Tuesday, April 28, 2009

Dimana ketenangan di tanah air sendiri...?

Hari ini salah seorg pekerja disyarikat aku keja ni telah ditahan polis bagi siasatan yang perlu dibuat. Aku sebenarnya terkejut jugak coz aku sendiri tak tahu apa-apa. Macam biasalar disebabkan perasaan ingin tahu ini kuat aku beranikan diri bertanya pada Supervisor aku. Pada mulanya dia tak nak bgtahu kerna takut bos tahu. Disebabkan aku ni rapat ngan dia, akhirnya dia bagitahu gak. Johan (bukan nama sebenar) ditangkap bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan siasatan kejadian pergaduhan diantara penduduk tempatan bersama dengan warganegara Afika (Negro) di Rumah Pangsa Aman Puri 1, Bandar Sri Damansara pada hari ahad baru-baru ini. Dia ditahan reman selama seminggu bagi siasatan.
Aku terkejut kejadian tersebut berlaku di kawasan berhampiran tempat tinggal aku sendiri, tapi aku sendiri tidak tahu. Aku jadi takut bila kejadian ini berlaku, bayangkan penduduk tetap disini seolah-olah diganggu oleh warga negara yang bukan lahir disini. Bila kejadian telah berlaku barulah kita sedar bahawa warga asing boleh mengacam keaman tempat kita sendiri. Bukan itu sahaja, warga asing lebih berani melakukan perkara-perkara yang luar jangkaan kita. Mereka hadir di tempat kita dan mengacam kehidupan kita. Sekiranya perkara ini tidak ada jalan penyelesaian, kejadian lebih teruk akan berlaku akan masa hadapan.
Aku juga pernah terserempak beberapa kali sekelopok besar warga afrika ini sering sahaja berkumpul dihujung minggu di kawasan kedai Persiaran Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara. Aku melihat bilangan mereka dalam 15-20 org berpakaian pejabat. Melihat mereka beramai-ramai, aku menjadi takut untuk berjalan dikawasan tersebut. Cuba korang fikir kalau penduduk berkumpul tempat terbuka, pihak berkuasa meminta kumpulan tersebut bersurai tetapi apa yang aku lihat di kawasan ini, bila warga afrika ini berkumpul tiada pulak pihak berkuasa ini meminta mereka bersurai. Negara ini seolah-olah dah tidak lagi dapat menjaminkan keamanan sekiranya pihak berkenaan tidak membuat sesuatu. Moga ada jalan penyelesaian bagi masalah yang dialami oleh penduduk Sri Damansara dan seluruh warga tempatan kita.
Fikir-fikirlah wahai kawan-kawanku... Adakah kehidupan kita kini akan lebih terjamin ditempat kita sendiri.

Wednesday, April 22, 2009

Inikah Aku Nantikan..???



Pagi ini aku masih dalam khayalan lagi, seolah-olah ianya membuatkan aku merasa kemenangan dipihakku. Petang semalam Xbf aku col dan meminta bantuan aku, iaitu ingin menumpang rumah sewaku untuk sementara waktu sehingga dia dapat mencari tempat tinggal lain. Aku sebenarnya merasakan simpati keatas dirinya tetapi perlukah aku membantu dirinya setelah apa yang telah dia lakukan padaku. Sikap tidak jujur dalam perhubungan membuat aku benar-benar kecewa. Aku sebenarnya masih seperti dulu tak mampu mempertahankan apa yang telah aku miliki. CINTA antara aku dan dia telah lama berakhir walaupun aku mengharap dia kembali tapi tidak terlintas dihati ini untuk melihat kehancuran rumah tangganya. Aku selalu mendoakan kebahagian buat dirinya. Dalam panggilan semalam dia belum pasti lagi samaada akan menumpang umah aku ataupun tidak. Semuanya bergantung pada Isteri dia. Hah! korang baru tahukan dengan siapa aku bercinta sebelum ini. Dengan suami org, aku bercinta dan berkasih sayang. Tapi semua itu dah berlalu pergi meninggalkan memori.

Dalam diam tak diam next week 'Elaine' akan menyewa sekali ngan aku disini. 'Elaine' ini adalah teman sepejabat aku. Dia akan berpindah ke sini bersama boyfriend dia. Aku jenis tak kisah sebab sekurang2nya aku masih punya teman dirumah. Kalau sebelum ini aku tinggal seorang diri je. Boring gak kalau takde teman. Hopely xbf aku tu tak jadilah tumpang umah aku. Aku bukan apa, bukan taknak bantu tetapi aku tak boleh nak terima dia sebagai kawan. Sebab hati ni masih punya rasa sayang pada dia. Moga dia dapat mencari tempat tinggal yang sesuai.

Tuesday, April 21, 2009

PWTC - Pameran Buku 2009

Ahad (19hb April 2009)
Baru-baru ni aku ngan 2org kakak aku pergi ke pameran buku di PWTC. Macam biasalah, aku yg paling muda kena memandu. Memang tak acikan.. uhuhuhu... Nak ngan tak nak aku memandu lar. Kami parking kat putra station. Pesta buku kali ni lebih seronok sebab aku pergi bersama Kak Long & Kak Lang. Kami banyak singgah beberapa tempat, tetapi hanya 2 tempat je kami singgah yang paling lama kami singgah ialah kat Creative Enterprise Sdn. Bhd. Kenangan yang bestnya Kak Lang aku tu buat hal daaa... Rasa segan gak aku ngan ketua pameran kat citu. Kak Lang aku tu dia member card Creative, dia beli novel yang diskaun dia 20% iaitu Novel keluaran baru. Manakala sebagai member card dia akan dapat 5% diskaun. Total 25% diskaun, kuanter bayaran tu lak satu hal ada ke bagitahu kat kak lang aku kalau beli Majalah Gila-Gila akan dapat lagi 5% diskaun. Akak Lang aku apa lagi beli la 5 Majalah Gila-gila tu utk menambahkan lagi diskaun iaitu 5 x 5 = 25% + 25% tadi tu jadilah 50%. Yang aku lak wat bodoh je, ngan apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba sheila(Ketua Promosi) gie kat kuanter dan dia bagi penerang tentang voucher diskaun tu. Shiela tu menerangkan bahawa novel yang akak aku pilih tu dapat 20% tambah dengan member card sebanyak 5% dan hanya 5% diskaun setiap belian. Bukannya menambah voucher-voucher tersebut dan boleh dapat lebih banyak diskaun. Kata Sheila tu lagi, kalau cara Akak Lang aku buat rugilah gerai diorang sebab boleh beli banyak majalah tersebut dan boleh dapat diskaun lebih banyak. Bila aku fikirkan balik ada betul gak apa yang sheila tu cakap. Akak Lang mula rasa tak puas hati, katanya kuanter tersebut kata boleh buat mcm tu. Kak Lang ckp dia tak jadi nak beli Novel-novel tersebut. Semasa kami menunju arah keluar tiba-tiba Kak Lang aku, belok ke kiri. Rupa-rupanya dia gie kat kuanter service costomer. Aku ngan Kak Long tunggu dia kat luar, agak2 dah dekat 20minit Kak Lang aku tak kuar2 lastly aku lak yang kena cari dia.

Aku lihat kat kuanter tu ada 2org dan jugak Sheila sedang mengira jumlah harga novel2 tu. Hehehhe.. Aku bisik telinga kat Kak Lang aku tu cakap ngan dia tadi kata tak mau beli novel tapi lain lak waktu tu. Akak Lang memberitahu aku yang sheila bagi 35% semuanya. Aku terkejut gak, byk gak diskaun yang dia bagi. Korang fikir la dari harga RM3ratus lebih selepas diskaun hanya perlu bayar RM1ratus lebih je.. Selepas urusan pembayaran aku sempat minta name card sheila. THANK U SHEILA sebab layan kepala gilar akak aku yang sorang. hehehhe... Kami tak sempat nak singgah geleri Alaf21 & MPH coz ongkosnye sudah kurang.. huhuhu... Hari tu je kami membeli 17 buah novel.. Banyak tu... Apa boleh buat dah berminat membaca..

Saturday, April 18, 2009

Mapaac busy giler..!!!




Pagi ini mcm biasa aku bangkit dari tido, aku rasa malas sgt nak bangun. Aku bermimpi best sgt tapi kenapa aku mimpikan dia erk..? Mimpi aku telah menjadi isteri dia. Opss.. mimpi k. Ternyata dalam mimpi tu aku bahagia sgt disamping dia. Pas mandi aku terus di padang MAPAAC pj. Aku sampai je kat sana punyalah byk kereta yg telah berada kat situ. Aku fikir dah bermula program tapi sebenarnya masih belum, nasib baik aku tak lewat. hehehhe.. Bos pun suruh aku breakfast dan minta aku jaga kuanter air. Best gak jaga kuanter takyah jadi teknikel. Hari ni ada 4 group team yg main iaitu Bank Rakyat, Petrofac, 8TV dan Redribbon.
Tak lama aku duduk kuanter abg shameen(Asst.Personal Bos) datang. Dia duduk kat sebelah aku smbil buka notebook dia. Kami borak-borak kosong je, tak lama kemudian dia keluar bantu teknikal atau jadi marshall kat luar. Dia bagi aku pakai notebook dia. hehehhe.. sempat lar aku update blog aku ni. Dikesempatan yang ada aku check Maybank2u aku tu, aku tak mengharap sgtla duit tu masuk sbb dah byk kali dia janji tapi tak masuk2. Tapi bila aku check, senyuman makin lebar bila tgk amount dalam tu. Akhirnya penantian aku berhasil gak, tapi dia bayar tak byk... uhuhu.. Aku sms dia, say thank u!. Dia reply alik say sorry kat aku dan janji akan bayar balance hujung bulan ni. Harap-harap janji kali ni leh pakai laa. Ohh ya aku lupalak nak bgtahu apa tu 'MAPAAC' hehehe, sori erk. MA- MALAYSIAN, PA-PAINTBALL dan AC-ACADEMY. Skg korng dah tahu apa benda yg aku wat ni. Keja aku mengaja kuanter minuman dan pembayaran yg berkaitan dengan paintball.

Aku selesai keja aku dalam jam 5.45 ptg. Aku terus je alik umah, aku rasa letih sgt nak alik rehat. Smpai je umah aku terima sms dari cinta monyet aku dizaman sekolah. hehehehe.. Nama dia sali, dia nak datang umah mak aku. Aku rasa letih sgt, aku suruh gie terus umah mak aku sbb aku ckp la tak semestinya aku mesti ada. Bagi aku dia yg nak jumpa mak ayah aku, aku bukannya org penting. Aku terlelap dalam 1/2jam, rasa letih sangat. Aku sedar dalam kul 6.30pm, aku terus mandi siap2 gie umah mak. Sampai sana semasa aku parkingkan kereta, aku nampak sali berdiri di sebelah kereta aku. Terperanjat aku, tiba muncul tiba-tiba.Aku bawak dia masuk rumah, dalam ada kak long bersama family dia,kak pizah bersama anak-anak dia, kak yatie bersama family dia, adik aku, baba & mama.
Agak-agak dalam kul 8lebih, kami semuanya makan malam di Restoran beragas. Termasuk sali tu la,hiss muka macam tak tahu segan dengan family aku. Makan malam tu abg ipar (Suami Kak Long) yang belanja. Hehehehehe... Makin murah laa rezeki abg ipar aku tu. Pas tu aku terus alik umah sewa, malas nak lama-lama. Sali lak macam nak ajak aku keluar. Aku pelik la, knp dia tak tahu nak balik padahal dh lewat malam. Lastly aku bgtahu sali bahawa aku letih nak balik berehat. Diapun balik gak akhirnya. Akupun sampai je umah gosok gigi dan muka terus tido. Ngantuk sgt!!

Friday, April 17, 2009

Hari ini tak seperti semalam...

Salam semua...
Permulaan pagi terasa malas sangat sbb malam tadi tido lewat gara-gara bekas kekasih janji nak bayar balik hutang aku. Aku col banyak kali tetapi yg sedihnya dia tak jawap. Dah lah aku bantu dia tapi yg sakit hatinya dia diam tanpa menjelaskan kedudukkan sebenar. Aku boleh memahami andai dia just col aku and bagitahu yg dia takde duit. Kan itu leh baik dari buat aku tunggu mcm nak tunggu kuching beranak je. Inilah sikap manusia yg tak tahu erti berterima kasih.
Masuk opis dah jam 9.10am, mcm biasa lah tapau mak an dulu aru lerwat keja. hehhehe...Pagi ni makan kuih je, al-maklumlaa tgh bulan mcm ni budget kena kurangkan, lagipun semalam aru jee sambut birthday anak buah aku kat Rest. Neilis's place sentul. Birthday yg ke-3 tahun. Aku bg hadiah anak patung UPIN & IPIN.. Aku tahu mesti dia suka. Pas breakfast aku baru mulakan kerja seperti biasa. Banyak resit yang harus aku wat claim, esok aku kerja kat padang 'Astaka'.. Bos dh booking aku daa utk program esok dipadang astaka PJ.. Aku sendiri blum tahu apa yg menarik kat sana. Walau mcm manapun best gak, dapat elaun outstation.. Leh tambah duit poket. hehehhe... Sebenarnya aku ni berkerja di syarikat 'DELTA ROVERS SDN.BHD.' korang leh tgk website dia : www.deltarovers.com Jawatan aku kat syarikat ini sebagai pembantu ADMIN. Itu dianya jawatan ler tapi sebenarnya mcm2 aku wat. Apa yang menariknya kat syarikat ni semua yang berkerja kat opis ni tak berkira termasuk bos skali, tu pasal aku kekal keja kat cni.
Petang ni pas abis keja aku nak alik rehat je kat umah.. mungkin esok malam aru mulakan aktiviti yang sepatutnya. Minggu depan nak uruskan perlawanan persahabatan BOWLING lak. Best!!! Aku terus je alik umah pas abis keja. Aku tunggu gak abang aku nak dtg betulkan paip kat bilik air tetamu. Tunggu punya tunggu lastly dia col bgtahu aku yg dia ada janji ngan org nak jumpa kat kelana jaya.. Rasa panas je hati hari. uhuhuhu.. Aku apa lagi mandi siap2 kuar gi umah kak ipar aku kat sri gombak.. Kat sana ada pasar malam..

Kat sana yg ada kat umah kak ipar aku tinggal dia berdua je ngan aida. Abg andak ada game ngan bos dia.. Hmmm.. sian kak ipar aku tu dahla mengandung.. Aku ngan akak ipar n aida gi la pasar malam. Aida ngan k/teow grg n ayam grg dia, mana kala kak ipar aku tu suka sgt makan nasi ayam dia dan aku lak ngan yong tau foo. Pas makan aku cau gie umah family aku lak. Gie hantar makanan kat diorg. Pastu aku terus balik umah berdekatan dgn umah family aku. Sebelum tido aku sempat check duit maybank2u tapi sedih la takde lagi duit masuk. Apakan daya ditipu lagi uhuhuhu...