Saturday, April 18, 2009

Mapaac busy giler..!!!




Pagi ini mcm biasa aku bangkit dari tido, aku rasa malas sgt nak bangun. Aku bermimpi best sgt tapi kenapa aku mimpikan dia erk..? Mimpi aku telah menjadi isteri dia. Opss.. mimpi k. Ternyata dalam mimpi tu aku bahagia sgt disamping dia. Pas mandi aku terus di padang MAPAAC pj. Aku sampai je kat sana punyalah byk kereta yg telah berada kat situ. Aku fikir dah bermula program tapi sebenarnya masih belum, nasib baik aku tak lewat. hehehhe.. Bos pun suruh aku breakfast dan minta aku jaga kuanter air. Best gak jaga kuanter takyah jadi teknikel. Hari ni ada 4 group team yg main iaitu Bank Rakyat, Petrofac, 8TV dan Redribbon.
Tak lama aku duduk kuanter abg shameen(Asst.Personal Bos) datang. Dia duduk kat sebelah aku smbil buka notebook dia. Kami borak-borak kosong je, tak lama kemudian dia keluar bantu teknikal atau jadi marshall kat luar. Dia bagi aku pakai notebook dia. hehehhe.. sempat lar aku update blog aku ni. Dikesempatan yang ada aku check Maybank2u aku tu, aku tak mengharap sgtla duit tu masuk sbb dah byk kali dia janji tapi tak masuk2. Tapi bila aku check, senyuman makin lebar bila tgk amount dalam tu. Akhirnya penantian aku berhasil gak, tapi dia bayar tak byk... uhuhu.. Aku sms dia, say thank u!. Dia reply alik say sorry kat aku dan janji akan bayar balance hujung bulan ni. Harap-harap janji kali ni leh pakai laa. Ohh ya aku lupalak nak bgtahu apa tu 'MAPAAC' hehehe, sori erk. MA- MALAYSIAN, PA-PAINTBALL dan AC-ACADEMY. Skg korng dah tahu apa benda yg aku wat ni. Keja aku mengaja kuanter minuman dan pembayaran yg berkaitan dengan paintball.

Aku selesai keja aku dalam jam 5.45 ptg. Aku terus je alik umah, aku rasa letih sgt nak alik rehat. Smpai je umah aku terima sms dari cinta monyet aku dizaman sekolah. hehehehe.. Nama dia sali, dia nak datang umah mak aku. Aku rasa letih sgt, aku suruh gie terus umah mak aku sbb aku ckp la tak semestinya aku mesti ada. Bagi aku dia yg nak jumpa mak ayah aku, aku bukannya org penting. Aku terlelap dalam 1/2jam, rasa letih sangat. Aku sedar dalam kul 6.30pm, aku terus mandi siap2 gie umah mak. Sampai sana semasa aku parkingkan kereta, aku nampak sali berdiri di sebelah kereta aku. Terperanjat aku, tiba muncul tiba-tiba.Aku bawak dia masuk rumah, dalam ada kak long bersama family dia,kak pizah bersama anak-anak dia, kak yatie bersama family dia, adik aku, baba & mama.
Agak-agak dalam kul 8lebih, kami semuanya makan malam di Restoran beragas. Termasuk sali tu la,hiss muka macam tak tahu segan dengan family aku. Makan malam tu abg ipar (Suami Kak Long) yang belanja. Hehehehehe... Makin murah laa rezeki abg ipar aku tu. Pas tu aku terus alik umah sewa, malas nak lama-lama. Sali lak macam nak ajak aku keluar. Aku pelik la, knp dia tak tahu nak balik padahal dh lewat malam. Lastly aku bgtahu sali bahawa aku letih nak balik berehat. Diapun balik gak akhirnya. Akupun sampai je umah gosok gigi dan muka terus tido. Ngantuk sgt!!

No comments: