Wednesday, April 22, 2009

Inikah Aku Nantikan..???



Pagi ini aku masih dalam khayalan lagi, seolah-olah ianya membuatkan aku merasa kemenangan dipihakku. Petang semalam Xbf aku col dan meminta bantuan aku, iaitu ingin menumpang rumah sewaku untuk sementara waktu sehingga dia dapat mencari tempat tinggal lain. Aku sebenarnya merasakan simpati keatas dirinya tetapi perlukah aku membantu dirinya setelah apa yang telah dia lakukan padaku. Sikap tidak jujur dalam perhubungan membuat aku benar-benar kecewa. Aku sebenarnya masih seperti dulu tak mampu mempertahankan apa yang telah aku miliki. CINTA antara aku dan dia telah lama berakhir walaupun aku mengharap dia kembali tapi tidak terlintas dihati ini untuk melihat kehancuran rumah tangganya. Aku selalu mendoakan kebahagian buat dirinya. Dalam panggilan semalam dia belum pasti lagi samaada akan menumpang umah aku ataupun tidak. Semuanya bergantung pada Isteri dia. Hah! korang baru tahukan dengan siapa aku bercinta sebelum ini. Dengan suami org, aku bercinta dan berkasih sayang. Tapi semua itu dah berlalu pergi meninggalkan memori.

Dalam diam tak diam next week 'Elaine' akan menyewa sekali ngan aku disini. 'Elaine' ini adalah teman sepejabat aku. Dia akan berpindah ke sini bersama boyfriend dia. Aku jenis tak kisah sebab sekurang2nya aku masih punya teman dirumah. Kalau sebelum ini aku tinggal seorang diri je. Boring gak kalau takde teman. Hopely xbf aku tu tak jadilah tumpang umah aku. Aku bukan apa, bukan taknak bantu tetapi aku tak boleh nak terima dia sebagai kawan. Sebab hati ni masih punya rasa sayang pada dia. Moga dia dapat mencari tempat tinggal yang sesuai.

No comments: