. Bukannya menambah voucher-voucher tersebut dan boleh dapat lebih banyak diskaun. Kata Sheila tu lagi, kalau cara Akak Lang aku buat rugilah gerai diorang sebab boleh beli banyak majalah tersebut dan boleh dapat diskaun lebih banyak. Bila aku fikirkan balik ada betul gak apa yang sheila tu cakap. Akak Lang mula rasa tak puas hati, katanya kuanter tersebut kata boleh buat mcm tu. Kak Lang ckp dia tak jadi nak beli Novel-novel tersebut. Semasa kami menunju arah keluar tiba-tiba Kak Lang aku, belok ke kiri. Rupa-rupanya dia gie kat kuanter service costomer. Aku ngan Kak Long tunggu dia kat luar, agak2 dah dekat 20minit Kak Lang aku tak kuar2 lastly aku lak yang kena cari dia.

Aku lihat kat kuanter tu ada 2org dan jugak Sheila sedang mengira jumlah harga novel2 tu. Hehehhe.. Aku bisik telinga kat Kak Lang aku tu cakap ngan dia tadi kata tak mau beli novel tapi lain lak waktu tu. Akak Lang memberitahu aku yang sheila bagi 35% semuanya. Aku terkejut gak, byk gak diskaun yang dia bagi. Korang fikir la dari harga RM3ratus lebih selepas diskaun hanya perlu bayar RM1ratus lebih je.. Selepas urusan pembayaran aku sempat minta name card sheila. THANK U SHEILA sebab layan kepala gilar akak aku yang sorang. hehehhe... Kami tak sempat nak singgah geleri Alaf21 & MPH coz ongkosnye sudah kurang.. huhuhu... Hari tu je kami membeli 17 buah novel.. Banyak tu... Apa boleh buat dah berminat membaca..

No comments: