Tuesday, April 28, 2009

Dimana ketenangan di tanah air sendiri...?

Hari ini salah seorg pekerja disyarikat aku keja ni telah ditahan polis bagi siasatan yang perlu dibuat. Aku sebenarnya terkejut jugak coz aku sendiri tak tahu apa-apa. Macam biasalar disebabkan perasaan ingin tahu ini kuat aku beranikan diri bertanya pada Supervisor aku. Pada mulanya dia tak nak bgtahu kerna takut bos tahu. Disebabkan aku ni rapat ngan dia, akhirnya dia bagitahu gak. Johan (bukan nama sebenar) ditangkap bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan siasatan kejadian pergaduhan diantara penduduk tempatan bersama dengan warganegara Afika (Negro) di Rumah Pangsa Aman Puri 1, Bandar Sri Damansara pada hari ahad baru-baru ini. Dia ditahan reman selama seminggu bagi siasatan.
Aku terkejut kejadian tersebut berlaku di kawasan berhampiran tempat tinggal aku sendiri, tapi aku sendiri tidak tahu. Aku jadi takut bila kejadian ini berlaku, bayangkan penduduk tetap disini seolah-olah diganggu oleh warga negara yang bukan lahir disini. Bila kejadian telah berlaku barulah kita sedar bahawa warga asing boleh mengacam keaman tempat kita sendiri. Bukan itu sahaja, warga asing lebih berani melakukan perkara-perkara yang luar jangkaan kita. Mereka hadir di tempat kita dan mengacam kehidupan kita. Sekiranya perkara ini tidak ada jalan penyelesaian, kejadian lebih teruk akan berlaku akan masa hadapan.
Aku juga pernah terserempak beberapa kali sekelopok besar warga afrika ini sering sahaja berkumpul dihujung minggu di kawasan kedai Persiaran Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara. Aku melihat bilangan mereka dalam 15-20 org berpakaian pejabat. Melihat mereka beramai-ramai, aku menjadi takut untuk berjalan dikawasan tersebut. Cuba korang fikir kalau penduduk berkumpul tempat terbuka, pihak berkuasa meminta kumpulan tersebut bersurai tetapi apa yang aku lihat di kawasan ini, bila warga afrika ini berkumpul tiada pulak pihak berkuasa ini meminta mereka bersurai. Negara ini seolah-olah dah tidak lagi dapat menjaminkan keamanan sekiranya pihak berkenaan tidak membuat sesuatu. Moga ada jalan penyelesaian bagi masalah yang dialami oleh penduduk Sri Damansara dan seluruh warga tempatan kita.
Fikir-fikirlah wahai kawan-kawanku... Adakah kehidupan kita kini akan lebih terjamin ditempat kita sendiri.

No comments: